SEBAB TAK BERTUDUNG MAKA TAK LAYAK MENYAMPAIKAN BENDA BAIK

3/14/2011 12:41:00 PM suria lekatlekit 23 Comments

Ya.. Betul Lekit memang tak bertudung, tidak menutup aurat dengan sempurna lagi. Diakui kekurangan dari sudut tu tapi dalam diri yang masih cuba mendalami ilmu agama apakah salah jika saya cuba berkongsi apa yang saya baca bersama biarpun diri di pandang tidak layak menegur. Apakah yang bertudung itu sudah sempurna?

Kes ni berlaku di FB ok.. Dimana sekarang ni ramai yang suka tag ramalan tarikh lahir.. Yang bercerita tentang perwatakkan diri berdasarkan bulan kelahiran tak kira dari sudut peribadi, percintaan & pelbagai la. Dulu Sang Lekit juga jahil dalam soal ni. Pernah juga seronok membaca walaupun tak mengambil 100% apa yang di tulis itu benar. Tapi hasil pembacaan Sang Lekit ia haram di percayai & berdosa jika membaca walau sekadar suka - suka. Jadi Sang Lekit berkongsi la ilmu yang seciput ni dengan yang lain malangnya.. Terasa diri umpama tidak layak pula bercakap benda baik sebab tidak cukup sempurna sebagai muslimah untuk memperbetulkan kesilapan orang lain.

Dari kata - kata yang selembut kapas menyatakan dalam ayat macam ni "semua orang ada dosa n pahala..dosa besaq..dosa kecik...so x yah gaduh...semua orang x perfect...kalau dah tau berdosa..jngn hanya amalkan yang ini..suluhkan...cerminkan diri kita.sama ada kita telah... ikut suruhanNYA
DENGAN BETUL ATAU X.
ok x salah memberitahu..terima seadanya....ttapi rasanya..betul ckp AST...hanya sekadar membaca..terpulang pada akal kita yng waras..jika membaca pun tidak boleh....macam mana kita nak tahu.." buat sang Lekit sedikit terasa sebab niat Sang Lekit cuma berkongsi info mungkin ada di antara kita yang masih tidak tahu, kan??



Bukan Sang Lekit berniat untuk tekankan isu tu sahaja tapi pasal hukum - hukum lain di ketepikan, tapi masalahnya sekarang kita sedang bercakap tentang isu tu so pendapat, pandangan & info pun hanya berkaitan dengan benda yang di sebut la. Takkan la kita sedang belajar subject matematik tiba - tiba bincang subject pendidikan moral. Kan dah lari tajuk.Macam tu la perumpamaannya. Biarpun diri ini serba jahil tapi Lekit tak berani la pulak menolak hukum atau menidakkan apa yang benar. Dari pembacaan & ceramah Ustaz Kazim yang pernah Lekit dengar macam tu la hukumnya.. Membaca ramalan seumpama itu memang berdosa & haram mempercayainya.


Mungkin info yang cuba Sang Lekit kongsikan dengan mereka di pandang remeh sebab mereka menilai Sang Lekit ni sebagai tidak layak, Tapi mereka yang kononnya dengan imej muslim & muslimah tu kalau betul sempurna sangat takkan la tak tahu pasal benda ni, kan?? Tak kira siapapun yang memberi ilmu, kalau ia benar & membawa kebaikan bagi Sang Lekit tak salah kita untuk belajar.

 (hasil carian google)


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

23 comments:

  1. lekit..

    mmg tak salah lekit tegur bnde2 pasal agama sbb kite sbg manusia pun saling perlu ingt mengingati..

    mungkin org tu terasa sgt kot?
    mungkin dia rase dia lebih berhak menegur drpd lekit..

    tah la lekit,,org mcm tu,mmg bersepah..

    ReplyDelete
  2. teringat pada kata mantan PM ke-4 lalu, Tun mahathir..
    'kita mengajar mereka menutup aurat, tp tidak membimbing pada perkara yg lbh asas, iaitu mengekang nafsu syahwat..'

    jd berkait dngn apa yg lekit cakap, mmg benar, pakaian x cerminkan ati dalamn.. jd utk golongn spt kita, slalunya orang beranggapan kita x layak nk bg nasihat..

    ReplyDelete
  3. Saya sentiasa berpesan kepada diri sendiri supaya menilai mesej yang disampaikan, bukan menilai sipenyampai.

    ReplyDelete
  4. persepsi masyarakat tu yang perlu diubah.. tidak semestinya orang bertudung dan tutup aurat itu suci dan tak ada satu pun dosa.. ini adalah pandangan saya sebagai seorang non-muslim..

