KU JELING SEBENTAR PADA HARI YANG LEPAS

12/17/2010 11:38:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Bila datang khabar gembira hari ni.. Terjeling sekejab aku pada hari - hari yang lepas. Betapa Agungnya Yang Maha Esa.. Takkan di beri kebahagian tanpa meniti kepayahan. Itu Janji Nya. Dia mengajar kita untuk tabah, sabar & jangan berputus asa. Hari ini aku belajar betapa ruginya manusia yang berputus asa dalam hayat mereka.

Melalui episod2 terduga dalam hidup aku.. Buat aku rasa macam hidup dalam gelap. Aku pernah melalui episod airmata yang bagai hujan di musim tengkujuh. Hari - hari ada saja perkara buat aku menangis. Bermula dari episod pemergian Ayah secara mengejut di saat2 aku menghitung hari untuk melangkah ke satu zon bergelar Isteri. Dan selepas tu macam - macam lagi dugaan yang datang dalam hidup aku sehingga aku lemas.. Rasa semua dahan yang aku berpaut rapuh. Kiri kanan suara - suara meminta aku melangkah pergi.. Keluar dari penderitaan yang aku alami. Tinggalkan sesuatu yang aku miliki. Terhimpit dengan dua pilihan.. Namun ada satu suara yang datang.. Memberi semangat, berkata teruskan. Belajar memberi peluang & jangan berputus asa kerana ia cuma satu permulaan. (Apa kisahnya terlalu peribadi untuk di kongsi. Harap Maklum)

Dan hari.. hari demi hari.. Perjalanan berliku tu semakin lurus dan indah untuk aku jejaki. Aku semakin menikmati balasan dari kesabaran ku selama ni. Sesuatu yang mengajar aku untuk kembali pada pangkal.. Melihat salah sendiri tanpa terlalu banyak menunding pada kesilapan orang lain. Banyak perkara yang aku belajar.. Paling penting beri peluang pada diri sendiri & orang lain. Hanya peluang sahaja mampu mengubah segalanya.. (Dengan Izin Allah juga). Belajar memaafkan.. biar terpalit satu kisah hitam di hati. Biar sukar di lupakan namun belajarlah untuk memaafkan. Sesungguhnya kesan luka itu akan sembuh dengan kemaafan.

Hari ni.. aku melihat wajah - wajah yang semakin hari semakin aku sayang. Wajah suami ku.. Yang sentiasa buat aku ketawa setiap hari.. Yang sentiasa bergurau senda.. (kadang2 ada la jugak mood tak baik tu biasa la), wajah mak (walau dalam ingatan sebab jauh).. Mak yang sentiasa ada menyokong & penguat semangat aku selama ni, wajah mak & ayah mertua.. yang menjadi sebahagian dari hidup aku walau aku masih baru mengenali mereka.

Satu demi satu khabar gembira.. Kalau berbanding dulu silih berganti kisah airmata. Tahniah SURIA.. walau hanya sederhana kegembiraan yang di miliki sekarang namun SURIA dah berjaya merentasi satu episod kehidupan yang mencabar dulu. SURIA tak putus asa.. Tetap terus mencuba. SHAHRUL.. SURIA SANGAT SAYANG KAMU.. SURIA SANGAT HAPPY SEKARANG. THANKS YA SHAHRUL.

5 comments:

  1. rasa happy dan gembira bila membaca entry ini. keep work

    ReplyDelete
  2. Jangan sedih2 lagi Suria, kalau nak sedih boleh tp jgn lama2 ye.....
    kita kena gembira...jadi kita akan menarik semua aura positif supaya dekat dgn kita..insyaAllah

    ReplyDelete
  3. saya sayang kamoo juga....

    lebiu....
    yawwwww...:p

    ReplyDelete
  4. sweetnya..

    semoga bahagia itu milik kamu sepanjang usia~

    ReplyDelete
  5. kata2 yg baik juga satu doa.. thanks. Hope mcm tu la

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com