MISTERI POKOK BESAR MALAM HARI

3/03/2011 09:01:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Masa kecik - kecik pokok besar, pokok pisang atau pokok kekabu selalu je di kaitan dengan benda - benda menyeramkan. Macam kalau Lekit kecik dulu.. kalau pokok2 besar ni kononnya ada penunggu, kalau pokok pisang biasanya hantu toyol & kalau pokok kekabu selalu orang cerita nampak langsuir bergayut. Siang - siang hari keseraman tu takde menyerlah sangat. Takat 2 3 4 puluh kali lalu lalang depan pokok tu pun takde la terkencing dalam seluar. Tapi malam jer.. yang sangat - sangat popular time hantu merayap... bermula kisah seram yang pelbagai versi.

Ini kisah pasal pokok cempedak besar tepi jalan. Masa kecik - kecik.. Sang Lekit mengaji kat kelas. Ada satu dewan yang di jadikan kelas berbayar untuk bebudak mengaji. So nak ke tempat ngaji tu tak jauh sangat dari rumah, then jalan kaki jer dengan kawan - kawan. Masa pergi lepas maghrib.. takde la takut. Almaklum malam masih muda kan. Lagipun takde lalu jalan hutan bakau or rimba belantara bagai. Lalu jalan tar jugak.

Tapi yang menjadi kisah seram disini bila balik ngaji.. Time tu pun jarum jam dah dekat pukul 10.. Yelah ustazah ada 2 orang jer. Ngaji ikut turn. Murid pulak ramai.. sapa dapat turn awal, abis awal balik pun awal la. Tapi kadang - kadang dapat turn awal tapi kawan2 lak lambat kena tunggu jugak.

Berbalik pada kisah pokok cempedak besar tu.. di sebabkan terlalu banyak kisah mistik & misteri yang di ceritakan.. Maka minda kitorang ni dah terjajah dengan kisah seram yang berkaitan dengan pokok cempedak tu. Secara automatik nya bila malam makin larut... Adengan suspen & seram makin terasa. Bila balik ngaji ni.. masing - masing jalan berhimpit - himpit bila sampai kat pokok tu. Yang kelakarnya kitorang bukan mengaji untuk atasi ketakutan tu tapi masing2 buka mukadam lepas tu tadah kat pokok tu sambil jalan cepat - cepat. konon macam pendinding la mukadam tu. Cis! very da kanak2, kan??

Pokok cempedak tua yang besar di kaitkan dengan kisah seram tu sebenarnya takde sorang pun pernah jumpa pontianak or hantu bertenggek kat situ cuma ntah dari mana datangnya cerita mistik & misteri pasal pokok tu pun tak tau la. Maybe untuk takutkan budak2 supaya tak keluar malam merayap tapi yang jadi mangsa kitorang yang pergi & balik ngaji tiap2 malam ni la. Sekarang rasanya pokok tu dah takde kot.. entah la kalau balik kampung pun jarang lagi nak menerjah kesana. Sebab umah aku sebelum sampai pokok tu.

Sebenarnya orang tua dulu - dulu suka mereka2 cerita hantu ini hantu itu untuk mengawal pergerakkan anak - anak je tapi tetap ada kesan buruk. Bila minda dorang dah percaya benda2 karut macam tu.. akan mempengaruhi perbuatan mereka juga. Macam contoh dulu kat tempat aku, kecoh pasal orang minyak. Untuk halang orang minyak tu ceroboh rumah or apa2 anak dara gantung buluh kuning. Padahal semua tu cerita karut! Buluh kuning pulak di jadikan perisai walau si conet. Tikam pusat orang minyak pun lepas kulit je.

Tapi zaman sekarang kalau kita sogokkan dorang dengan cerita2 mistik & misteri macam tu ada ke dorang takut?? Sekarang ni lebih seram lagi kisah mati kena bunuh, kena rogol, kena culik... walau bukan rekaan tapi tetap masih ada yang tak takut pada semua tu. kan??? berbanding kita dulu.. walau tak tahu sejauh mana kebenarannya, tapi dah menggigil lutut.

12 comments:

  1. sekarang ni mak bapak tak yah takut2 kan budak2 lagi sebab kat tv pun byk cite2 seram...malam jumaat, tv3 & astro berlumba2 buat cite seram...

    p/s: jap lagi kat tv3 ade cite seram baru..ady putra berlakon..heh

    ReplyDelete
  2. ha'ah, siang malam citer seram ye x :D

    ini boleh masuk misteri nusantara ni, hantu pokok cempedakkk

    ReplyDelete
  3. betol!!! sbb tuh jgn tgk citer antu..buat gigil badan jek!heheheheh..

    ReplyDelete
  4. setuju2. skang dorang da x heran antu bagai da. orang jahat lebih scary! ngeee

    ReplyDelete
  5. cikpuan lekit,pokok besar tak berapa menghantui saya..cuma rumah family saya kat kampung..bilik airnya kat luar rumah..kalau tengah2 malam nak buang air,rasa seram je,mulalah cakap sorang2 tapi kuat2 n jerit2 sebelum naik rumah..nak bagi hilang seram hahaha

    ReplyDelete
  6. ehee. mesti comel je jalan reramai pegang mukadam. em skrg memang banyak kes2 bunuh n rogol. org tak takut pon. hantu je org takut.

    ReplyDelete
  7. huhuhu

    walau dunia da makin maju,SCC tetap seram ngn benda2 tuh..
    dan jugak gejala sosial yg berlaku.

    ciss,,penakut upanya SCC ni..hahaha

    ReplyDelete
  8. hehehhee... aku tunggu gak bila hantu kum-kum nak kuarnya... takde la pulak... cepat2 wat sambungan pat...

    ReplyDelete
  9. rasanya itu adalah cara org dulu2 untuk menyekat aktiviti anak di waktu malam.. so kalau diorang takut sure tak berani kuar rumah hehe.. tp budak2 skrg sumer berani.. rasanya hantu pulak yg takut dgn diaorang hahaha..

    tp masih teringat lagi dengan "kunjungan" yg kak ida terima masa tengah tulis skrip NEK NAK.. perghhh meremang bulu romaaaaaa woooo huhu

    ReplyDelete
  10. he3...mcm2 kisah psl poko besar ni...yg pasti cma x suka pokok kapas yg "pohon rendang2 tu"..

    ReplyDelete
  11. anak aku nie...kalau sebut hantu takde maknanyer dia nak takut siap lagi layan Hantu Kak limah tiap2 ari ada la...hahahha

    ReplyDelete
  12. Saya dulu pun penakut gak. Kalau tengok cerita hantu, mesti takut nak mandi kat bilik air. Takut ada pocong dalam kolah mandi.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com