BLOG LEKAT LEKIT DIKATAKAN BLOG TAK SENONOH

2/09/2011 04:25:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Ada yang menjerit marah kat shoutbox sambil mempertikaikan apa jenis pompuan la Si Lekit ni.. Blog Lekat Lekit. Tak senonoh katanya. Terpegun & terkesima seketika. Harus la di jelajah entri lama - lama kot - kot ada entri cerita lucah ker yang dia terserempak kat blog melekit ni tapi rasanya sepanjang penglibatan Lekit dalam blog takde lagi la tulis cerita lucah atau cerita - cerita prono. Tapi kenapa ekk dia marah & kategorikan blog ni blog tak senonoh?? Lucah ke perkataan Melekat Lekit?? Apa dia bayangkan dari perkataan tersebut yer??




Jika dia berfikiran kuning & tak senonoh apa perkataan pun akan jadi tak senonoh & lucah. Sebelum melabelkan sesuatu itu tak senonoh & lucah harus la di selidik dulu apa isi dalamnya. Hanya perkataan lekat lekit kalau di label sebagai tak senonoh.. Maka mari kita fikirkan yang benda yang tak senonoh berkaitan dengan lekat lekit?? Lekat lekit... Gam pun lekat & melekit juga.. Tepung yang di bancuh dengan air pun melekat & melekit juga.. Susu pun melekat & melekit juga. Gam.. Tepung. & susu tu lucah & tak senonoh ker?? Banyak benda yang melekat Lekit ni.. Bukan akan menjurus pada benda lucah. Aku memang tak dapat cari something yang lucah dari perkataan melekat lekit ni.. Kadang - kadang badan badan berpeluh pun melekit.

Senang cakap camni la.. Apa yang anda fikir maka itu la yang anda rasa. Jika anda selalu berfikiran tak senonoh & lucah maka apa benda atau perkataan pun anda akan membayangkan sesuatu yang lucah & tak senonoh. Even tengok mangkuk pun maybe anda terbayangkan bontot. Apakah mangkuk itu sesuatu yang lucah?? Tapi sebab imaginasi anda yang sangat kreatif membentuk sesuatu yang ghairah maka lucah la jadinya.

Apapun thanks yer faridz. Otak anda sangat kreatif membayangkan kelucahan dari tajuk blog Sang Lekit ni. Mesti faridz terghairah kan bila baca tajuk blog ni.. Jangan ghairah dengan tuan empunya blog dah. Harus la dalam bahaya sang lekit. Kekekekekekekekekekek

19 comments:

  1. ye stuju...kalu orang fikir satu words tu ngan pandagan kotor, sure kotor fikirannya...ce nengok dari sudut positif...ok jek rasa..kan kan...

    ReplyDelete
  2. ala..manusia nie..mmg la mcm2 pikiran..tp org laki nie standard la pikiran kotor..sbb hanya satu nafsunya..sapa x suka baca blog nie..stay away arrr...

    ReplyDelete
  3. abaikan jerr si faridz tue...saya mula2 kenal belog nie tak penah terpikir per pun...yg penting isi dalam bersih ...

    ReplyDelete
  4. dear..sabar eh..biasa la tu..dia yang fikir lebih2..

    ReplyDelete
  5. yep.. kalau kita fikir bende tu kotor, kotor lah dia.. kalau kita fikir elok, elok dah dia...

    sama macam perkatan lain contoh macam mencapub/mencapap... nampak macam lucah kan? padahal bahasa biasa je.. maksud nye mencari publisiti..

    kalau tak tau tanya.. jangan buat andain sendiri je.. kan? kan?

    ReplyDelete
  6. setuju ngan miss lekit..pemikiran die mencerminkan orgnya mcm mane..

    xbaik betol..bad thinking..

    ReplyDelete
  7. minded issue yang problem. abaikan. kamu mmg winrar! neeeext!

    ReplyDelete
  8. hahahaha....ada2 aje..... I pun pnah kene kat shout box mcm tu

    http://natasha1987.blogspot.com/2010/11/terkejut-di-hari-raya-korban.html

    ReplyDelete
  9. sabar ye.. ni la dugaan nye.. hehe :)

    ReplyDelete
  10. huh..manusia macam2 ragam.. dia yg otak kotor, kata kat orang pulak. pelik betul la perangai manusia jenis ni.. teringat entry lekit pasal kita buruk tp kata orang lain pulak yg buruk..

    ReplyDelete
  11. ok je...xde lucah pun..nmpk sgt laki tu yg suka pikir bukan2..

    Jom Lawat Blog Bardboo

    ReplyDelete
  12. may be die baru je view blog madam lekit ni dan baru juge tengok tajuk.

    kalau 1st time view mmg akan rasa tak sedap tapi lama2 baru tahu apa maksud lekat lekit tu pada tuan blog yg sentiasa melekat dekat blog die ni.setiap masa up to date.

    ReplyDelete
  13. aaaa? mcm pelik je. ape yg x senonohnye? dari sudut kelucahan, ape kaitan dgn lekat lekit?pelik la

    ReplyDelete
  14. taik idong pun melekat lekit jugak..kui3..lawak la orang tu..ntah hape menda la yg die dok fikirkan..ish3..sabau je la abby..

    ReplyDelete
  15. oleh kerane beliau berfikiran sedikit menyimpang baru beliau ckp camtu kt blog cik lekit ni.no worries.gotohel wat people says.yg pntg majoriti kate orait jeeeeeee ;D

    p/s: srry rina jrg2 sggah blog lekit ni.lappy rina prob.ni pn on9 kt skrin 2x2 inci.oh sgt menjengkelkan -_-

    ReplyDelete
  16. ape la itu worang yg tidak senonoh..
    pelik sungguh!

    ReplyDelete
  17. Tafsiran dia tak meluas, macam tu le jadinya..

    ReplyDelete
  18. Fikiran tak meluas, macam tu la jadinya..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com