PECAH KACA PECAH GELAS UNTUK TINGKATKAN PAGEVIEWS

12/19/2010 11:24:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Mari berpatun dulu.. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Gitu pantun skema yang amat klasik bagi kita. Amat popular zaman tulis2 surat kan?? Kekekekekeke... Ok apa kaitannya dengan Pageviews. Meh kita rungkaian misteri di sebalik pantun ni.. (Misteri la sangat!!)

Kita selalu kejar traffic.. Blogwalking bagai.. Tapi bila kita singgah sesuatu blog tu berapa blog sangat kita amik masa untuk membaca entri beliau sekaligus mengkomen penulisan beliau itu?? Kebanyakkan trend BW skang suka tinggal jejak kat shoutbox jer.. Pastu serangan balas pun tinggal salam kat shoutbox juga. Entri yang berpeluh jari di taip langsung tak di pandang walau hujung mata sekalipun. Yang di cari shoutbox walau skang ni trend sorokkan shoutbox tetap di cari sampai jumpa. BW buat traffic macam taufan tapi pageviews nan-ado jugak angka2 yang menarik. Kenapa??

Sebabnya kita hanya singgah di blog orang untuk tinggalkan jejak tapi tidak langsung mengintai entri beliau itu. Apatah lagi nak komen, kan?? Dah tak baca nak komen mendanya!! Betul tak.. Bila kita buat camtu orang yang datang balik ke blog kita pun akan buat benda yang sama.. Mengikut penilikkan melekit aku ni sekiranya kita singgah ke blog orang & baca entri kemudian komen dorang juga akan berbuat demikian. At Least dorang baca juga walau 1 entri kita untuk komen balas. Betul tak?? So, dari situ jumlah Pageviews akan meningkat. Sistem pecah kaca, Pecah gelas ni rasanya boleh di guna pakai. Sebabnya hasil dari aku sendiri yang suka blogwalking menggunakan konsep menghargai mereka yang berpeluh jari menaip tu di samping memang aku suka baca kisah orang. Ala - ala jaga tepi kain blog orang juga la perangainya ni. Tapi secara kebetulan memberi manafaat pula kat blog aku. Then aku nak share la dengan korang apa yang aku tahu.

Apalah guna bernama penulis jika takde pembaca. Blog adalah dunia penulisan.. Then amatlah rasa di hargai bila coretan rapuan juga repekkan hasil karangan kita di baca orang lain. Jangan hanya mengejar traffic untuk tabung nuffnang.. nuffnang pun bukan tak skolah.. Dia pun tau nak bagi BE kat blog yang lebih layak. Semua aspek dia nilai dulu. Takat traffic jer sesak macam jalan kat KL.. tapi nak dapat 1 komen kat entri pun susah.. Tak guna la jadi blogger kan?? Then.. rajin2 la membaca & berkomen di blog. Insyaallah manafaat ni bukan dapat dari sebelah pihak jer.. Malah kedua2 belah pihak merasa nikmatnya. Lain la kau Blogger popular. Tulis hai.. jer beratuis komen masuk. Ni tips untuk blogger2 tepian longkang macam aku je. Kekekekekekeke. Selamat mencuba yer!

6 comments:

  1. huuh
    sy baca..
    n saya dah komen!
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. aku biasanya jd silent reader,tapi kalau rasa bes ak komen la, seronok sebenarnya baca apa ynag orang tulis, different people have different views,so thats make the blogging world interesting. :)

    ReplyDelete
  3. Lelaki ini.. keikhlasan di ragui.. kekekeke. Just joke

    Kamil.. sama la. Dari penulisan kita boleh menilai tahap kematangan seseorang jugak.. Sy pun suka baca.. kdg2 x komen sbb takde benda nak komen. Tp kebanyakkan komen jugal la

    ReplyDelete
  4. betul tu..fiqah setuju sgt2 laaa..x salah luangkan seminit dua utk bace n3 kwn2..especially blog yg kita dh follow kn..?? n ag baik klo komen skali..kn..??? hik3..haa~ br la terasa dihargai penat lelah nulis n3 tu..kan3..???

    ReplyDelete
  5. slalu hjung minggu wat BW2 n follow jerr..
    so kalu ari besa..jenguk satu2 blog kt dashboard..baca entry n tggl komen.. :)every blog..

    like dis..
    :)

    ReplyDelete
  6. setuju dengan pendapat cik lekat lekit =)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com