CUKUP HEBATKAH UNTUK BUAT SEGMEN BLOGLIST UNTUK BLOGGER??

1/31/2011 02:09:00 AM suria lekatlekit 14 Comments

Siapalah blog Melekit ni kan?? Masih di pinggir longkang lagi.. Bukan la pemalas atau taknak share traffic or tolong blogger lain memperkenalkan blog dorang tapi.. SIAPALAH BLOG MELEKIT NI YANG LAYAK BUAT MACAM TU??

Kadang - kadang ada orang suggest buat segmen bloglist or blog review akan memberi manafaat pada blog melekit & orang lain juga tapi Sang Lekit masih rasa Sang Lekit pun perlu di bantu untuk memperkenalkan blog sang lekit ni macam mana Sang Lekit nak membantu orang lain memperkenalkan blog dorang. Kalau Sang Lekit buka segmen Bloglist or blog review kat Blog melekit.. So, tetiba ada la sekerat dua join.. Tapi takde feetback dari blogger lain pada blog2 yang join segmen melekit tu.. Wah rasa bersalah pula.

Sebab tu la Sang Lekit mengambil keputusan untuk memajukan blog Sang Lekit biar sejaya Blog Ben Ashaari time tu Sang Lekit Insyaallah akan membuka jalan pada blogger lain pula memperkenalkan blog dorang di blog melekit ni. Sang Lekit lebih suka membuat sesuatu yang memberi keuntungan kepada kedua - dua belah pihak macam BA buat tu. Tapi setakat follower pun baru 500++ UV pun 200++ je tiap hari tu pun kalau tak jenguk 1 hari blog menjunam ke 100++ UV je sehari baik la pendamkan saja hasrat tu.<< Merujuk pada blog sendiri. So, pada blogger lain jangan lak tetiba korang nak sentap yer.

Tapi kalau contest or GA tu maybe la.. cuma Sang Lekit belum ada idea nak buat contest & GA. Kalau boleh biarlah sesuatu yang mencipta kelainan yang menarik minat orang lain untuk join.

Tu cuma pendapat peribadi aku jer.. Sebab pernah ada orang cadangkan aku buat segmen tapi memikirkan taknak orang lain teraniaya dengan segmen aku nanti.. Biarlah aku pendam saja niat di hati. Lagipun semua blog aku follow memang dalam bloglist aku pun. Sapa rajin update maka terpampang la dalam to 5 bloglist aku. So tak payah nak buat segmen bagai.. Aku memang pemurah untuk letak semua blog yang aku follow (kebanyakkan semua blog aku follow memang follow blog aku) di bloglist aku. So, kalau bloglist aku tu memang beri feetback bagus pada korang, Alhamdulillah. Sama2 la kita nikmati kelebihanya.

14 comments:

  1. Ntah, kadang2 segan nak buat kontest blog list.. i buat bloglist pada blog yg mmg selali masuk pun... termasuk la ko kan... wahhhh meletopppp.. ehh salah... waaaahh melekit.....

    p/s baby dah menendang ke belum? kekekeke

    ReplyDelete
  2. Nyah baby mak dh siap menari poco2 dlm perut.. Betul tu Nyah!. takat nak masukkan dlm bloglist.. takde la sesak sgt blog mak ni so x yah la segmen bagai lagi.. kot2 akn dtg dr melekit terus meletop maybe kena la buat segmen sebab takut ada yg mati sesak napas lak kalau ramai sgt kan??

    ReplyDelete
  3. ceq tanya 1 soklan, pstu depa jawab kat komen..pastu letak jadi bloglist smggu..hihihi..

    tadak idea..


    pastu x smpi level lagi nak wat yg up2. haha

    ReplyDelete
  4. blog saya dah takde bloglist,,blog berat nak loading.

    ReplyDelete
  5. lain orang lain caranya, jadi tepuk dada tanyalah fikiran.

    ReplyDelete
  6. sy sedang bercakap pasal sy cik cempakamelati.. so, sy masih rasa sy x layak. org lain sy x tau.. so x ckp pasal org lain skrg ni. hope jgn pulak org lain terasa..

    ReplyDelete
  7. bloglist? abg eq lom berani buat lagi sebab rasa kerdil lagi dalam dunia blog ni...

    ReplyDelete
  8. slm pagi sis!kite kan suka join segmen bloglist ni sbb rasa nk membantu kwn2.tak sampai hati kalau segmen yg dibuat tak dpt sambutan.join atas rasa ingin membantu dan menaikkan smgt penganjur.sambil berkenalan.kdg2 mmg tak sempat nak join semua,hanay pilih penganjur yg btl2 peramah dan bukan sekadar nakkan nama.tapi yg penting sis tak buat bloglist pun,blog sis mmg dah lam dlm bloglist kite he3...byk2 zikir utk baby ye...^-^ smga Allah ldgi sis dan baby amin

    ReplyDelete
  9. ala..
    besa la tue..
    kite bkan blog gran2!
    hekhek!
    sabar je lew ek!
    hekhek!

    ReplyDelete
  10. hanya support dari belakang je. hehe

    ReplyDelete
  11. hehe buat je..tak salah mencuba kan...

    ReplyDelete
  12. ehee :) betol tu. ala belog ni dah terkenal dah dgn lekat lekitnya ;)

    ReplyDelete
  13. sama la..
    TK mana layak nk buat segmen tu..
    trafik x sampai 50 pun sehari..
    hehe..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com