KENAPA CONTEST, GA OR SEGMEN KORANG TAKDE SAMBUTAN?

2/22/2011 08:36:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

kadang - kadang takut juga nak bagi pandangan biarpun takde niat nak menjatuhkan sesapa tapi masih ada yang suka ambil dari sudut yang negatif & memandang sebagai sesuatu yang menjatuhkan mereka bila something yang Lekit kupas kupis seolah - olah terkena batang hidung blog dorang kan?? Tapi dalam hidup ni kalau asyik takut jer.. Harus la menyorok bawah tempurung macam katak.

Okies.. membaca rintihan deqdeq pada contest beliau yang slow sangat feedback dari blogger lain tergerak hati dan jari ni nak buat entri ni. Tak di nafikan syarat contest deqdeq agak berat.. Maybe sebab tu la feedback kurang. Seperti kita sedia maklum.. Rutin harian kita dah terbeban dengan macam - macam perkara tak kira la kerja, rumahtangga or apa - apa jer yang kita manage hari2.. So bila kat blog ni macam salah satu kita mencari something untuk release tension. Contest macam jajan or cikedis or senang paham makanan ringan la kat blog. Di samping menghiburkan kita maybe ada dapat something kalau bernasib baik. Sekadar suka - suka di samping menampah traffic kat blog. Kenapa walau hadiahnya keychain je pun banyak penyertaan??

Kat situ kita kena fikir.. Bukan hadiah yang di kejar sangat tapi manafaat dari sesuatu yang mudah di sertai. Contohnya macam menambah kenalan atau takyah kias - kias la follower, UV & traffic blog. Sebenarnya itu lebih di kejar bila seseorang blogger menyertai contest, GA, or segmen di blog bukan hadiah sangat pun.

kenapa perlu syarat yang simple untuk sesuatu GA, contest or segmen?? Supaya blogger tidak terasa terbeban untuk menyertai.. Bukan la blogger melayu ni malas fikir or apa - apa. Bayangkan kadang - kadang penat bekerja balik rumah uruskan rumahtangga suami & anak - anak lagi then otak dorang juga perlukan rehat. Nak mencuri masa untuk buat study semata - mata nak sertai sesuatu contest, GA or segmen tu.. Maybe dorang rasa berat kot. Nak - nak lagi sekarang ni melambak contest, GA or segmen kat blog.. so mana yang agak perlukan komitmen tinggi nak sertainya maybe ter skip la.

Sebab tu la mana - mana blogger yang berniat nak buat GA, contest or segmen perlu peka dengan apa yang blogger suka. Contest yang simple menarik apatah lagi memberi feedback yang bagus pada blogger yang menyertai macam segmen anjuran Ben Ashaari tu, Insyaallah takkan mengecewakan si penganjur. So, kita kena faham kebanyakkan blogger adalah yang bekerjaya, berumahtangga & pelajar. Masing - masing ada komitmen di luar blog mereka. Tak boleh jugak kita salahkan dorang kalau contest Ga or segmen kita kurang sambutan bila syaratnya sedikit berat.

Ok.. akhir kata, ni cuma pandangan & pendapat peribadi Lekit mengikut pemantauan & kajian sendiri jer. Mana - mana blogger yang terasa terlebih dulu lekit minta maaf yer. Okeylah.. sesapa yang berminat nak join contest deqdeq sila clik : Contest 5-5-5 oleh DeQdEq

9 comments:

  1. betul tue setuju,,tempoh akhirpun penting jugak rasanya..saya 8 hari lepas,, folower ada 3 orang, buat contest gambar menarik, terbuka utk 100 folower pertama.. tup2 skrang dah lebih,,tapi penyertaan ada 2 je..hehe..tak kesahla.. yg penting ada sudi masuk..

    ReplyDelete
  2. deqdeq setuju....mmg btl kita dh byk komitmen lain, jd bila nk join contest yg kena fkir byk ni rasa berat juga nak join...

    deqdeq pun suka join contest2 yg simple, join pun setakat suka2 juga la..

    tapi bila contest susah ni menawarkan hadiah yg menarik, berbaloi juga utk mencuba nasib...

    mcm skrg deqdeq pun tgh usaha nk join contest dari MySuperKids..
    hadiah ditawarkan ialah iPad...

    mmg best betul tgk hadiah nih...hehehhe...tp bila hadiah best ni, mmg kena bagi komitmen lebih dan kena berfikirdan perah otak sikit la kan...

    ReplyDelete
  3. btul2. lionteen pun stuju. kdg2 tu bile nk join tu, bile tgk syarat2 die mcm agak ssh, wat lionteen x jd nk join. huhu

    ReplyDelete
  4. huhuhu
    SCC belum pernah wat GA or Contest..
    law SCC buat, Lekit nak join x??
    hehe

    ReplyDelete
  5. buat la promosi sket untuk ajak orang join . kadang2 orang tak tahu sekarang ada contest or ga . tu sebab orang tak masuk . kalau dah buat promosi orang tak masuk jugak , kurangkan lah syarat tu . :)

    ReplyDelete
  6. setuju. rina pn in planning nk buat GA. risau xde sambutan. hadiah tajaan dah ade. risau -_-

    ReplyDelete
  7. setuju dgn entri...dan komen2...=)

    deqdeq punya dh buat dah..save kat draff dulu.., hadiah berbaloi takpe buat susah2 sikit..=)

    gua pun tak reti nk buat GA ni..takut org tak join...

    tggu ramai kawan nanti baru nk buat

    ReplyDelete
  8. setuju sangat info tue...klu syarat yang nak kena pikir 140x baik tak payah join jer....tambah2 klu suruh TAG ramai orang...malas gila la nak join....

    ReplyDelete
  9. TK suka jg..
    tp klau syarat ia tag2, TK undur diri..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com