KENAPA SAYA HARUS MARAH & TAK HARUS MARAH??

1/14/2011 12:19:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Isu pasal entri berkaitan adik penyanyi popular Dato Siti Nurhaliza tu mendapat rating tinggi jugak la tapi tetap lekit mengambil keputusan untuk save sebagai simpanan peribadi dari memaparkan kepada umum setelah di tegur beberapa pihak yang prihatin. Maybe ada yang tertanya - tanya kenapa Lekit tak marah atau melenting?? Jawapanya..

Kenapa saya harus marah/melenting??
1. Sekiranya korang menghina keluarga & diri saya
2. Sekiranya korang cuba menabur fitnah kepada keluarga & diri saya
3. Sekiranya korang menegur saya dalam bahasa maki hamum, lucah/carut
4. Sekiranya korang mengaibkan saya & keluarga dengan kisah2 yang tak benar
5. Sekiranya korang bercakap lucah atau carut dengan saya or keluarga saya

Kenapa saya tak harus marah/melenting??
1. Sekiranya korang menegur kesilapan saya & keluarga dengan cara yang baik, sopan & betul
2. Sekiranya korang berniat untuk membetulkan kesilapan saya & keluarga dengan cara yang betul
3. Sekiranya korang menggunakan bahasa yang sopan ketika menegur saya & keluarga
4. Sekiranya korang mengingatkan saya kepada perkara yang salah sedang saya buat
5. Sekiranya korang bercakap soal hukum agama dengan betul caranya

So dalam kes ni saya tak rasa pun dengan mengakui kesalahan kita yang terang - terang salah akan menjatuhkan air muka. Saya belajar dari sekeliling saya. Manusia kadang - kadang jadi bodoh bila cuba menegakkan sesuatu yang salah supaya di pandang betul. Tak nak point mana2 pihak tapi terus terang saya katakan yang banyak mengajar saya adalah dari isu shawls & cikgu shida. Demi meletakkan sesuatu perbuatan salah itu supaya terlindung kesalahannya ramai yang cuba menunding jari menunjuk salah orang lain atau membuat kenyataan yang menampakkan kebodohan sendiri. Sebagai manusia yang lemah tentang ilmu agama seperti saya biarlah kita mengambil sesuatu teguran itu sebagai pembimbing menilai dengan ilmu yang sedikit. Terima dari sudut positif setiap nasihat yang baik & belajar tidak mempertikaikan hukum yang takkan berubah sampai bila2 di samping cuba memperbaiki kelemahan diri dari masa ke semasa. Itu adalah lebih baik dari mempamirkan kejahilan melalui kenyataan yang terang2 takkan membetulkan kesalahan kita.

7 comments:

  1. erm..bagus la terima dari sudut positif..itu melambangkan yang kita positif..

    ReplyDelete
  2. kak abby mmg baik la...mmg boleh jadi blogger contoh...

    ReplyDelete
  3. entry terbaik ni..tak sia2 kenal bloger ni^^

    ReplyDelete
  4. boleh jadi setaraf dengan hanis zalikha lepas nih..haha..nice entry..

    ReplyDelete
  5. salam...

    sabar yea...

    adakah cerita artis itu aib kalau dah kuar kat paper? pelik la orang kita ni.

    pasal isu shawal...syira pun dah baca dari 2 2 pihak, dan syira memang pelik dengan orang kita. tapi syira tidak mahu ulas, sebab jawapan tu memang kita dah tahu mcm mana kan.

    yang penting berfikir secara rasional, bukan menurut kata hati demi pertahankan maruah diri sedangkan nyata dah salah..


    menulis selagi kita betul.

    ReplyDelete
  6. salam...

    sabar yea...

    adakah cerita artis itu aib kalau dah kuar kat paper? pelik la orang kita ni.

    pasal isu shawl...syira pun dah baca dari 2 2 pihak, dan syira memang pelik dengan orang kita. tapi syira tidak mahu ulas, sebab jawapan tu memang kita dah tahu mcm mana kan.

    yang penting berfikir secara rasional, bukan menurut kata hati demi pertahankan maruah diri sedangkan nyata dah salah..


    menulis selagi kita betul.

    ReplyDelete
  7. yes...think positif..

    yg baik dijadikan tauladan yg xbaik dijdikan sempadan..he2..


    i like this entry..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com