    ReplyDelete
  5. hmmm.setuju sangat dgn Cik Lekit.
    bkn apa, banyak org2 kita harini yg t'lalu suka stereotype2 ni...
    yelah,diorang tengok kita jahat sikit, diorang anggap kata2 kita x bley pakai...kan?
    kalau nak dipikirkan, nak touching2dgn anggapan org pd kita, mmg jenuhlah nak melayannya...yelah...mcmlah kita ni jahat sangat,kan?...

    mmg ada sayings :
    cermin dulu diri sendiri baru tegur org lain...
    even ada ayat al-Qur'an pun maksudnya lbey kurang mcmni:
    "Allah marah org2 yg x amal apa yg mereka katakan"...

    tp, ada jgk sayings kata :
    kalau ada org berkata2,jgn kita tengok kat rupa luaran, sebaliknya, bagi p'hatian kat apa yg cuba disampaikan..."

    bknlah nak kata ada contradiction or confusion & sbg nya...
    cuma...kita kenalah pandai2 integrate kan dua2 nya sekali...

    maksudnya...mmg kita x sempurna, tp kita still ada hak utk menyampaikan & m'p'ingati org2 lain, kan...
    dlm masa yg sama, kita cubalah sehabis baik utk ubah diri sendiri, kan kan?...

    hmmm, kalau dok ikot sgt dgn stereotype org2 kita ni kan cik lekit, rasanya semua org kat dunia ni nnT jd jahatlah, sbb xde org boleh tegur...
    sbb apa xde org boleh tegur?
    sbb xde org yg perfect...

    ish3...

    what say you?... :)

    ReplyDelete
  6. erm mende² cemni la yg buatkn kwn² sy yg mcm akak jd tkt nk tego org..sbb tkt kena kritik mcm ni..xbest kn..bkn sume org ada knowledge yg sama..so xslh berkongsi..sy pn br tau yg dari pembacaan pn dikira berdosa...=P

    thanks for da info ^_^

    ReplyDelete
  7. babe!, bg ak kita suma sama d cc tuhan...y mbezakan kita adalah amalan kita! org baik xsemestinya masuk syurga, org jahat xsemestinya masuk neraka..

    sbb syurga dan neraka itu d tentukan pada saat2 akhir kematian...

    sbb bole jadi, org y baik pada awalnya bertukar mjadi jahat d saat mhampiri kematian n xsempat btaubat..

    n bole jd juga, org y jahat insaf n taubat nasuha d saat kematian mereka n mereka d terima Allah..

    so, jgn la kita mbeza2 org2 d sekeliling kita..kita semua...wallhualam..=)

    **kredit utk diri sy y bk kekuragan..

    ReplyDelete
  8. saya pernah dihentam tidak layak memberi nasihat kerana tidak bertudung..sedangkan nasihat saya simple
    "berbuat baiklah pada anak-anak yatim"

    tidak menutup aurat tu mmg dah terang2 salah..tapi imej tak menentukan gaya hidup dan kebersihan hati...tak salah saling mengingati..

    kita mmg salah...tapi mereka tak semestinya BENAR.~ KAN?

    ReplyDelete
  9. kak lekit... xsalah la nk tegur... kalo bukan kita yg tego spe lg?? xkn nk tunggu betul2 dh perfecto br nk peringt sesama manusia??? kkalo gtu r caranyer mmg lupa diri r manusia2 di muka bumi nie... sbb bg pendgr nasihat p yg patuut di amek adelah pengisian yg dinasihatkn bukan karakter org yg menasihat... xelok kita berburuk sangka terhdp org...huhuhu.. sabo ye kak lekit..

    ReplyDelete
  10. yg free hair x mestinye jahil, yg bertudung x mestinye bijaksana hukum agama.

    ReplyDelete
  11. kalau x leh terima teguran tu sampai bila kita x akan sedar...benda ramalan la tu sekadar info sapa yg suruh percaya 100%... sosal dosa&pahala mmg kita x bole pertikai kan...

    ReplyDelete
  12. salam,saye rase simpati ngan ape yang telah berlaku kt cik lekit...huhu...tp mgkn ni msj dari Dia bahawa cik lekit kene start berjinak-jinak pakai tdg...ade ulama kate, pakaian akan dahulu membuatkan kite dihormati dan ilmu hanya akan akan memuliakan kite slps kite sampaikan ilmu..pape pon...have fun wif ur life my sis...:)

    ReplyDelete
  13. Bertudung tu wajib bagi wanita...

    Pada yg tak bertudung pasang la niat utk bertudung...

    Banyak faedah bertudung ni...

    Kebaikan kita bukan pada cara kita berpakaian...tapi dr hati...

    Smua yg kita buat harus bermula dengan niat...
    Niat berbuat baik pon dah dapat pahala....

    ReplyDelete
  14. salam..sue sayang...memang x salah menegur..tapi masalahnya bukan kay yang buat benda tu..n tag nama2 korang kat situ..so..bila dngan lantang menyatakan kay percaya benda2 yang gitu..memang lah marah sangt..sebab juz baca n x sampai di hati n x percaya..okah thank sebab mengigatkan..untuk sue n semua kawan2 yang komen kat sini..kay minta maaf..KAY MINTA MAAF..BUANG YANG KERUH DAN JIKA SUE TERASA DENGAN APA YANG KAY TULIS..MINTA MAAF SEKALI LAGI..PLZZ 4GIVE ME MY OLD FRENZ...

    ReplyDelete
  15. Tak semua yang bertudung tu baik dan tak semua yang tak bertudung jahat... siapalah kita unutk menunding jari... Hanya Allah yang tentukan....

