10 TIPS KURANGKAN MORNING SICKNESS

1/15/2011 11:18:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

 Kemain teruja ko lekit siap search bagai ni.. Mesti la. Apa yang berguna kita share. Jom lekit nak share 10 perkara mengurangkan morning sickness di awal kehamilan

1. Banyakkan rehat.
Rasa mual akan menjadi lebih teruk sekiranya anda mengalami stress.
Gunakan maternity body pillow untuk mengampu punggung dan perut untuk
memastikan anda tidur malam dengan lebih selesa.

2. Makan sedikit tetapi kerap.
Rasa mual akan bertambah sekiranya anda membiarkan perut anda kosong.

3. Kurangkan waktu anda berada di hadapan komputer.
Kurangkan waktu anda duduk di hadapan komputer. Ini kerana paparan
monitor yang berkelap-kelip berkaitan dengan morning sickness anda.


4. Lakukan beberapa pergerakan tubuh.
Jangan habiskan masa anda dengan hanya berbaring. Ia akan hanya
menjadikan badan anda terasa lesu.

5. Jus minuman.
Untuk mengelakkan rasa mual, anda digalakkan mengambil jus epal yang
ditambah dengan sedikit madu.

6. Buah-buahan.
Makanlah buah epal. Buah ini juga boleh menghilangkan rasa mual anda.

7. Asam.
Anda juga digalakkan untuk makan buah pir atau asam kerana ia dapat
mengurangkan kesan morning sickness.

8. Pisang dan kentang.
Makan pisang dan kentang panggang sebagai sarapan pagi dapat
membantu mencegah morning sickness kerana ia mempunyai potasium
dalam kandungannya.

9. Pakaian.
Baju yang ketat terutama di bahagian pinggang boleh meningkatkan lagi
rasa mual. Jadi, pakailah pakaian mengandung yang selesa dan tidak ketat.

10. Vitamin.
Ambil vitamin untuk kanak-kanak sebagai pengganti vitamin prenatal
biasanya. Anda juga digalakkan mengambil sandwich kacang dengan madu
atau bijian dengan susu sejuk.
Selain itu cubalah melalui morning sickness anda dengan aktiviti yang boleh
membuat anda lebih releks. Contohnya seperti menonton TV, bermain puzzle
kad atau membaca buku.
Bagi mereka yang beragama Islam amat digalakkan membaca Al-Quran.

Rujukan :  10 Tip Elak MORNING SICKNESS

2 comments:

  1. Cik Puan Lekit, dah chek ke?! 2 tiang erk.. Hihihihi

    ReplyDelete
  2. dh check awal pagi td.. dua tiang tegak berdiri tp bakal mummy berdebar2 lak tgk result. blm sahkan lagi kt hospital. just buat test kat umah jer

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com