KEDAI MAKAN BANYAK MEJA TAPI PEKERJA KURANG

2/28/2011 12:12:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Semalam sempat la mencuri masa en hubby untuk outing setelah sekian lama menyaksikan kebizi'an beliau. Memula gi maiden.. mana ntah lupa la. Tak silap shah alam. Beli barang sikit lepas tu terus ke Tanjung Harapan klang. Memula ingat nak makan kat sana.. Lagipun dah lama tak jenguk seafood kat situ.

Wah harga seafood agak mahal sekarang. Semalam juga orang memang ramai. Almaklum la hari minggu. Ramai yang bawak family beriadah or makan2 seafood kat situ. Kita singgah satu kedai makan ni tepi laut... Memang penuh la meja kat situ. Nak dapat meja kosong pun kena berebut - rebut juga. Satu bangun.. tak sampai pun 5 minit dah ada orang lain duduk.

Masa duduk tunggu amik order... Kat sebelah meja Sang Lekit tu ada satu family.. Ibu, Ayah & 3 anak. Anak dia nampak dah mula merenget lapar. Maybe lama sangat kot tunggu order sampai. Lepas tu tengok Bapak dia ajak family dia blah. Dapat la aku teka ni mesti lama sangat ni. Kalau tak.. takde la hangin orang tu. Kita pun tunggu jugak. 2 3 kali hubby panggil budak2 situ suruh ambil order tapi dia buat tak tau jer.. Nak tunggu ambil order pun setengah jam belum tentu lagi datang ambil... Kalau tunggu order ni maybe 1 - 2 jam baru sampai. Memang padat orang yang makan kat situ.

Yang peliknya.. Meja kat situ memang banyak tapi pekerja kurang. Kalau ko dah nak letak meja banyak - banyak & nak ambil pelanggan ramai - ramai pastikan kakitangan nak buat kerja tu cukup takde la customer nak naik angin. Ni tak.. tamak. Meja susun dah macam gerabak ktm, tapi pekerja ala - ala bas mini jer. Itu la nak ambil order.. itu juga la nak hantar order maybe itu juga kot yang nak siapkan order.

Tengok service kurang bagus... kita decide nak balik makan nasik lemak je kat Det Station, cheras. Dah tentu sedap sebab memang dah biasa makan. Orang tetap ramai tapi service dia takde la ala2 siput sedut sunti, kan. Kakitangan dia memang cukup & cukup cekap. Duduk jer.. dah ambil order. Tak payah tunggu setengah jam order dah sampai even orang ramai pun. Nasi lemak dia.. Siapa makan memang tak nyesal.

Gerai dia takde la cantik tapi sedap & nampak bersih (gambar pinjam http://www.foodbuzz.com/blogs/)

6 comments:

  1. boikot je trus kedai seafood tu..haha~

    kn dh rugi x dpt promosi free dari akak lekit..org len yg dpt promosi free ^_^

    ReplyDelete
  2. aku klau org dah tulis servis tak bagus, tanak try dah ah.. aku paling ak suka klau servis lambat cam siput

    ReplyDelete
  3. x syg customer lar tuhhhh..ape lar..

    ReplyDelete
  4. tp yang penting Kuar detim tu, eh detin tuu. wiwit wiwit ;p

    ReplyDelete
  5. emm...nak cari makan kat tempat yang sedap-sedap..tp konpem tempat tu penuh kan..pasal sedap..tu jugak lah yang tak best kalo service lembab..mereka kena training hari2 bg servis mantap..baru besh...

    ReplyDelete
  6. confirm terus blacklist jer kalau kedai macam tue...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com