TIBA - TIBA SAJA..
Cerita pasal tiba - tiba ni kan.. (atau lebih senang faham sesuatu perkara yang berlaku tanpa di duga & di rancang) ia lebih merujuk kepada adengan suspen. Hari ni tiba - tiba sahaja jadi blur.. Lebih banyak membaca dari berfikir. Tengok jer la isu - isu yang aku update hari ni semuanya berpandukan pembacaan aku melalui media online sebab totally aku macam takde benda nak share pasal kehidupan or apa yang berlaku di sekeliling aku hari ni. Semuanya berlaku secara tiba - tiba.. Tiba - tiba je sejak 2 3 hari ni badan rasa cepat letih, banyak tidur dari biasa.. kurang makan (tu biasa),jadi malas (tu kadang2 perkara biasa tapi kadang2 agak luar biasa) tapi aku gagahi juga melakukan rutin harian macam biasa melawan segala mood2 jahat dalam diri aku ni.
Dan sejak 2 menjak ni aku perasan selera aku.. Akan tiba - tiba rasa lapar bila tengok gambar makanan. Tak kira la apa jenis makanan pun.. terus terliur. Tapi bukan semua yang aku tengok aku makan pun cuma tak boleh tengok gambar makanan.. macam ada karen jer. Sebelum ni takde la sangat macam tu. Tapi aku ni wife yang takde ngada ngada sangat then kalau dah 1 hari 10 jenis makanan aku tengok takkan la nak jerit kat hubby beli 10 makanan tu. Maunya Dorayaki kat Jepun.. Camna?? Nak juga order kat jepun mau kena luku kang.
Kenapa tiba - tiba jadi camni ekk?? Aku pun tak tau.. maybe perubahan hormon kot.. Wah kau lekit tak semena mena hormon nak berubah buang tebiat ke hapa?!! Entahlah.. Maybe just sebab cuaca jugak kot. Manjang je hujan.. Bila sejuk memang cepat mengantuk & lapar. Tapi sebelum ni takde lak camtu. Kekekekekeke. Arghhh.. aku sendiri takde jawapan yang penting selagi tak memudaratkan layan jer la feel camni.
dah ada isi ke kak? kalau dah ada tahniah dari DeQdEq
ReplyDeletemai tengok makanan kat blog saya,haha
ReplyDeletenak pesan awal2, jgn plak meleleh air liur
ajak hubby sis pergi ye
mengandung ker nie... atau mengandungi . . .
ReplyDeletenak dapat baby le tuu..tahniah :)
ReplyDelete