BERAPA KERAP ANDA UPDATE STATUS FB??

2/04/2011 03:37:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Lagi nak buat isu.. Lekit tak abis - abis dengan isu kupas kupis.. Bukan apa sejak 2 menjak ni kurang sikit mood berblogging. Tak tau la napa.. Tapi maybe sebab cepat sangat letih buat Sang Lekit rasa nak baring - baring, guling - guling jer sambil tak buat apa - apa. So di kesempatan ada sedikit pak mood datang harus la di manafaatkan sebaik mungkin agar blog ni tak jadi blog usang yang bersawang.

Bila on je blog.. Lekit auto akan login FB.. Tu adalah salah satu medan mempromosikan entri terbaru juga, harus la buka kan? Kalau buka tu penuh dengan status2 FB friends Sang Lekit.. Ada tu tak sampai 1 mencecah 10 status dorang update. Rajin betul dorang ni.. Kadang - kadang  benda tu sangat2 la remeh macam tak perlu pun nak bagitau pun jenis orang yang suka bercanang kat status FB tetap nak bagitau.

Tak termasuk lagi benda - benda peribadi yang tak sepatutnya di gantung kat dinding FB tu.. Kalau Lekit seminggu pun belum tentu la nak update status FB. Kadang - kadang sebulan status tu kosong jer.. Entah la tak tau nak tulis apa. Takat lapar, ngantuk, bz.. Gaduh ngan BF/laki/Bini bagai tu alahai.. perlu ke bagitau??

Kadang - kadang tu borak kosong dengan Laki/bini/bos/kawan/boipren/gepren pun dorang jadikan status FB.. Kalau dialog tu best & memberi manafaat ok ler.. Tak pun paling2 buat orang tergelak or rasa simpati or memerlukan pandangan dari orang lain kira boleh juga accept. Ni kadang - kadang takde benda pun.. Maybe dorang rasa menarik kot.. But Sang Lekit ni je tak rasa menarik. Ada status tu yang tak perlu tapi sengaja di canang nak tarik perhatian orang. Nak private FB la.. Nak tutup account FB la padahal bukan dia serius pun nak buat semua tu just nak tarik perhatian orang tanya kenapa & macam - macam?? Perlu ker??

Tahulah kamu popular.. friends list tak cukup 1 account nak tampung.. Siap ada Fanpage lagi, Tapi kan lagi bagus tak payah nak bergimik dengan status2 camtu. Walhal tengok dari sambutan FB dia mustahil la dia nak private or tutup account FB tu. Dah cukup perhatian orang bagi.. Cari la idea menari update status FB tu supaya tak nampak bodoh, kurang matang & macam budak2 hingusan walhal umur dah kategori makcik - makcik gitu. Apapun masing - masing punya cara & citarasa sendiri.. Then tepuk dada tanya selera. Kalau umur dah dekat 40an haruskah status macam budak baru akil baligh gitu.

7 comments:

  1. ceq lagi kurang dari update blog..wat status tah apa2 ja.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. huh..jarang sangat arr nk update.. penting je update.. selalu tgk org update, ada yg mcm x penting je..huhu

    ReplyDelete
  3. cma?kalo rajin baru hapdet..kalo x>bersawang camtu je le..

    ReplyDelete
  4. ape kes ni? cemburu ke berbulu??

    ReplyDelete
  5. tengok keadaan. kadang seminggu pn belum tentu update. xtaw nk update ape. tp on9 ttp on9. haha^^

    ReplyDelete
  6. aku setiap 10 mnt aku update. hahaha !

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com