KISAH PEGI MENGAJI (Perbezaan Dulu & sekarang)

12/22/2010 09:57:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

 Ni amalan tak baik.. maghrib2 keluar umah turun bawah. Dah maghrib baru ingat nak check post box. Al-maklumlah umah tinggi2 ni post box kat bawah kan?? Bukan macam kat kampung post box tergantung je tepi tembok pagar umah... Jadi terserempak la dengan satu peristiwa yang nak di jadikan cerita ceriti malam ni

Encik Google pinjam kejab ekk
Dah banyak kali aku terserempak dengan adik2 yang masih gadis sunti (kanak2 ler) nak pegi kelas mengaji kot. Tengok dari gaya & beg yang di bawak tu memang 90% gaya nak pegi mengaji. Cuma penampilannya sedikit berbeza dari aku dulu masa pegi mengaji. Aku & the geng masa kat kampung kalau nak pegi mengaji baju rasmi baju kurung, tudung make sure tak nampak rambut even ikat je kat leher macam mak limah nak pegi pasar pun. Kalau tak berkain pun still berbaju kurung then pakai la seluar panjang. Kira tutup aurat la nak mengadap mukadam & Al-Quran jab lagi tu. Tapi aku perati budak - budak kat sini pakaian nak pegi mengaji dorang.. t-shirt lengan pendek.. Seluar panjang.. pakai tudung jugak.. tp ada yang selempang tudung macam tu jer.. macam CT Nurhaliza nampak le joe jambul tu kan..

Bukan la nak cakap aku ni baik sangat, even aku pun still free hair lagi tapi sejak kecik memang di ajar adap nak mengadap Mukadam & Al-Quran tu macam mana. Pakaian mengaji takde baju lengan pendek atau tudung selempang nampak joe jambul tapi budak2 sekarang pegi mengaji alahai.. ada yang pakai baju tido jer. Aku tak nak salahkan dorang sebab dorang budak2 sangat tapi.. Sendiri mau ingat la sapa yang hantar bebudak tu pegi ngaji atau suruh bebudak tu siap2 pegi ngaji. Takkan tak terpandang langsung apa anak pakai masa nak mengadap Tok Guru Belajar membaca Kalam Allah ni.

Aku pun takde la sebaik mana.. even masih serba serbu kurang ajaran lagi tapi sekadar membuat perbandingan betapa berbeza zaman dulu & sekarang.

6 comments:

  1. budak2 sekarang kan.. kena ajar dari kecik.. kalau xajar tu yg besar mcm pelik sikit pakaian dorg tu.. tggungjawab mak ayah la tu.. n xlupa pada yang mengajar ngaji..kena la tegur2 kan.. :)

    ReplyDelete
  2. betol2.. mase kecik2 kite dulu xde yg pkai t-shirt.. kan2..... pkai bju kurung.. sampai uma br tukar balik.. heheh...

    ReplyDelete
  3. erm... betul gak . cik lekit masih free hair ke? hehehe...

    ReplyDelete
  4. adeiii..tringat zmn kecik2..ngaji pakai baju kurung...hikhik

    ReplyDelete
  5. wahhh!! lame x mencemar duli menyemak kt blog akak nie.. mamat dulu brlajar ngaji kt umah je.. hee~dulu takot nk g ngaji kt luar.. mak mamat cakap ustazah kt luar garang2.. hoho..tp ayah mamat ag garang ..:p

    ReplyDelete
  6. kalau aku ngaji pakai simpg siur msty kena mrh :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com