BILA AGAKNYA SELERA KU KEMBALI NORMAL??

2/05/2011 10:46:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Menanti terus menanti.. Hari - hari sama jer.. Still tak boleh makan masakan sendiri kat rumah. Kena jugak makan masakan dari luar rumah. Kalau kat kampung ada mak.. Ok la mak yang masak. Maybe ada juga selera nak makan. Tapi bukan dari air tangan sendiri. Arghh... aku dah mula rimas dengan semua ni!!

Hari - hari mengadap makanan dari restoran  or kedai.. Makan lewat sikit perut mula masuk angin.. Makan kena banyak kali dalam jumlah yang sedikit - sedikit. Sebungkus makanan aku beli selalunya 3 kali makan baru berjaya di abiskan. Berat badan totally turun dengan sangat mendadak. Dah la aku dok tingkat 9.. Nak turun naik kerap2 sangat mau pengsan jugak la. Nak beli makanan banyak2 kang tak termakan membazir. Kalau masak lagi la membazir sebab aku tak kan sentuh walau secuit pun apa yang aku masak.

Berapa lama lagi la aku kena hadap benda - benda ni.. Aduhai.. Dah la family jauh. Cuma en hubby jer tempat mengada - ngada. Malam dia balik.. dia bungkusan la apa2 mengikut permintaan. Kesian jugak sebab Hubby aku ni suka makan kat umah. Suka makan makanan yang aku masak tapi kalau aku masak sekarang dah tentu membazir. Dia jer nak makan.. Aku hanya tengok dia makan sambil sengih2. Sikit pun tak rasa terliur dengan apa yang aku masak.

Makin rimas aku jadinya!! Cepatlah berakhir.. Tolong la wahai loya2, cepat la pergi. Aku dah tak tahan!!

3 comments:

  1. xpe la lekit.. skjp je.. mende ni biasa bg pompuan.. klu camtu, lekit msk utk hubbby lekit je la.. msk utk sorang.. amcm?? ^_^

    t8 care tau.. semoga bayi slmt.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Lepas bersalin nanti ok la tu..banyakkan bersabar.

    ReplyDelete
  3. byk2 sabar taw...pahala mengandungkan anak allah aje yg dpt balas..bkn semua bole dpt loya2 ni..harungi 1st trimister(betoi ka eja tu?)sgn jayanyeee.....
    go go chaiyokk..

    jage mkn+kontrol berat badan+dptkan rehat yg secukupnye..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com