MELAWAT MANGSA JALAN BERLOPAK

1/09/2011 11:40:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Pagi adik nombor empat bertukar shift dengan makcik yang temankan mangsa kemalangan sejak semalam. Tengahari kakak No. 2 pula punya shift & petang dengan rombongan Cik Kiah yang turut serta dalam lawatan mangsa kemalangan bersama aku ke hospital. Rombongan Cik Kiah tu cuma datang selepas 5.30.. aku amik alih jaga dia pukul 4. petang. Sambil layan cerita - cerita dia yang tak hanya menyentuh tentang kemalangan tu.

Menurut cerita mangsa kejadian.. Dia terlanggar lubang besar kat jalan & terjatuh sempat merangkak di tepi jalan bagi elak dari di langgar kenderaan lain. Mujur tak banyak kenderaan time tu. Akibat dari langgar jalan berlopak tu adik bongsu aku mendapat jahitan di bibir bawah, patah 2 batang gigi & kehilangan isi di bahagian atas tapak kaki menampakkan tulang & urat & tak boleh di jahit untuk menyambung luka sebab takde isi. luka di lutut siku dan calar2 kat perut. Still tak boleh berjalan & makan makanan pepejal.. terpaksa di tolak guna kerusi roda & hari ni je baru boleh merasa makan bubur.

Yang pelik pihak hospital bagi nasik.. Dah tau dia tak boleh mengunyah. Memang kurang cerdik. Hospital kerajaan tak lepas dari isu nurse sombong & kurang ajar. So, benda biasa bila berurusan dengan hospital kerajaan ni. Tapi time aku ada takde lak kejadian nurse biadap. Kalau tak boleh juga sekolah 1 2 subject sebagai panduan di masa depan, kan?? Di wad adik aku tu ada sorang lagi mangsa terlanggar jalan berlopak & family dia tengah nak buat kes saman JKR. Adik aku ni pun maybe kita akan ambil tindakkan yang sama. Lubang jalan yang adik aku langgar ni bukan kali pertama, tapi sebelum adik aku dah banyak kes. Pun begitu tak di ambil sebarang tindakkan menurap jalan yang berlubang.

Masa pilihanraya jer nak buat semua tu nak pancing undi tapi lepas tu...?? Sebab tu aku cakap politik sekarang bua aku keliru. Tak tau yang mana sebenarnya betul2 untuk membantu rakyat. Apapun thanks la pada sedara mara & kengkawan adik yang datang menjenguk. Adik aku mungkin 2 minggu di penjara kat wad. Dia pun tak boleh makan betul2 lagi. Hope cepat la sembuh. Sempat juga aku sakat pasal gigi dia. kekekekekeke. Sungguh kejam seoarang akak. Jom layan pic dia yang sempat aku snap.




5 comments:

  1. tu la.. tatau dh nk watpe kt diorg.. nk saman, xde duit.. huk3~ T__T

    sal nurse ngan doktor krjn.. sesetengah drp diorg xbleh nk hrp.. tatau la knp.. huk3~ =.="

    ReplyDelete
  2. semoga beliau cepat sembuh..amin...

    ReplyDelete
  3. gigi hilang?

    ape pun, smoga dia sembuh sihat seperti sedia kala!

    ReplyDelete
  4. huh3...teruk jugak keadaan dia..
    kalo dah kali ke 2...elok saman jer abby..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com