OH.. DIMANA HILANGNYA? DI CULIK ATAU MELARIKAN DIRI DARI UMAH??
Mana hilang hamster aku yang seko ni?? Manja mana kau pegi manja?? Maybe salah aku lepas bagi ko makan buah malam Jumaat sebelum berdesup balik umah in-law aku lupa tutup pintu case tu. Selalunya kau kalau kuar case pun beriadah dalam bilik stor jer bersama bijirin mu itu?? Tapi takde kesan bijirin disitu bermakna ko tak masuk bilik stor! Abis tu ko kemana?? Manja.. manja.. aku sengaja tak tutup pintu sangkar dengan harapan kalau ko lapar ko balik kepangkal jalan & masuk balik dalam case untuk mengambil bekalan time tu akan ku kunci rapat2 case ko manja.
Aduhai.. berpeluh segala celah yang ada cari hamster. Tak juga jumpa. Tak nampak kesan langsung. Maybe dia dah berjaya melepaskan diri dari kawasan rumah & mengambil keputusan untuk menjadi tikus liar di luar sana. Moga manja di temukan dengan insan yang baik yer manja. Aku tau ko dah takde dalam umah & memang agak tipis kalau nak jumpa balik. Jangan ko terserempak dengan kucing2 sosial di luar sana pasti kau akan jadi arwah berkubur dalam perut kucing2 itu. Sedihnya...
aloo....siannya manje ilang...huhu
ReplyDeletetu la pasal/.. tiap kali tggl umah camtu ler jadi. aritu ms nikah... tggl umah seminggu pun sama. seko ghaib smpai skang x jumpa
ReplyDeletealahai..nape tak angkut je skali g umah in law?
ReplyDelete