TERIMA HAKIKAT TAKDE GIGI

1/10/2011 04:39:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

Masih berkisah mangsa jatuh lopak kat jalan. Masa sampai hospital tadi aku lak terlebih berdebar nak tengok adik aku. Aku takut dia down ker.. Dia trauma ke.. Or dia sedih sebab maybe lepas ni muka dia dah tak macam dulu. Kesan - kesan jahitan tu maybe meninggalkan parut kekal. Risau sangat dia down & putus asa.

Tapi sebaik je masuk wad & tengok sendiri kecedaraan dia hati lega & tengok lak dia ok je macam boleh terima dari kesan kemalangan tu lagi la aku lega. Maybe kesan jahitan di bibir & dagu tu akan meninggalkan parut kekal & buat adik aku nampak lebih samseng lepas ni, tapi syukur la takde kecacatan kekal pada anggota lain. Even aku yang pernah luka kat bawah dagu pun masih ada parut cuma tak nampak sebab di bawah dagu, kan?? Dia siap boleh cerita lepas je operation dia asyik cari cermin nak tengok sendiri muka dia then lepas dua hari baru dia dapat mengadap cermin masa nurse tengah tolak dia keluar dari bilik rawatan nak ke wad.Dia minta nurse stop jab bila jumpa cermin. Tapi dia takde la cakap terkejut or sedih tengok muka dia. Just dia cerita je.

So, tahniah adik aku tabah. Tu sebab aku sempat tanya dia lepas ni dia nak tanam gigi ke or pakai gigi palsu. Dia baru je lepas repair gigi dia yang rosak sebelum accident.. Dah takde sekarang. Dia juga cakap lepas ni macam serik nak tunggang motor. Nak amik lesen keta lak katanya. Hebat juga. Aku yang tak pernah accident ni pun fobia nak drive dia lain lak maju setapak. Dia siap boleh cerita BF dia gelakkan dia takde gigi. Dari cara dia berbual & bercerita dia tak nampak down sangat la. Cuma dia tak boleh mengunyah lagi buat masa ni so makan bubur je la. Satu lagi dia tak boleh berjalan. Dia baru je 2 hari kerja sebelum accident lepas ni terpaksa cuti panjang lagi.

Tanpa ayah kami terpaksa berdikari biarpun semuanya perempuan. Dengan bantuan abang sepupu & makcik dalam family kami dah rasa ada tonggak untuk kami bergantung. Biarpun Ayah dah takde tapi aku tengok kehidupan keluarga aku berjalan dengan baik. Alhamdulillah.. Ayah tinggalkan kami semua di saat semua tanggungjawabnya selesai sehingga anak - anak mampu berdikari & menjaga mak. Dulu aku paling risau mak.. Takut kesunyian yang dia rasa akan buat dia jadi murung sebab mak dan ayah aku lihat di usia 50an mereka seperti belangkas. Tapi aku kagum.. Mak dari kecik hingga sekarang adalah wanita yang kental & kuat. Dari kekuatan mak lah aku belajar untuk jadi sekental dia.Walau diduga sekalipun dalam hidup.

13 comments:

  1. smoga adek awk lekas sihat oki..kirim salam kat die,lps ni extra careful:)

    saya doakan awk sekeluarga sntiasa tabah n bahagia:)

    ReplyDelete
  2. oke la tu die leh trime.. ~
    alaa.. die pn mmg hati kering kn... mgkin parut tu leh jadi kn die lg kering ke.. !! hehe gurau jerr..

    bgs2.. tabah baik tok kesihtan.. krm slm kt mak.. huhu..

    slmt pg..

    ReplyDelete
  3. wahh..tabah betul adik abby..hee..

    saye dulu pernah eksiden moto jugak..mujur tak jadi ape..pipi je la yang teruk sampai berparut..nasib baik dah makin hilang..tapi saye masih naik moto lagi..tak serik2..hehe..

    semoga adik abby cepat sembuh..

    kite senasib..takde ayah..

    ReplyDelete
  4. kakD doakan semoga adik lekit cepat2 semboh ye...semoga adik lekit lbh tabah mengharungi liku2 hidup dia ya...

    ReplyDelete
  5. salam singgah.. moga adik cepat sembuh.. takpe, keindahan yang kekal bukan pada rupa, tapi pada hati...

    Jom Join GA PILIH THEME BLOG

    ReplyDelete
  6. takpe, nanti buat gigi palsu ye... cian adik ko nyah....

    ReplyDelete
  7. cma sentiasa berpegang pd 1->>
    bila allAh bagi dugaan kat kita,maknanya allah sygkan kita..maka kita,harus dan terus mengingati DIA..
    bersyukurlah kepada allah..even dugaan yg kita hadapi tu x tertanggung..insyallah..ada hikmah tersembunyi..+abby pun sorg tabah..

    ha..since abby kt kmpng,kem salam assalamualaikum kat emak n adik tu..moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  8. salam

    kekuatan seorang ibu dna kasih sayangnya memang sukar untuk dinilai :D

    semoga tabah dlm meniti harus kehidupan yang mendatang.

    ReplyDelete
  9. Semoga luka-luka akibat kemalangan akan cepat sembuh...tan ggigi tu , takleh buat apa la..kalau patah dan masih ada tinggalkan separuh, masih boleh buat crown, cuma kos mahal skit la. Apa-apapun semoga adik awak tabah menempuh dugaan.

    ReplyDelete
  10. gigi boleh tumbuh balik x?? semoga cepat sembuh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com