WUJUDKAH BADI??

12/20/2010 05:22:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Tercetusnya idea nak buat entri BADI ni adalah sorotan dari artikel harian metro pasal Juara rancangan realiti Mari Menari.. Yang membuat kenyataan katanya ada orang mendoakan mereka menerima BADI penceraian seperti 7 pasangan artis sebelum ni yang menyertai rancangan tu di susuli dengan berita penceraian mereka.

Persoalannya wujudkah BADI?? ada ke BADI ni?? Mari kita lihat dari sudut yang lebih logik dari sudut pandangan kuno tentang BADI. Kita dah tahu dalam Islam haram mempercayai perkara - perkara macam ni. Apa yang berlaku sudah ketentuan Tuhan di samping dengan alasan - alasan yang kukuh kenapa terjadinya sesuatu perkara. Dalam zaman serba moden.. Kepercayaan kuno macam ni masih lagi di percayai segelintir manusia yang seolah - oleh jahil dalam kehidupan moden sekarang.

Takkan berlaku sesuatu perkara tanpa alasan yang munasbah dan sebab musabab. Isu BADI rasanya tak perlu timbul.. Takde BADI dalam kehidupanm kita. BADI cuma salah satu kepercayaan yang menyesatkan. Kenapa berlakunya penceraian?? Macam - macam sebab kita baca tentang penceraian tujuh pasangan artis ni selepas menyertai rancangan realiti tersebut. Takde satu pun yang kata.. kami bahagia je tiba - tiba tengah gelak - gelak.. tengah gurau senda.. tengah makan - makan hubby lafaz cerai atau bini minta cerai. Ada ke yang buat statement camtu?? Takde kan?? Semuanya dengan alasan yang logik kenapa berlakunya penceraian antara mereka. So, Dimana logiknya jika nak di kaitkan dengan BADI??

Dari sudut pandangan lain tentang rancangan realiti ni.. Dah nama pun rancangan hiburan, kan?? Kebanyakkan tidak murni sangat. BADI yang cuba di kaitkan apa kata kita amik dari sudut yang positif.. Mungkin rancangan ini tidak sesuai untuk pasangan suami isteri yang beragama Islam. Sebabnya bila menari kita perlu melakukan aksi yang terkinja - kinja dan di pertontonkan secara umum untuk di nilai dari segi pemarkahan. Menlentok.. melompat.. terkangkang.. tertonggeng.. terangkat.. itulah yang ada dalam setiap tarian. Bila menyertai rancangan ini juga secara tak langsung.. Yang tak terkenal jadi di kenali. So bila di kenali.. macam dugaan yang datang antara fitnah & gosip yang mampu mengugat kesetian, kepercayaan dan keharmonian rumahtangga. Isu BADI tak perlu timbul.. kerana apa yang terjadi kukuh dengan alasan yang ada.

So, pada yang masih mempercayai wujudnya BADI ni sila la ubah pemikiran kuno anda & cuba berfikiran secara logik. Sekadar berkongsi pandangan peribadi jer.. Aku bukan la arif sangat tentang Agama. Tapi mengikut pandangan & pendapat sendiri.. Itulah yang aku rasa. So, kalau ada pertikaian tentang BADI ni sila la rujuk kepada yang lebih pakar yer...

P/s : Kesilapan tajuk rancangan realiti tv tu tadi dah di ubah.. Bukan sehati berdansa jer.. Pepandai je melekit. Tapi Mari Menari yang di tayangkan kat astro. Sesungguh manusia melakukan kesilpan.. Kesilapan ni takde tajaan sesapa melainkan di taja oleh kelalaian sendiri. Sekian Makaseh

5 comments:

  1. tu semua qada` dan gadar tuhan kan? apelah nak badi2. karut marut juga diorang tu.

    ReplyDelete
  2. kurang percaya la h badi2 nih hehe

    ReplyDelete
  3. juara sehati berdansa yg manaplak ni?
    mana ada badi2 ni...mengarut je...

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Sepengetahuan aku, badi ni ada dikaitkan dengan "mayat" banyak orang cerita pasal takutkan badi mayat. Akan tetapi sebenarnya tiada BADI dalam islam...betul tak?

    ReplyDelete
  5. betul.. BADI cuma kepercayaan kuno yg tak tertumpu pd mayat jer.. BADI ni lebih krg macam kenan (bahasa kedah) atau tempias bahasa yg mudah di fahami.. melibatkan sesuatu yg buruk la.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com