MAIN TIPU DENGAN NUFFNANG

1/07/2011 10:00:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Jom clik nuffnang saya.. lepas tu tinggalkan mesej saya akan clik balik nuffnang kamu!

Tu dia strategik menjana pendapatan melalui iklan nuffnang yang menari nari kat blog kita. Lekit jenjalan kat blog adik - adik then jumpa la pasal entri minta orang clik nuffnang dia sebab dia baru je berkenalan dengan majikan baru blogger ni. So, demi menambah hasil tabung beliau minta la rakan2 support beliau dengan mengklik iklan di blog dia.. then akan di balas balik

Pada adik - adik Nuffnang dah mengeluarkan amaran tentang clik fraud ni.

Perkara yang perlu dielak:
  • Terdapat satu perkara yang amat dilarang bagi setiap ahli Nuffnang, iaitu melakukan aktiviti click fraud. Click fraud didefinisikan sebagai perlakuan memanipulasi bilangan klik yang diterima unit iklan di dalam blog (contoh: klik unit iklan di dalam blog secara berulang-ulang, menukar alamat IP komputer sendiri, atau meminta pihak lain melakukannya). Anda dibenarkan untuk klik pada unit iklan sendiri sekiranya berminat dalam produk/perkhidmatan yang disiarkan, tetapi ia adalah satu kesalahan sekiranya anda ingin memanipulasi bilangan klik kerana ini melanggari terma perkhidmatan Nuffnang.
  • Ahli yang didapati terlibat dalam aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas dengan menarik semula pendapatan mereka, atau digantung keahlian sekiranya kesalahan itu berulang.
Untuk lebih bukti korang clik sendiri kat sini : Nuffnang bagi adik - adik atau sesapa saja yang baru jatuh cinta & berkenalan dengan nuffnang ni.

Dulu Cik Lekit pun bengong pasal nuffnang ni. Korang percaya tak aku dulu pacak iklan nuffnang sebab nak bagi blog aku nampak meriah jer.. Tapi tak baca apa fungsi iklan tu. Apatah lagi nak study kelebihan yang ada. Yang aku tau login je nuffnang check Analitik. Tengok jumlah pagevies &  Komuniti baru. Lepas tu dok tengok orang asyik cerita dapat duit dari nuffnang baru la den paham & study balik. Baca semua syarat & peraturannya. So takde la Lekit sempat buat aktiviti clik fraud ni.

Pada adik -adik yang baru jer terjebak dalam kancah mata duitan seorang blogger ni.. (Statement tak bleh blah! Kekekekekekeke) jana la pendapatan tu secara betul. Lekit pun ada clik iklan sendiri tapi yang lekit berminat jer macam Darlie aritu ada games kat dalam tu. Kutip graviti ke hapa. Kiranya yang kita minat jer kita clik. Bukan sebab nak penuhkan tabung sendiri. Setiap perbuatan ada akibatnya.. So berhati hati la kalau ada niat nak main tipu dengan aktiviti Clik Fraud ni yer.. Bukan apa, kalau kita rasa kita bijak.. Maka ingatlah bahawasanya.. Orang yang mencipta sesuatu itu lebih bijak kalau tak, takkan la dia boleh jadi pengiklan terbesar sehingga mampu memberi pendapatan pada orang lain.

Jangan jadi macam akak lekit dulu.. Malas baca syarat & peraturan main pacak je. Nasib baik tak terbuat salah. Tapi ada jugak tersalah letak penaja iklan yang jadi saingan nuffnang terus status bertukar. Nasib baik sempat sedar.

P/s : Percaya pada rezeki datang nya dari Allah.. Yang penting Usaha. Takde jalan pintas untuk berjaya atau kaya.

7 comments:

  1. Oppa pun dulu tak tau pasal tu dulu..
    slalu sgt pakai click je..nampak iklan klik tapi skang dah x buat kerja jahat tu..hehehe..

    ReplyDelete
  2. dulu mengong gak bila ada org letak pesanan kat chatbox

    "klik nuff saya ye"

    pastu, dh start letak iklan bulan 8 baru paham benda alah ni,haha
    noob gila

    tp skang pun ada lg

    "saya klik nuff awak, click me back"
    LOL
    tak ikhlas langung, ada udang di sebalik mee rupanya

    nice reminder kak lekit

    ReplyDelete
  3. Hahaha...slalunya buffer earning pling maksima brapa erk?

    ReplyDelete
  4. ada jugak klik sendiri punya ads, untuk tahu iklan tu pasal apa je...

    ReplyDelete
  5. ehh..baru tau bleh klik kat iklan sendiri..haha

    ReplyDelete
  6. Mmg rasanya xpnh2 lagi kot suruh org klik2 iklan kt blog kita sbb tau salah...tp even dulu xthu pun xpnh buat..xd masa la nk klik2..hahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com