HARI - HARI MIMPI MAKAN

1/23/2011 08:52:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Minggu ni saja hari - hari mimpi aku berkisahkan makan.. makan nasi dengan ikan bakar, makan macam - macam jenis pulut, semalam mimpi makan laksa. Sampai pelik aku.. Lepas tu mula la ngidam nak makan benda yang dalam mimpi. Hari ni satu hari dok terbayang wajah laksa. Bleh gitu!

Nak kata tak cukup makan.. Takde jugak. Cuma selera aku tak berkenan apa yang ada dalam rumah jer.. Yang takde - takde tu la di cari. Bila tak dapat asyik terbayang.. huhuhuhu. Tapi aku jenis penyabar.. Dapat makan, makan la.. Tak dapat pun cuba alihkan tumpuan pada benda lain supaya perkara2 pasal makan tu terlupa jab. Kan menyusahkan pihak lain lak.. kekekekekeke

Tapi tetap juga mendambakan laksa saat ni.. Taknak yang masak sendiri lak tu. Nak yang beli. Kalau aku masak confirm la tak makan. Bukan pasal tak sedap.. Tapi tak tau la sejak berbody dua ni.. Jadi camtu la perangainya. Hari ni makan Epal jer.. Ntah semalam rasa tetiba je nak makan epal then beli la kat tesco Mutiara damansara tu.. Rasa nak makan begedel ke hapa namanya tu.. Beli yang frozen food tu. Pagi tadi goreng terhangus sikit kat luar tu.. Makan sikit rasa tak sedap pulak.

Moga saat2 mengidam.. alahan.. ni takde la teruk yer.. Aku kalau boleh tak nak sampai menyusahkan orang lain. Apa yang boleh aku buat sendiri.. aku cuba buat la. Even sekarang cepat letih & penat tapi aku buat juga slow - slow. Cuma aku masih takde selera nak makan masakan sendiri walhal sebelum ni takde lak macam tu. Hope cepat la berakhir part2 ni.

7 comments:

  1. hehehe...sama lak entry sal mimpi jugak...

    hurmm, beselah, nama pun ngidam...itu nak ini nak, tu yang smpai termimpi2 tu..

    so buat lekit, take gud care of your kandungan ek...jangan lasak2...

    selamat menjalani 40 minggu nan indah...weeee

    ReplyDelete
  2. mimpi makan? tu tande nak dapat BE dengan banyaknye... duit masuk berbakul2 la pas ni.. aminnn...

    ReplyDelete
  3. huhu..dah nk da bby ni ngidam bnyak plak dia..hehe..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com