KALA DULU MULA BERBLOG.. KRITIKAN LA MENJADI GURU

2/13/2011 09:12:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Masa mula - mula nak aktif berblog ni.. Macam - macam kekurangan yang ada di blog Melekit ni. Asal singgah blog orang jer.. Mesti cerita something yang dorang tak suka pada sesatu blog.. Belek - belek blog melekit. Memang ada ciri - ciri yang orang tak suka tu.

Bukan takat widget, gadget yang meraban tak tentu hala.. player radio online.. Tu semua ciri - ciri yang blogger lain kebanyakkan tak suka. Takde lak lekit buat entri menghentam pandangan blogger - blogger tu. Ambil dari sudut positif perbaiki kelemahan yang ada. Biarpun dorang tak point mana - mana blog tapi sendiri mau ingat la, kan?? Takde lak lekit nak menyindir orang yang bagi pandangan dalam unsur kritikan tu sebab bagi aku, Yup! Aku perlukan semua tu untuk buat blog aku juga di terima oleh ramai orang.

Tapi kan sekarang bila kita cuba bagi pandangan & nak share something untuk sama - sama maju dalam arena blog ni ada yang tak puas hati.. Walau tak buat entri khas pun, selit jugak la dalam entri2 dorang kata2 sindiran. Terpulang pada diri masing - masing untuk mengambil pandangan orang lain sebagai sesuatu yang membina atau menjatuhkan.

Bagi Lekit.. Lekit bermula dengan mengambil kritikan sebagai guru untuk memperbaiki kelemahan blog melekit. Biar tak sejaya ben Ashaari atau Hanis Zalikha or mana2 blogger popular sekarang ni tapi peningkatan tu Alhamdulillah sentiasa ada. Bagi aku ni semua berkat pendapat, pandangan & tunjuk ajar dari blogger2 lain juga. Memperbetulkan apa yang salah, memberitahu apa yang tak tahu & membantu bila kita perlu.

Bagi golongan yang TOUCHING tak kena tempat tu.. Maybe dorang ada cara tersendiri. Nak - nak lagi yang lebih senior maybe pandangan junior2 macam Lekit ni dianggap BAJET BAGUS walau baru je berblog. Tak kisah la.. Lekit pun ada junior, so yang senior kalau rasa pandangan Lekit ni umpama BAJET BAGUS abaikan.. biarlah lekit share pada yang sudi jer.

Apapun terpulang pada diri masing - masing. Seperti biasa tidak point mana - mana blogger atau blog, sekadar menyuarakan pendapat & pandangan peribadi. Bagi yang terasa kena batang hidung tu.. Mohon maaf. Maybe kebetulan jer tu.

4 comments:

  1. Yup..kritikan yg membina adalah yg terbaik..selalu gak sy dpt kritkan atau komen membina sampai sekarang..dan sy masih lg dlm proses memperbaiki blog sendiri dr semasa ke semasa..mulanya agak terasa jugak dgn komen2 panas tp itu lah yg sebenarnya mnjadi cermin blog kita kan..happy blogging..all the best!!

    ReplyDelete
  2. sama-sama bagi pandangan untuk maju bersama.. org kritik kita, maknanya orang nak kita lebih berjaya. kalu org menghina kita tu baru nak menjatuhkan dan dengki ngan kita.

    ReplyDelete
  3. kritikan tu perlu untuk tingkatkan diri sendiri.. tapi pengkritik jugak jgn sampai jatuhkn maruah org.. :))

    ReplyDelete
  4. betul2!
    terimalah kritikan...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com