ANDAI LUCKY DI BUANG SEMULA.. ADAKAH DIA AKAN BERTEMU DENGAN LUCK LAGI??
Deqdeq pernah membuat satu entri apa yang perlu dia lakukan kerana dia tidak terdaya untuk meneruskan niat membela lucky & deqdeq pernah juga terfikir nak buangkan semula lucky namun dari cerita deqdeq, aku dapat membayangkan Lucky takkan mampu hidup berdikari macam kucing terbiar lain. Kecacatan yang di alami Lucky jangankan nak mencari makan sendiri.. nak selamatkan diri dari ancaman musuh pun dia tak mampu. Walau ada blogger memberi kata - kata sokongan pada deqdeq.. Supaya membuang semula lucky, dan berdoa semoga Allah melindungi Lucky aku memang menegah deqdeq buat macam tu even aku sendiri pun mengalami masalah yang sama sekiranya nak adopt lucky. Then aku cadangkan deqdeq tanya pada PAPA kucing terbiar.. Aku yakin 100% hanya PAPA sahaja yang boleh bantu lucky. Aku juga yakin PAPA takkan menolak Lucky sebab alasan Deqdeq memang munasabah.
Hari ni sempat menyinggah ke blog PAPA kucing terbiar.. Melihat sendiri video Lucky yang sangat menyedihkan tu. Sememangnya aku sudah membayangkan keadaan Lucky sebelum melihat video tu tapi hati tersentuh. Lebih - lebih terbayang sekiranya Deqdeq membuangnya semula... Lucky memang sangat bertuah. Di temui Deqdeq yang berhati mulia seterusnya di kenalkan dengan PAPA kucing terbiar yang sangat istimewa. Moga Deqdeq & PAPA di murahkan rezeki, di beri kesihatan yang baik & di beri kehidupan yang bahagia untuk membela nasib - nasib makhluk Tuhan ini. Amin..
cerita kucing.. bagus2..
ReplyDeleteSedey je bunyi...Nak g baca n3 pun tak sampai hati...Jap g nak g baca la jgk :/
ReplyDeleteade bca psl lucky ni..tahniah utk deqdeq..dn gud luck utk lucky..
ReplyDeletekucen o kucen..
ReplyDeletesuke kucing
Jemput keALL IN ONE
Mmg DeQdEq rasa lapang hati bila Papa Meow sudi terima Lucky...
ReplyDeleteKlu tak mmg DeQdEq tak tau mcm mana nak buat...nak buang semula tak sampai hati sbb Lucky bukan mcm kucing lain..mungkin DeQdEq akn terus jaga Lucky..tp kesian juga kat dia asyik berkurung dlm bilik DeQdEq..
Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan untuk DeQdEq...semoga Lucky gembira dgn Papa Meow dan kawan2 baru
DeQdEq rindu sgt kat Lucky...telatah dia dan mulut bising Lucky mmg buat DeQdEq teringat je kt Lucky...bila rasa rindu mst buka blog Papa Meow..
fuh!!!
ReplyDeletenasib baik ada penjaga terbaik..
Tersentuh baca entri nie....
ReplyDeleteTips , 7 prinsip utama menjalankan perniagaan
so lucky... berperikemanusiaan sesamat hambanya... mudah-mudahan kalian mendapat berkat dari allah...
ReplyDeleteoh baru bee faham!..hui
ReplyDelete