PELACUR YANG AZAB SEBELUM MATI AKIBAT SAKA MEIGHO

12/19/2010 04:28:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Okey janji aku nak buat review pasal teater yang aku tengok semalam kat DBKL.. Jom aku sudahkan janji aku tu. Teater bertajuk MEIGHO. teater ni berkisahkan hidup seorang pelacur Lorong Hamzah.. Bukan lorong haji taib tau! Pelacur yang bernama Mek Jaghoh ni menggunakan saka sebagai pendamping untuk kelihatan cantik & muda bagi tujuan memikat lelaki. Mek Jaghoh mempunyai dua orang anak hasil aktiviti pelacurannya yang bernama Memoon & Meli. Memoon seorang gadis pengkid & Meli seorang pemuda yang terencat akal. Mek Jaghoh mempunyai seorang kekasih bernama Jusoh. Read More
Jusoh tidak pernah menganggap Mek Jaghoh sebagai kekasih.. Sekadar menggunakan Jaghoh untuk memuaskan nafsu. Jusoh seorang lelaki yang sudah mempunyai Isteri. Bila Jaghoh mengandung.. Dan mengajak Jusoh berkahwin Jusoh menolak & tidak pernah mengaku anak dalam Kandungan Jaghoh itu adalah zuriatnya walau Mek Jaghoh yakin itu adalah zuriat Jusoh. Jusoh meninggalkan Mek Jaghoh setelah Mek Jaghoh mengandung.. Akibat dendam kepada Jusoh, Mek Jaghoh telah menyantau Jusoh hingga mati. Bila Mek Jaghoh sudah tua dia menerima siksaan dari saka yang enggan melepaskan jasadnya menyebabkan Mek Jaghoh menjadi seperti mayat hidup. Mek Jaghoh cuba memujuk memoon untuk mewariskan sakanya seperti mana perjanjian Mek Jaghoh dengan Saka Meigho. Namun Memoon menolak dan mencari seorang ustaz untuk membawa mengeluarkan saka dari tubuh Mek Jaghoh. Setelah Saka berjaya di keluarkan dari tubuh Mek Jaghoh.. Maka meninggallah Mek Jaghoh dalam keadaan yang amat memilukan.

Kisah ini mungkin cuma satu pementasan namun dalam realiti kehidupan kita memang wujud. Moga kisah Mek Jaghoh & Saka Meigho ni menjadi teladan pada kita semua. Jangan sesekali menggunakan iblis atau Jin sebagai perantaraan atau pendamping untuk memiliki sesuatu kerana sekali kita terjebak.. Padah yang dapat.

Tahniah kepada Anak Seni Pendidikkan Kelantan kerana berjaya mementaskan sebuah teater yang penuh dengan iktibar. Tahniah pada pengarahnya Zack Zaideen kerana pementasan teater Meigho yang tak bosan & penuh adengan suspen & seram. Maaf yer saya tergelak masa Abang Zack tergolek atas pentas tu. Tapi nak tanya kenapa masa pementasan tu tetiba ada bau kemenyan lak?? Adakah itu adalah salah satu cara nak menghasilkan suasana seram dalam pementasan tu atau...??? Aku pulak naik seram ni. Jom kita layan gambar2 yang sempat aku snap. Ini cuma sebahagian. Nak upload semua.. huhuhuhu.. tak dayo den!

Di luar panggung teater DBKL





Anak Toyol di temui.. kekekeke

Betapa Toyolnya minah ni.. kementot jer..

Contoh Amalan kurafat.. Contoh jer tau!

Yang Mana Lagi Seram??

Sebelum pementasan bermula.. Inila rupa pentas

Persembahan pembukaan

Mek Jaghoh sedang menyusukkan wajahnya

Keranda di usung hingga ke bawah pentas.. 

watak gadis pengkid Memoon.. Anak kepada Mek Jaghoh

Memoon Dan adiknya Meli yang terencat akal


Meli yang bertanggungjawab menjaga Mek Jaghoh kat rumah

Mek Jaghoh & meli.. Mek Jagho seperti Mayat hidup ketika tua


Mek Jaghoh semasa muda bersama kekasihnya abang Jusoh

Saka Megho yang di bela Mek Jaghoh

Saka Mek Jaghoh terus mendampingi Mek Jaghoh sehingga ada pewaris



Mek Jaghoh yang di jasadnya di kuasi saka



Meli, Memoon & Awek Memoon

Mek Jaghoh ketika muda


Saka Megho menuntut pewaris sebelum melepaskan jasad Mek Jaghoh

Saka yang menjelma sebagai Mek Jaghoh Masa Muda




Saka Menyamar sebagai Mek Jaghoh masa muda untuk mengambil kesempatan pada awek memoon bagi tujuan memujuk memoon menjadi pewarisnya

Mek Jaghoh masa muda melakukan pemujaan



Saka yang menjelma depan Meli

Saka terus menghantui jasad Mek Jaghoh

Memoon membawa Ustaz untuk membuang saka ibunya Mek Jaghoh









Ustaz sedang berlawan dengan saka yang di dalam Jasad Mek Jaghoh

Saka yang berdamping dengan Jasad Mek Jagho









Ustaz sedang mengeluarkan Saka dari Jasad Mek Jaghoh

Akhirnya Sedang saka di keluarkan dari tubuh Mek Jaghoh.. Mek Jaghoh Pun meninggal dunia

Kru - kru yang terlibat dalam teater Meigho







Acara Penutup Teater Meigho

Ni la wajah Saka Meigho di luar pentas

6 comments:

  1. wahhh.. bestnya.. mesti feelingkan.. jalan cerita cm ni leh kasi effect.. hhehehe..

    da lama tak tgk teater... huhu

    ReplyDelete
  2. SERAM X?MACAM X SERAM JER.. TAK TENGOK MANA TAUKAN???

    ReplyDelete
  3. memang minat cekla.. teater minggu dpn pun dh siap beli tiket semalam... kekekekeke.. Alhamdulillah sbb dpt hubby yg ada minat yg sama.

    ReplyDelete
  4. Seperti Wanita dieksplotasikan! Apa yang pasti 'effect' yang sangat menarik, cuma keterkilanan saya adalah kenapa harus menonjolkan mek jaroh sebagai pelacur, menampakkan jalan hamzah sama tarafnya dengan haji taib. Mungkin zaman 80 an, jalan hamzah adalah tempat seperti itu. Meigho @ pelesit bukan sahaja diamalkan oleh pelacur tetapi juga diamalkan bidan, bomoh, tuk penghulu dan lain-lain.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com