WAJARKAH KECILKAN BLOG POST & LEBIHKAN RUANG PADA SIDE BAR??

12/29/2010 01:24:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Kenapa orang jenguk blog kita?? Jawab dulu sebelum isu ini di kopek rakus oleh kekejaman jari lekit ni. Kenapa?? Mengapa?? Adakah semata - mata untuk bersiar siar menikmati widget2 comel?? Atau sekadar menonton iklan?? Atau mengintai side bar??

Jawapanya tentu sekali sebab nak baca entri.. Tu tujuan utama walau ada yang just BW nak up traffic tapi kalau entri menarik orang sangkut juga kan?? Okies sekarang masa untuk merobek dengan kejam tentang isu Ruang blog post yang kecik. Kalau korang tak familiar sangat dengan nama tu.. senang kotak entri korang la.

Trend sekarang sebab terlalu banyak yang dorang nak paparkan di sidebar.. Dorang akan amik space blog post untuk menampung ruang sidebar. Ada yang 2 ruangan side bar kiri & kanan.. ada yang 2 ruang side bar tapi satu side jer tak kira kiri atau kanan atau ada yang still guna satu ruang side bar tapi lebih menyerlah sidebar dia dari blog post.

Kalau dari pandangan lekit yang kejam lagi poyo ni la... Lekit lebih suka blog post menyerlah & besar berbanding side bar. Tulisan pun lekit guna size 14 tau! Biar senang orang baca. Sebab aku nak highlight kan entri yang aku post.. Sidebar tu macam papan tanda kat tepi jalan yer untuk panduan tapi yang penting jalan raya kena besar baru selesa nak memandu kan?? Macam tu pandangan melekit aku ni pada sebuah blog. Bila masuk blog tu kadang - kadang tulisan kecik.. Mau terjojol bijik mata nak baca pastu dia punya blog post sempit yang amat. Yang banyak sidebar. Kiri kanan dia pacak macam2 gadget & widget. Perlu ker??

Sidebar umpama kehendak & blog post umpama keperluan. Korang pernah belajar kemahiran hidup kan masa kat sekolah. Antara kehendak & keperluan, yang mana lebih penting. Merujuk kepada blogger yang berjaya macam En BA.. memang simple sangat blog dia tapi kenapa dia tetap menjadi perhatian blogger?? Kuasanya pada entri. Tak kira la dia nak buat apapun melalui entri dia tapi tetap senjata dia adalah apa yang dia tulis. Betul tak??

Tak salah kita nak letak sedikit penyeri di sidebar blog tapi jangan sampai menenggelamkan ruangan blog post. Blogger takkan berjaya dengan hanya blog yang warna warni sahaja kalau apa yang di tulis takde tarikan. Then salah satu nak menarik orang membaca adalah dari segi ruang di blog post juga. Kalau mengganggu keselesaan pembaca.. Entri yang bagus pun kemungkinan terpinggir. Betul tak??

Ini sekadar pandangan peribadi & tidak point mana2 blog atau blogger. Kalau yang terasa terlebih dahulu jari puaka melekit ini memohon ampun. Just share apa yang aku rasa baik & terbaik pada pandangan mata aku ni je.

3 comments:

  1. tu la.. rasenya lebih baik pentingkan pada content blog tuh... jgn biarkan side bar ganggu fokus utama blog tuh

    ReplyDelete
  2. kalau i lebih suka besarkan space utk post... seronok nak baca.. hheehehe

    ReplyDelete
  3. yezza~ widget byk pon, kdg2 wat org nk mrh sbb lmbt loading.. sorry klu terasa.. =.="
    btw, pe komen lekit ttg blog post dan sidebar keen?? ada yg kena diperbaiki k?? saiz tulisan?? komen lekit keen hargai~ thanx~ ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com