ISU AZAN.. TERINGAT SATU KISAH
Alkisah adik aku dengan jiran aku ni.. Dorang ni kuat juga bertekak. Kadang - kadang malas nak campur.. Sebab jiran aku ni pelik sikit perangai dia. Memang la kitorang macam musuh tradisi.. Then dah tau camtu elakkan la jadi pertengkaran. Ni dia tak.. Kalau nampak jer adik aku menyapu kat halaman.. dia pun siap2 la penyapu. Pastu ada la macam - macam benda or perkataan yang nak cetuskan pergaduhan. Alkisah adik bongsu aku ni memang panas baran. Mula - mula aku dengar la dorang bertengkar. Aku buat bodoh jer..
Tapi bila keluar isu Ayah aku time tu mula la panas telinga. Dia gaduh dengan adik aku.. Ayah aku pula di sebut - sebut. Nak - nak lagi benda yang di sebut tu memang memanaskan telinga sesapa jer dengar. Arwah ayah ni lebih kurang bilal la kat Masjid. Tiap - tiap pukul 5 pagi dia akan ke masjid then akan laungkan Azan pertama. Suara dia memang la kuat & jelas. Si jiran aku ni boleh pulak cakap Ayah aku ni pagi2 azan kuat - kuat, buat bising sampai dia nak tidur pun terganggu. Aku memang panas dengar benda camtu.. Apa lagi aku keluar rumah & cakap.. "Yahudi mana la tinggal sebelah rumah aku ni!" Walau dia pun muslim tetapi aku geram sangat so terkeluar la perkataan Yahudi tu. Pastu jadi besar perang tu sampai anak laki dia sekali masuk campur. Tak tahan tu anak lelaki dia siap ugut nak pukul aku & adik aku kalau jumpa kat luar sebab maki mak dia.
Pastu sampai balai la kes tu. Bukan kitorang gadis - gadis ni buat report tapi jiran aku anak beranak, mak dia, bapak dia & anak lelaki dia buat report cakap kitorang maki dorang. So, polis pun panggil la kitorang bagi statement. Apa lagi aku buat la report balik anak dia nak ugut nak pukul kitorang. Terus polis tu minta settle cara baik. Polis pun berat sebelah. Time kitorang nak buat report.. Pandai lak nak settle cara baik. Time dorang buat report takde lak nak minta settle cara baik. Lagipun dorang takde point nak buat kes lepas aku hujah balik kenapa aku maki dia. Polis tu boleh cakap soal Azan tu kena rujuk kat Ahli jawatan kuasa Masjid. Wah.. bermakna polis yang juga muslim tu pun setuju la dengan pertikaian tu atau dia dah hilang kata - kata nak membela jiran aku tu??
Sekarang Ayah pun dah takde.. So, hope bilal baru ni takde la jadi pertikaian Lauangan Azan tu ganggu orang lain tidur yer.. Kejahilan memang terserlah bagi sesapa sahaja yang mempertikaikan Azan lebih - lebih lagi seorang muslim.
Sepatutnya dari segi undang-undang, ko kena buat report balik. kalau buat report lagi meletup dari report dia, sebab ada ugutan jenayah. Apa pun menda dah lepas... Al- Fatihah Untuk arwah ayah..
ReplyDeleteaku suka la pulak baca kisah ko ngan jiran ko ni, nanti2 share ar lagi ek, mcm drama bersiri gitu kan hihihi
ReplyDeleteal-fatihah utk arwah ayah ye
uittt sampai kes polis yee...
ReplyDeleteapa pun al-fatihah buat ayah abby yee
sampai cam tu sekali..
ReplyDeletetakut sungguh kalau berjiran dgn yg tak tahan ni..
al-fatihah untuk ayah sauari
ajar sikit jiran yg macam tu.dah tak suka pindahlah umah lain..benci..benci!al-fatihah juga utk arwah ayah yg tersayang ye..amin
ReplyDelete