SUDAH SELAMAT SAMPAI
Takde apa yang menarik sepanjang perjalanan.. Cuma kat tengah highway tadi tetiba sekuntum daun jatuh tengah2 jalan lengang, lepas tu menikmati permandangan pemandu yang tak beretika meluncur laju macam roket masa keluar simpang & memasang lampu tinggi sehingga pinau biji mata aku & last anak anjing lintas jalan tapi pemanduan berhemah adik aku.. Maka kita tidak menikmati sangat kejutan dari brek.
Sampai rumah cuma ada mak & kakak no. 2 bersama kucing - kucing aku nan meriah ni. Mangsa kemalangan belum lagi di temui.. Dah tengah malam waktu lawatan tengah malam belum wujud di hospital so esok pagi je membawa diri kesana. Hubby tak ikut sebab ada tugas yang perlu di selesaikan. Suasana malam di kampung amat berbeza sebab kat sini lebih banyak nyamuk berbanding biasa. Acara tampar menampar pun bermula. Nak bw malam ni rasa tak boleh sebab coverage broadband cukup2 makan jer. Almaklum la kampung. Untung boleh online gak ni. Jadi bersyukur la wahai lekit.
Otak blur & blank lagi nak update.. So, nak rehat jab yer.
takziah kepada mangsa kemalangan.
ReplyDeleteKulim banyak kedai makan, pergi makan-makan la.
hehe