MIMPI & KHABAR BURUK HARI INI

Semalam.. op's aku tido dah pagi jadi pagi tadi la aku mimpi something yang aku rasa agak pelik. Sepanjang mimpi tu banyak perkara tak baik berlaku Ada orang menyindiri aku dengan menulis perkataan melekit dengan barisan ayat yang aku lupa kat dinding sebuah salon. Then aku tak puas hati aku pergi jumpa owner salon tu suruh padam. Budak tu tak puas hati ambil pisau nak tikam aku. Lepas tu aku bergelut dengan dia. Tiba - tiba dia nak tikam pula diri dia. Aku halang & aku peluk dia minta dia sabar walau sebelum tu aku memang marah dia dengan. Mimpi apa jenis pun aku tak tau.. Tapi dalam mimpi tu banyak perkara tak baik berlaku. Mimpi adik aku kena kacau dengan lelaki then aku belasah lelaki tu sebab geram.

Lepas kawan baik aku masa kecik bagi semua apa yang pernah aku bagi kat dia dalam mimpi tu kat aku balik. Seperti nak putuskan persahabatan. Muka dia masam jer seperti marahkan aku. Kiranya sepanjang mimpi tu semua perkara tak baik berlaku.

Bila bangun dapat call dari mak. Something dah berlaku. Adik aku lak accident. Kiranya sejak tidur & lepas bangun tido hari berita kurang baik satu persatu aku terima. Mungkin Tuhan nak menguji. Aku redha & terima. Aku tak mahu salahkan sesapa atau takdir. Apa yang berlaku mungkin ada  hikmah tersembunyi untuk aku cari. Cuma aku harap semuanya akan semakin baik. Moga takde apa - apa lagi perkara buruk menyusur lepas ni.

Comments

  1. mimpi tu menan tidur..xpa ada hikmah tersmbunyik atas apa yg brlaku..

    ReplyDelete
  2. xde ape la tu, jgn fikir sgt, mimpi je kn

    ReplyDelete
  3. insyaallah tak de pape kayh . doa banyak2 :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini