ANTARA PUJIAN, KRITIKAN & SINDIRAN

2/09/2011 03:08:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Berblog ni cukup seronok.. Sebab selain menulis kita akan membaca. Selain menyuarakan pandangan & pendapat kita juga dapat pandangan, pendapat dari pandangan & pendapat yang kita suarakan.  Tak kira la apapun isu, feedback pada pembaca memang menghiburkan. Cukup pelbagai... Kadang - kadang buat kita senyum, kita berfikir & kita tergaru - garu kepala pun ada.

Setiap comment yang datang kat blog melekit ni semua Lekit lepaskan lagi.. Takde pun Lekit delete tak kira la ianya berbentuk pujian, kritikan atau sindiran. Yang puji secara terang - terangan kita akan jelas.. Tapi yang puji secara simbolik atau lebih senang bunyi macam puji tapi sebenarnya sedang perli.. Pun aku perasan. Tetap aku lepaskan. Takde sebab aku nak delete. Itu pendapat dorang... So, Lekit hormat. Sekali ia tak berunsurkan caci maki, carut & guna perkataan lucah.. ok la tu. Pendapat setiap orang tidak semestinya berpihak kepada kita. Bermakna tak semua orang akan bersetuju dengan pandangan kita.. So, dorang akan bagi pandangan sendiri juga.

Bila kita mempamirkan sesuatu milik kita tak kira dalam apa juga bentuk sekalipun bermakna kita minta di nilai. Macam kita menulis blog, buat video miming & upload kat youtube, upload gambar kat FB & macam - macam lagi perbuatan yang menjurus kepada tontonan umum kita kena bersedia juga dari segi kritikan. Jangan hanya mengharap pujian.. Bila kita menyerahkan sesuatu untuk jadi tontonan umum maka secara automatik kita kena bersedia untuk di nilai. Bak kata pepatah kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Kalau tak tahan di kritik baik la sorokkan diri. Jadi manusia biasa... yang hanya di kenali orang yang tertentu jer. Jangan buat sesuatu yang luar biasa untuk menarik perhatian orang untuk menilai.

Memang tak semua kritikan harus kita terima.. Kalau dah berunsur maki hamun, mencarut berlucah bagai harus juga kita tolak mentah2.. Tapi kalau tak boleh langsung terima kritikan walau dalam penyampaian yang sopan atau dalam bahasa yang boleh terima.. Elok la jangan pilih untuk jadi publick figure atau jangan buat sesuatu yang mengundang minat orang untuk menilai. Kenapa Siti Nurhaliza berjaya dalam kerjayanya?? Sebabnya dia tak pernah menerima hanya pujian dalam kerjayanya malah dia turut sama berjaya dengan kritikan. Kuncinya bagaimana dia menangani apa yang datang padanya tak kira positif atau negatif.. Bukan asyik delete yang kritik & canang yang puji jer. Kejayaan tu tak hanya datang dengan pujian... Kadang - kadang kritikan juga adalah guru. So, pandai2 la tapis. Tak semua pujian itu berniat memuji juga. So, jangan tenggelam dengan pujian.. kang mati lemas dalam khayalan lak.

8 comments:

  1. hehehe.nyah... mak tak moderet lansung komen mak tau.. hahaha :P

    ReplyDelete
  2. setuju!saya selama ni berblog pun sikit je yang respon dan bagi komen sehinggalah ada satu entri tu sampai berbelas orang komen dan kebanyakannnya marah2..tapi saya rilek je dan anggap itu satu teguran..it's all about how do we counterback the situation sebab apa yang kita tulis tu kita kena fikir jugak risikonya...kan kan?at least i know ada jugak yang baca blog saya tuuu hehehe

    ReplyDelete
  3. saye setuju !!! va va va !!! sekali puan kita bersuara, mantapp !!! idup lekat lekit gurl !!

    ReplyDelete
  4. Salam.
    "Jangan ikut SIti Nurhaliza ... dia bukan contoh terbaik" - itu bukan kata saya, tetapi kata seorang kawan saya yang memang arif lagi bijaksana. Tapi kalau nak kenal dia .. apa salahnya.

    Begitulah juga dengan sesetengah tu, nak ikut dan baca, lihat dan terpesona apa salahnya. Nak jadikan ikutan? hmm belum tentu.

    Pujian dan kritikan? Mesti sanggup terima, tetapi harus kena ambil peduli jika ada ulasan dan komen bersifat tak baik, takut nanti dikira menyebar fitnah. Kan ke tak baik tu ... lebih molek bercerita yang terbaik, setidaknya tutup aib dia .. :) kalau dia rasa ia aib ler .... tak perlu la heboh2 ye tak?

    ReplyDelete
  5. pujian kritikan dan sindiran, masing2 ada kekuatan tersendiri

    pujian, boleh bagi kasik semangat
    walaupun kdg2 pujian tu dpt membuat kita rasa lemah semngat utk terus berusaha kerana sudah puas hati

    kritikan kdg2 buat kita kembali bangkit
    kdg2 buat kita terus jatuh menjunam

    sindiran pun sama
    kdg2 ada yg daapt buat tersenyum
    kdg2 ada yg mampu buat dalam kita terguris walaupun mulut menguntumkan senyumana

    apapeun, tak kira pujian, kritikan dan sindiran, kita ambik je lah sisi-sisi positif dan optimis
    biasa la hidup, xkan nak baik je kan

    nice entri puan lekit
    i like ur point of view

    ReplyDelete
  6. betul tuh..menyapah giler tgk csdp tuh..tak layak digelar pendidik.

    http://hatikuhatigetah.blogspot.com/2011/02/setelah-baca-entry-blog-lekatlekitsaya.html

    ReplyDelete
  7. angah setuju sangat..apa yg penting kena bagi komen membangun..tapi..kadang2 angah komen org lari dari landasan gak..hehehe

    ReplyDelete
  8. the best way jadik diri sendri..peduli apa owg nk kate..yg pting kite hepy..ho2!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com