MEH SINI NAK CERITA
Sebab material semua belum di sediakan.. bahan - bahan semua masih berbungkus.. So, terpaksa la tengah2 malam sikit buat review pasal teater 5 bersaudara tu. Gambar still dalam camera then nak kena select & compress dulu kalau tak jenuh nak upload masuk. Tapi yang tak best sepanjang teater tu aduhai ada sorang anak dara sunti ni.. Umur katanya 11 tahun nak masuk 12 tahun (2011). Tu pun aku dengar hasil perbualan dia dengan sorang pakcik kat sebelah dia. Sepanjang teater dia asyik mengomel je cerita perjalan cerita tu. Apa jadi lepas ni.. apa jadi lepas tu.. watak dia ni macam tu.. watak dia ni macam ni.! Tiga empat ratus kali juga la aku paling & jeling nak dengan isyarat supaya dia diam.. Tapi aduhai sekejab je diam bila nampak muka aku pastu dia terus la jadi tukang karut lagi. Rasa macam nak luku je kepala dia. Budak pun budak la bukan berhingus lagi. Dah masuk zon anak dara dah tu. Maybe dia dah tengok hari Jumaat teater tu.. sebab persembahan teater tu bermula Jumaat hingga Ahad. Dia ni kalau bawak masuk pawagam confirm kena baling dengan kasut sebab kalau korang duduk sebelah.. depan mahupun belakang.. tak kira la janji dekat dengan dia korang mesti hangin juga. Dari belum start teater sampai habis teater dia punya mengomel.
Aduhai. pada mak bapak.. akak atau abang yang bawak adik anak cucu anak buah bagai pastikan bagi warning awal - awal kalau nak masuk pawagam or panggung teater bahawasanya sepanjang pementasan adalah di larang buat bising. Apapun dah teater kanak - kanak kan, maka banyak la mak bapak & anak - anak,ye tak?? Pasal review teater tu.. tunguuuuuuuuuu!!
ish2..hangin jugak tu..payah nak fokus..hmmm..eh btw, result cabaran tu dah keluar..tahniah ok? :)
ReplyDelete