MACAM BAGUS SANGAT!!
Macam bagus sangat blog melekat lekit tu kan?? Ada je nak kondem orang tu ni.. Pasal widget la.. Pasal attachment orang la.. Ada - ada jer dia nak komen. Dia bagus sangat ker?? Tak.. takde la bagus mana. Masih banyak kekurangan lagi. Sana sini perlu di perbetulkan. Kalau nampak kat mana -mana atau celah - celah yang nampak buruk dari Insan melekit ni sila tegur yer. Disini aku hanya menulis apa yang terdetik di hati mengikut penilaian & pandangan secara peribadi bukan nak dabik dada canang kat semua blog aku la paling sempurna walau hitam legam.. & kuning pekat dengan hiasan gadget2 yang skema.
Bukan juga niat nak menjatuhkan mana - mana pihak untuk menjadikan mereka2 itu sebagai anak tangga untuk aku pijak & daki ke puncak. Langsung takde niat macam tu tau!! Jangan la di salah anggap keceluparan jari Si Melekit ni sebagai aktiviti menjatuhkan orang. Sebab tu bila memberi pandangan secara peribadi yang melibatkan blog atau blogger aku tak point mana - mana blog atau blogger sebab bukan niat aku nak jatuhkan sapa - sapa yer.. Kalau aku memang dengki tahap puaka punya dah lama aku link kan blog - blog yang nak aku tegur tu. Biar korang sendiri tengok & nilai.. di samping beliau mendapat bonus dengan traffic di blog beliau. Tapi aku tak buat camtu... Sebab aku lebih memandang keburukkan yang bakal berlaku dari yang baik.
Yang menulis blog ni takde sorang pun bernama kambing, lembu, kerbau mahupun robot.. Semuanya manusia dengan cerita - cerita manusianya walau ceritanya ada kaitan dengan bukan manusia. Then sebagai manusia kita tidak dapat lari dari kesilapan termasuk aku sendiri sebab aku pun manusia. Bukan anak patung barbie yang comel lagi berambut perang gitu. So, diharap setiap pandangan & teguran di ambil dari sudut positif yer.. Sama la macam aku bila membaca blog orang. Dulu blog aku ada player radio online.. Ada chatbox.. Tapi sebab aku ni memang rajin blogwalking bagai.. Bila terbaca tentang komplen2 pasal menda2 camtu buat orang nak load masuk blog susah.. then ada lagu2 yang tak di ingini keluar.. menyusahkan orang lain. Aku buang. Sebab aku terima dari sudut positif.. gadget2 atau widget2 yang menyemak aku cuba kurangkan.. Walau bahasa penyampaianya agak kasar dalam teguran yang di buat secara umum.. Aku terima sebagai sesuatu yang menegur aku juga. Macam tu la cara aku berblogging. Yang baik aku amik sebagai pengajaran yang buruk jadikan sempadan.
Aku juga menggunakan konsep yang sama bila memberi pandangan secara peribadi.. Sekali lagi di tegaskan.. TAKDE NIAT DIHATI UNTUK MENJATUHKAN MANA2 BLOG ATAU BLOGGER. sekian makaseh!
test
ReplyDeletekenapa ni? meh nk dush org tu meh, sabau ye dek non, huhuuuu
ReplyDeletenape ni?
ReplyDeletelebih baik kita perjelaskan niat kita supaya tidak di salah tafsir.. Kelemahan penyampaian sebelum ni dah mengundang tanggapan negatif sesetengah pihak mungkin..
ReplyDelete