GEMUK MASUK HOSPITAL

3/13/2011 02:30:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Kesian Si Gemuk.. Hari ni masuk 3 hari dia asyik berpusing dengan kepala dia teleng. Tak tau la apa sebab.. Tiba - tiba jer. Semalam en hubby sampai nak tidur pun dok asyik kesian kat Gemuk so aku suggest hantar jer gi klinik. Tadi Hubby hantar Gemuk kat Klinik sentul.

Lepas tu dia call bagitau Gemuk kena inject.. Doktor tak pasti lagi apa sakit dia. Maybe dia telingan dia ada masalah.. Maybe juga otak dia ada masalah sebab tua sangat. Gemuk dah nak masuk 3 tahun rasanya.. Sebab masa hubby beli dia dari owner pun dah besar. Tinggal dengan aku sebelum kawen pun dah dekat setahun.. Sekarang ni dah dekat setahun aku kawen. Maybe umur Gemuk dah 3 tahun. Doktor suruh bawak datang lagi 3 hari tapi Hubby takut tak sempat nak datang then dia tinggalkan je Gemuk kat Wad dengan deposit RM150. Hubby memang sayang sangat dengan Gemuk sebab dia tak banyak ragam, manja & tak suka gaduh or mengigit.

Gemuk jenis syrian Hamster yang besar sikit bukan yang kecik2 tu. Memang dah agak tua dia.. Kalau bawak keluar sangkar pun jalannya takde laju. Kuat tido.. Almaklum la tua. Dah tak berapa aktif. Dah takde nafsu nak golek2 atas roller. Tapi Demi Kasih Sayang.. Selagi dia hidup.. Kami sedaya upaya la selamatkan dia. Hope Gemuk akan pulih & sihat. Biarpun Gemuk dah ada pewaris.. (3 budak nakal dari 7 beradik tu.. warna dia sama macam gemuk & comel macam gemuk cuma nakal sikit jer) tapi Gemuk sebagai warga Hamster aku yang paling tua tetap menjadi kesayangan en hubby. Aku semuanya aku sayang sebab aku  hari2 24 jam dengan dorang. Hari - hari aku membebel dengan dorang.

Nama dia Gemuk sebab dia paling Gemuk antara semua. Hamster aku memang jarang ada nama comel2.. Tujuh ekor kerdil tu takde nama lagi aku panggil budak nakal jer.. Yang lain hamster yang senior ada aku panggil manja, jahat & lanun mengikut perwatakkan masing. Masih ada 11 ekor yang tak bernama.. Yang kawan 1 rumah dengan Gemuk.. Hubby panggil Gemuk putih jer.. Yang 3 ekor baru lahir tu (asalnya 9 tapi taktau mana pergi 6 ekor. Maybe dah jadi hidangan mak lanun kot). & budak nakal tu tengah tengok2 perangai dorang nak bagi nama.

Orang kalau dah biasa hidup dengan pets ni tetap akan ada pets. Biarpun aku dengan en hubby membesar dengan kucing2 tapi memandangkan keadaan rumah kami sekarang yang tinggi & takde halaman.. so tak dapat nak bela kucing. Hamster pilihan yang paling afdal sebab dorang hidup dalam sangkar. Kalau kucing nak kurung jer tak biasa la aku bela camtu. Kesian.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com