Nasik Minyak Oo.. Nasi Minyak. mengidam lak!

12/15/2010 12:42:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Tetiba je kan?? Mengidam ke hapa?? Lebih kurang la... Tapi mengidam yang tak membawa makna aku sedang berbadan dua. Masih satu badan & takde badan2 lain yang menumpang.

Yelah.. cuti2 skolah ni kan banyak kenduri kawen. Tapi. satu pun aku takde jemputan. Kalau ada pun kat kampung. Kat sini pun kalau ada takde kesempatan lak nak pegi or maybe jemputan dari kenalan mahupun sedara mara in-law. Kalau hubby nak pegi.. baru bleh ikut. Kalau dia tak pegi takkan aku nak menapak sorang - sorang lak pegi. Apsal takde restoran mahupun gerai - gerai jual nasik minyak serta lauk pauk macam kenduri kawen ekk??

Ntah napa lak teringin sangat nak makan nasik minyak kat majlis kawen. Terbayang nasik minyak masa majlis kawen aku dulu. Wah sedap giler! Kengkawan arwah ayah juga yang masak. Ahli2 jemaah Masjid kampung aku bergotong royong masak masa majlis kawen aku walau time tu Arwah Ayah dah takde. Serius.. memang sedap nasik minyak dia. Walau aku pengantin hari tu.. aku belasah je sampai kenyang. Petang pun aku belasah lagi. Malam je dah abis..

Alhamdulillah masa majlis kawen aku makanan serba mencukupi untuk menampung perut2 yang datang hari tu. Sampai petang pun still ada makan lagi. Sampai hari ni pun aku tak dengar apa2 suara sumbang pasal makan masa majlis kawen aku tu. Tapi sayangnya.. takde sorangpun yang bernama kawan aku masa majlis aku tu. Ada yang sempat aku jemput.. & ramai yang aku tak jemput. Bukan lupa kawan tapi.. Situasi masa tu buat aku jadi blurr & Blank. Lagipun majlis kawen aku kan takde preparation yang gempak! Macam korang pernah baca entri2 sebelum ni.. awal bulan April.. Hubby & aku decide nak kawen.. Time tu satu hapa pun takde prepare. Mak & arwah Ayah pun.. Setuju & nak cepat juga. 28 April 2010 aku nikah walaupun baju nikah blom siap. Malam nikah tu baru beli baju sementara. Aku cuma nikah di pejabat Agama kulim.. Perancangan sebelum Ayah meninggal hari nikah & majlis aku pada 06.06.2010 tapi nak buat macam mana.. Seruan Ilahi terlebih dahulu menjemput Ayah pulang pada 24 April 2010.. lebih kurang pukul 11 malam di dalam kereta semasa perjalanan menuju ke hospital.

So, 06.06.2010 hanya berlangsung majlis kawen selepas sebulan aku menikah. Baju nikah tu je jadi baju pengantin kitorang. Warna hijau adalah pilihan mak. Aku ikut jer..  Takde pelamin & takde sanding2. Itu adalah pesanan Arwah Ayah. No Pelamin! No Bersanding! It's ok.. memang aku sendiri pun tak kisah semua tu. Belek2 kad jemputan yang tak sempat pun arwah ayah guna untuk tujuan mengundang.. Kad hasil design aku sendiri. Permintaan Ayah yang nak sangat aku buat sendiri sebab dia tau anak dia boleh design kad walau takde la pro sangat.

Dah tersasar lak dari tajuk asal kan?? Nasik minyak Ooo.. Nasik Minyak.. Dia juga mengingatkan aku pada Arwah Ayah. Aku sangat - sangat rindukan Ayah. Tadi baru call mak.. Mak sihat je. Tengah tengok cerita bobby kat tv. Kehidupan Mak juga berubah setelah Ayah pergi. Takde lagi aktiviti rayap setiap minggu hari Isnin & takde lagi dinner kat luar malam - malam. Sekali sekala jer kuar dengan akak aku. Tapi Alhamdulillah akak aku selalu juga bawak Mak keluar. Maybe dorang taknak mak terlalu rasa sunyi. Taknak terlalu dia rasa kehilangan Ayah walau aku tahu Mak juga seperti kami semua.. merasai satu kehilangan besar dalam keluarga.

5 comments:

  1. nasi minyak....oooo...nasi minyak...same lah kite abby...bulan ni penuh jemputan..
    abesla diet cma...adeh...

    cma doakan arwah ayah abby ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin..

    tabahkan hati..cheersss darl..
    ;P

    ReplyDelete
  2. zacky.. nak apa??

    Cma.. Sy tak perlu diet sbb blom berisi yg blh di banggakan.

    Natasha.. mengandungi anak cacing yang kelaparan dalam perut jer

    ReplyDelete
  3. hahahaha......klakar lah! jgn biak bnyk2. nnt buncit

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com