SIAPA SALAH? CIKGU SHIDA? PENYOKONG CIKGU SHIDA? ATAU YANG TIDAK MENYOKONG CIKGU SHIDA?
Kesalahan pertama kita ambil dari segi teguran yang di buat keatas cikgu shida yer... Berkenaan isu yang cikgu shida ketengahkan dengan mengeluarkan statement bahawa orang yang menegurnya itu seolah - olah mengambarkan Islam itu sempit. Kita semua tahu Islam itu tidak sempit tapi ada adab & batasannya. Kita tidak boleh menafikan hukum sebab hukum takkan berubah sampai bila - bila. Cara teguran yang di buat mengikut pembacaan lekit ni pada permulaannya agak manis tapi di akhiri dengan statement yang maybe melukakan perasaan cikgu shida then menyebabkan ada berlaku serangan balas dari pihak yang terluka. Mungkin mesej yang nak di sampaikan oleh si penegur tidak sampai kepada orang yang di tegur kerana penyampaiannya salah dan menyebabkan ada hati telah terluka & tak mampu di terima secara positif then hanya mengambil yang negatif untuk menjadi pertikaiannya demi meletakkan dirinya sebagai pemenang dalam pendebatan itu.
Kesalahan kedua adalah yang di tegur iatu cikgu shida sendiri.. Cara dia membalas teguran itu telah mengundang pertikaman lidah apabila cuba membenarkan apa yang salah. Mempertikaian Agama itu sendiri then mengajak pengikut untuk sama - sama menegakkan kesalahannya. Sepatutnya seorang guru yang terpelajar macam cikgu shida bijak untuk menjawab balik teguran - teguran itu dengan cara yang educated di samping tidak mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam hukum Agama. Sekiranya cikgu shida ingin menjadi entertainer, dari disini la dia perlu asuh dirinya bagaimana berdepan dengan situasi dimana apa yang di buat itu menjadi pertikaian. Sungguhpun mereka manusia biasa namun kelebihan yang mereka ada seperti di kenali ada buruk & baiknya disitu. Mahu tidak mahu itu cabaran yang perlu di tempuh oleh seseorang yang di kenali kerana dia telah memilih jalan itu. Jika dia sudah melatah begini.. Bayangkan jika satu hari dia di kenali di media2 massa seperti seorang artis bagaimana dia menjawab spekulasi & kontroversi yang melanda dirinya. Ambil contoh seperti Dato Siti Nurhaliza yang bijak mengatur kata dalam setiap isu berkaitan dirinya tak kira ianya negatif atau positif. Tuturnya tidak menyakiti hati mana2 pihak biarpun dia disakiti kerana dia sedar itulah harga yang perlu di bayar bila dia memilih menjadi orang yang di kenali. Jangan jadi seperti artis yang jahil mengeluarkan statement sehingga di gam. Cikgu shida nampaknya lebih bersifat seperti artis jahil itu. pada cikgu shida.. Kamu sudah di kenali, So, bijak la mengatur kata2 dalam membalas setiap teguran yang di buat samada positif atau negatif.
Pada semua tak kira menyokong atau tidak termasuk diri saya sendiri.. Soal Agama janganlah di jadikan seperti bola yang boleh di sepak terajang sesuka hati untuk membuat jaringan gol sebagai matlamat untuk menjadi pemenang sehingga tersasar dari hukum. Apa yang benar akuilah kebenaranannya, Jangan menidakkan kerana ia takkan berubah sampai bila - bila. Jangan menggunakan istilah yang berkaitan Agama yang tiada dalam hukum. Mungkin pemahaman orang yang cetek ilmunya seperti saya akan mudah terpesong. Masing - masing ada salah silap. Entri ini sekadar renungan & untuk di jadikan pengajaran buat diri sendiri & semua yang membaca. Kita di kurniakan akal.. Yang waras sila la berfikiran secara waras. Andai ada hati yang terasa terlebih dahulu saya mohon maaf.
tumpang tanya cikgu shida tue sapa?? maaf lerrr baru jerr join blog lekit nie..so tak tahu ujung pangkal..
ReplyDeletecikgu shida tu dah macam artis sekarang sebab kontroversi dia dgn video miming dia. kalau nak tengok try search cikshida or teachershida kat youtube then kamu akan tahu.. kalau nak baca entri yang ada kaitan dgn isu ni sila clik http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2010/12/pendebatan-antara-cikgu-shida-penyokong.html
ReplyDeletebetul tu kak abby...cikgu shida kena pandai menjawab bila dah mula dikenali nih, kena jaga semua aspek..pertuturan dan segalanya...sebab byk mata yg memerhati..tambahan cikgu, cikgu mksdnya pendidik dan terpelajar...jadi kena la pandai handle sebarang masalah dgn bijak
ReplyDeletepada yang ingin menegur plak, tak slah...tapi caranya pun kenala berhikmah...
jawapan yang bagus... :)
ReplyDeletewahh..sangat betol ape yg puan abbyfunny kata kat last petikan tu..apa yg btol tu kita kena terima walaupon pahit..lagi2 bila nasihat tu tentang agama..like..=)
ReplyDeleteJejaka Terhangat: Kenapa Perlu Jadi Diri Sendiri?
mcm mana la islam nk m'bangun klu sesama islam pon bergaduh.. huk3~ T__T
ReplyDeleteapa yg terjadi sebenarnya ni?? tak paham cerita?? tak ambil tau pun pasal cikgu shida tu sblum ni =_=
ReplyDeleteada sesetengah manusia bilamana ada nama dan pengaruh, mula timbul sifat mazmumah sedikit demi sedikit.
ReplyDeleteberdoa jelah semoga kita tak masuk dalam golongan macam tu.
senang ckap pada mulanya cikgu shida tu just nk syok2 je tapi apa yg dia buat tu ttibe jd isu,itu yg dia ttibe melebih plak, sama ada dia saje2 nak glam atau itu mmg bakat dia biarlah si luncai dengan labunye huhuuu....
ReplyDeletesaye pon tak suke dengan CS.... video miming die pada saye tak patut dibuat... tapi,pelik, ramai pulak yang enjoy... hurm..
ReplyDeletebtw, terpulanglah dia ... diri dia.. pada yang nak menasihat tu, tak salah.. tapi, pertahankanlah... jangan cepat melatah... ni, baru kene cocok sikit, dah naik marah n keluarkan perkataan kesat.... jadi, ape kurang nye anda dengan orang yang anda nasihatkan tu... hurm..
kalau boleh, soal agama ni jangan diketengahkan.,.. kite tau agama satu isu yang sensitif..
jangan kerana salah faham, agama pulak diperkotak katikkan...