27 December 2010

SIAPA SELALU MASAK NASIK HANGIT?

Confirm tak guna rice cooker sebab adalah mustahil bagi pengguna rice cooker elektrik akan masak nasik hangit. Betul tak?? Kalau hangit jugak.. memang magic of the year la.. Tapi tak mustahil mentah. Sebab kat umah aku(kampung la) dulu rice cooker tu mungkin dah kategori warga emas kan.. kalau masak nasik lebih dari sekali (secara berganti - ganti) confirm yang kedua tu mentah. Tapi skang takde la lagi sebab dah tukar rice cooker baru. Ni kisah nasik hangit.

Pinjam En Google
Kat umah aku (sini. bukan kampung yer) boleh kata kerap sangat aku terbau nasik hangit. Tak tau la dari rumah sapa... umah sebelah kiri ke, kanan ke, depan ke atau selang 2 3 buah rumah ker.. Aku tak pasti sebab aku tak jalankan sebarang siasatan terperinci. Tapi kalau bau colok yang tiap2 hari menusuk hidung aku.. aku boleh agak dah umah sapa. Sebab kat barisan umah aku ni ada sekeluarga india beragama hindu yang alim. Pagi & maghrib je confirm bau colok. Tu tak pelik sebab dah tau.. Ni nasik hangit. Sapa punya keja?? Anak dara mana?? Or mak dara?? Tak mustahil anak teruna atau bapak teruna. Tapi memang menjadi misteri sampai sekarang.

Takkan kot hari - hari masak nasik hangit. Aduhai.. kalau dah gitu gayanya better la guna rice cooker kan?? Silap2 bukan takat nasik je hangit umah pun boleh hangus. Nak2 lagi umah macam umah aku ni.. berkembar dinding & ada 15 tingkat semuanya. Kang umah dia hangus.. berisiko skali umah aku pun hangus even aku menyewa tapi barang - barang dalam umah ni tak sewa tau. Sdn. Bhd punya.

Misteri ni masih menyelubungi aku.. Kadang - kadang jenguk jugak kat lubang ampai tu. Konon - konon nak kesan bau tu dari arah mana tapi tak juga dapat detect. Kalau dapat pun aku nak buat apa?? Ketuk pintu umah dia then cakap.. Napa selalu masak nasik hangit?? Camtu?? Arghh.. tak kuasa aku! Arini pun aku terbau lagi nasik hangit tengahari tadi. Agaknya hari2 la dia kena gosok periuk bekas hangus tu kan?? Keraknya confirm keras.

Misteri sungguh bau nasik hangit ni. Agak - agak korang sapa punya keja?? Dari umah sebelah kiri or kanan or depan??

10 Komen Melekat:

Mak Su said...

hah? biar betul. maksu boleh gaks lah masak nasik manual. tp belum ajar kat anak2, harus diajar juga mereka tu, kot2 tak de letrik ker nanti nanti

suria lekatlekit said...

elok la di ajar maksu.. supaya kejadian hangus tak berlaku.. kekekekeke

Hakim Zailan said...

saya dulu masuk hutan latihan tentera masak nasi pakai kayu api..
ok jek..ahahah

suria lekatlekit said...

maybe time tu kamu lapar then tertumpu je kat nasik tu.. tu blom sempat hangit tu.. almaklum la dlm utan

rammyd said...

dik non baru nak belajar masak kak oiiiii... :P

LURZAN TAZA LIMAJ said...

jangan biar diri anda diselubungi...MISTERI !!!

Gi la terjah puan Suria kot2 derang perlukan bantuan kot huhuu...

Nnti repot kan BERSAMAMU kot2 dorg perlukan bantuan...

huhuuu

ardinihumaira said...

dni penah hangit dulu masa guna periuk jenis berkilat. pastu takmo guna jenis berkilat dah. guna yang biasa2 je :)

apdm said...

salam

kalau nasi hangit, masukkan bunga empat sekawan
pasti hilang hangitnya :)

Asyraf Hamasaki said...

oi2 anak dara jgn masak nasik hangit oiii jatuh harga nanti hik2 ambo siap boleh pakai buluh lagi weeee

IntanBerlian said...

hehe, cube tengok dapur.entah2 periuk nasi sendiri =P

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;