MAKCIK TERGODA DENGAN HERO
"Nanti hang balik sana.. hang pi cuci gambaq hero tu besaq2 pastu hang pos mai kat cik."
Aduhai makcik aku dah tangkap lentok dengan hero rupanya. Ni kes malam isnin lepas masa dia tengah menjalankan operasi massage adik aku dalam bilik, kebetulan aku pun tengah online time tu. Pun dalam bilik sebab pc dok dalam bilik. Alang - alang kepalang aku pun tunjuk la kat dia blog hero & cerita la pasal kisah sedih si hero tu. Nak buat camna dah keturunan sebelah ayah ni semuanya jenis suka spesis hero.. teruja la makcik aku ni nak tengok gambaran sebenar si hero macam aku cerita. Bila tengok gambar & video si hero terus tangkap sayu.. sambil membebel orang yang menyebabkan hero jadi camtu.
Ni la hero yang makcik aku nak frame kan gambar dia. Bila aku cerita pasal hero ni esok tu sapa - sapa je datang umah aku dia buka cerita pasal hero. Mula la jadi cerita berantai.. Masing - masing cerita pasal kucing yang di kejami. Sepupu aku cerita masa dia kecik.. Time tu maybe aku takde lagi sebab sepupu sebelah ayah ni semua dah tua - tua sikit. Ada sorang orang kampung aku tu.. kejam jugak. Ada sekor kucing makan burung merpati dia then dia tangkap kucing tu & belah perut. Apa lagi kucing tu berlari la sambil isi perut terburai sebelum mati. Memang teramat kejam bagi aku. Manusia tu pun hidup lagi.. Moga dia bertaubat &mohon keampunan sebelum di azab sebelum & selepas mati. Pada Uolls.. tak kira sesiapa mengejami haiwan adalah perbuatan yang paling dagus, keji, hina & kejam. Anda tidak layak di panggil manusia mahupun binatang. Hanya satu gelaran yang paling sesuai iatu.. IBLIS!
laaaa... kucin ka? awat x habaq awai2 cek... huhuuuu
ReplyDeletehero yg dianiaya....thanks kepada org yg jaga hero...huhuu....
ReplyDeleteha3...puas baca dr atas bedebar2 tak sabo nk tgk siapalah hero tu..comelnyer..erm pasal org yg belah perut kucing tu kite marahhhhh sangat2.ngapelah kejam sgt!!!
ReplyDelete