U FOLLOW ME, I FOLLOW U, ITU BUKAN JANJI AKU!
Aku tak pernah berjanji sekiranya korang follow blog aku, confirm aku follow balik sepantas LRT. Tapi aku selalu buat macam tu tanpa janji manis ku. Kalau ada yang terlepas pandang atau tak dapat aku jejak kasih blog tu atau dorang memang takde blog.. So, tak dapek la den nak polow, kan?? Korang tinggal or tak mesej follow back tu.. aku tak pernah peduli pun. Bila aku check kat follower ada jer muka baru then trus aku kesan jejak dorang & merayap la kat blog dorang then akan baca entri paling laters dorang & follow. Kalau ada sesuatu yang aku nak komen.. aku komen jer even orang tu tak komen pun entri aku. Aku peduli hapa kan?? kekekekekekee. Ada juga blog yang aku follow & selalu komen.. Tapi jangankan dia nak nak jenguk blog aku & komen bagai.. follow pun tak.. pun aku peduli hapa. Janji aku suka dengan penulisan dia.. then aku selalu la intai bila dia update entri baru. Sebabnya aku ada cara aku sendiri.
Cara aku.. mudah. Kau suka, kau baca. Kau suka kau ikut. Aku suka aku baca. Aku suka aku ikut. Then ko nak tinggal mesej berkajang pun minta aku follow.. ko tinggal la. Aku takkan block korang.. Malah kalau aku nampak aku jejak balik korang sebab aku seorang yang simple. Benda camtu terlalu remeh untuk buat aku marah atau menyampah. Lain belalang lain padang, lain orang lain pandang, kan?? Cuma sekarang ni aku bercerita pasal aku jer..
Dalam berblog ni tak perlu la terlalu sensitif kan.. Biarlah dorang nak tinggal mesej camtu pun. At Least dorang bertandang juga ke blog kita walau keikhlasan di ragui.. kekekekeke. Bila kita mengambil sikap tak sensitif sangat hasilnya juga kita dapat. Kalaupun kita selalu komen & follow orang walau orang tu tak datang balik pada kita untuk membalasnya.. Tapi percayalah lambat laung dia akan datang juga. Contoh macam BA.. tak berani mimpi aku nak dapat komen dari BA dalam blog aku apatah lagi di follow.. last2 ada juga. Yelah.. blogger popular kan.. Macam artis jugak. Tak termimpi la artis nak datang pada kita ajak lepak2.. tapi percayalah takde yang mustahil dalam hidup ni. Aku bercakap berdasarkan pengalaman jer.. then aku gunakan sebagai motivasi untuk diri sendiri. Takde kejayaan akan datang bergolek.. selalunya merangkak jer.. kita terpaksa melalui kepayahan dulu sebelum beroleh kejayaan.
Moral of the story.. jika kita memberi dengan keikhlasan maka keikhlasan itu akan datang balik pada kita. Cuma cepat atau lambat jer.. Hope isu2 mesej I follow U, U follow me back tu tak perlu la kita pandang serius & sampai amik tindakkan block bagai. Small matter sangat. Sekadar memberi pandangan peribadi.. Kalau ada yang terasa terlebih dulu mohon maaf yer..
P/S : Aku sendiri pun kalau follow blog orang tak pernah tinggalkan mesej follow me back sebab aku ada cara aku sendiri. Peace!
Hehe...nice2...nadz pun kadang-kadang serba salah jadinya bila ada ayat macam itu kat blog nadz..
ReplyDeletebiarkan aje kan sng...
ReplyDeleteisu ni tak payah dibangkitkan pown xpe kot..
ucap trima kasih sebab dieorg datang blog kita.. :)
biarlah dorang nak tggl mesej apa pun Nadzmy.. kalau suka follow balik.. kan senang cmtu?? kalau tak suka diamkan aje dr buat isu pastu block.. not nice la
ReplyDeleteshahrin.. btl tu.. Sy just memberi pandangan peribadi je bila terbaca isu ni
sy pn xde kesah sgt benda tu.. sbb sy mmg follow smua org,, hehe.. stgh org macam xsuka smpai nak maki2.. siap buat entry lg.. perlu ke camtu ek.. xsuka xyah follow.. sng.. xperlu smpai nak sound budak tu.. kesian die.. untung dorg sebab even dorg xfollow blog org pn, masih ramai yg akan follow blog dia.. bila follower ramai.. hidung jadi tinggi.. tu yg jadi mcm tu.. xmustahil masa dorg awal2 buat blog pn dorg cam tu gak kan..
ReplyDeletecekla follow balik sesiapa yang follow cekla sebagai tanda beri semangat pada diorang. tu je.
ReplyDeletepakcik takde hal lah..janji masyuk
ReplyDeleteu follow me,i follow u balik uma^^ apa mcm??heheee isu mcm ni terpulang kat tuan pnya blog,mcm sy,kalo sy follow mean sy ska blog tu,kalo dia tak follow sy blik pun,tkpe.coz tu lantak dia la..mgkn dia tak ska blog sy,that all dear^^
ReplyDeletesetuju sgt...kalau style i follow u,u follow me ni macam dah terpesong dr niat sebenar utk blogging..kita blogging sbb kita suka penulisan dan niat ingin menyampaikan info kpd org ramai. kalau follow u.u follow me ni nampak sgt macham nak ramaikan follower seterusnya jadi fofular cam top blogger lain....
ReplyDeletecmnie la baru sporting kan..hehe...baru la lekatlekit blog kite..hehe
ReplyDeleteagree 100% dgn entry ni :) sama pandangan kita...
ReplyDeleteDunia AkuIbuMuda dan Ragam Keluarga Inchik Moza
ai pn jarang inform ai dh follow blog org tu..sbb perasaan nk follow tu tiba² dtg pehtu trus follow je..hihi~
ReplyDeletehe3..slalu gakz dpt msg cam ni..
ReplyDeleteAs'salam...
ReplyDeleteamy setuju dengan apa yang di katakan shahrin...
p/s : jom tinggalkan detail diri di sini
http://sinarraudah.blogspot.com/2010/12/jomm-kongsi-detail-tentang-diri-anda.html
sama... lya x stuju dgn penggunaan kata2 tu.. bg lya.kalo nk folo biar ikhlas.. bkn mengharap org folo kt balik.. krn nk meramaikan folowers..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletepolo folo and follow ..
hehe
abby. anda di tag!
ReplyDeletehttp://sayecekla.blogspot.com/2010/12/pertandingan-template-tercantik-by.html
isu bkn sengaja nak panaskan.. tp just nak bg pandangan sepatutnya tak perlu di pandang serius sgt smpai nak block bagai.. tak suka x yah follow.. suka follow.. biarlah dorang nk tggl mesej berkajang pun minta follow balik. Anggap je dorang memeriahkan blog kita
ReplyDeleteyup
ReplyDeletesokong sume pandangan puan lekit..hehe
kita pon xnk smcm memaksa ataupun dipaksa dlm hal remeh camni
sempoi gile bahasa kamu....i like...kamu memang boleh tulis novel lah...laras bahasa kamu memang selesa utuk bahan bacaan...wahhh kalau saya boleh menulis sehebat ini...mesti satu hari 5, 6 entry dapat hasilkan dengan senang...:)....
ReplyDeleteMeila.. makaseh ya.. Memang ada angan2 jugak nak jadi penulis novel tp br berjaya menghasilkan cerpen untuk syok sendiri jer.. pun dh lama tak mengarang skang ni
ReplyDelete