    ReplyDelete
  16. sbar je.. mungkin org yg bertindak bls secara emosi tanpa bfikir ni terasa.. bg sy..smua bleh mmberi nasihat... x kisah sejahat mana pun org tu..asal nasihat dia berguna n arah kebaikan.. kt terima je mungkin ad betulnye..

    ReplyDelete
  17. sampaikan olehmu walau sepotong ayat...

    ReplyDelete
  18. bismillahhirahmanirrahim...

    assallamualaikum buat para sahabat yg muslim.

    firstly, cda nk sentuh bab tegur menegur. tutup aurat atau tidak, perkara yg salah hendaklah ditegur. sbb itu benteng kebenaran. klu tak ditegur ia akan mjadi2. kalau ditegur,samada diterima atau tidak itu tpulang pd individu krn ia melibatkan hak - terima atau tidak. yg penting tugas sbg khalifah dimuka bumi ini dh selesai.

    kemudian mengenai pakai tudung ke tak pakai tudung. dalam surah an-nur sndr menyebut, tutuplah aurat(disimpulkan maksudnya). bukanlah memakai tudung. kita selalu tersilap. ini yg perlu diperbetulkan. sbb tu skrg ni dh lahir byk spesis rahib gereja. sbb btudung mcm rahib gereja.

    thirdly, bertudung x semestinya baik dgn yg tak btudung tak semestinya jahat. sahabat2...jgn lupa. walaupun yg tak pakai tudung tu baik, sopan santun, gadis melayu terakhir. tapi dgn Allah dia derhaka. Allah suruh dia tutup aurat. dia tak buat. Allah suruh dia berakhlak baik, dia bersopan..dlm Islam. kita ada 6 rukun iman. 5 rukun islam. 5 rukun Islam, klu tak buat satu....sempurnakah Islam kita sahabat2..? renung2kanlah. lebih baik diam, dari byk bcakap tapi lebih byk mbuat silap...jika kurang berilmu..byakkan pkenalan dgn mrk2 yg berilmu. jgn smpi kita jahil dlm berbicara soal agama. wallahuta'alam~

    ReplyDelete
  19. gila ke apa pakai tudung tp pakai skirt! mmg aku marah org2 yg suka mempersendakan tudung ni,ishh kalau aku dpt lah pompuan dlm gambar tu mmg nahas2 aku keje kan...mcm org gila lah fesyen dia ni,kalau nak seksi pon x payah lah nak main2 kan tudung pulak

    ReplyDelete
  20. Tak kiralah ape comen korang tentang yang bertudung tak semestinya lebih bijak dari yang tak bertudung tu...the truth is sebab utama mengapa wanita lebih ramai masuk neraka dari lelaki adalah kerana tidak menutup auratnya.

    ReplyDelete
  21. pada pendapat saya pula, sekiranya kita mahu menegur seseorang, niat di hati kita kerana apa? untuk siapa? untuk tunjuk pada manusia yang kita ni seorang yang baik kerana saling mengingati atau kerana Allah Taala? sekiranya untuk manusia, niat itu sudah terang-terang salah. di takuti akan termasuk dalam kategori kufur. kalau buat untuk keredhaan Allah, Alhamdulillah. itu lah yang sebaik-baiknya.

    namun, sekiranya menegur dengan niat mendapat keredhaan Allah, tapi kenapa bila Allah suruh menutup aurat, kita bangkang? kenapa Allah suruh puasa kita puasa, Allah suruh solat kita solat, tapi bila Allah suruh tutup aurat, kata hak masing-masing, kubur masing-masing? bukan ke itu semua Allah yang suruh.

    tak semua yang bertudung itu baik dan tak semua yang free hair itu jahat, iya, saya tau. sudah acap kali kedengaran. sebagaimana orang non-muslim, mereka free hair juga dan mereka berakhlak baik. bos saya cina, dia memang baik. hormat agama orang lain walaupun dia seorang free thinker. akan tetapi pengakhirannya di akhirat kelak bagaimana? kita tahu apa akibatnya tidak menutup aurat tapi kenapa masih tidak mengambil pengajaran?

    solat yang sempurna dapat menghalang seorang muslim itu takut untuk melanggar perintah Allah dan sentiasa bertakwa kepadaNya. tapi kita masih tak menutup aurat. adakah kita pasti amalan solat kita di terima oleh Allah? adakah kita mahu di akhirat kelak buku amalan kita di campak balik ke muka kita macam kain buruk? agak gerun saya memikirkannya sehingga menangis.

    jadi apabila kita mengatakan kita solat tapi masih tidak dapat membaiki kepatuhan kita kepada Allah Taala, solat kita itu masih tidak sempurna. apabila kita mengatakan, 'saya puasa, solat, baik, sedekah walaupun tak tutup aurat', amatlah di takuti amalan kita selama tidak menutup aurat akan menjadi sia-sia dan berpenat lelah sahaja.

    dalam hidup ini, saya sering persoalkan, apa tujuan kita beribadat kepada Allah, sujud kepadaNya, berdoa kepadaNya, mengharapkan keredhaanNya, rahmatNya dan lain-lain semua keranaNya? untuk mendapatkan nikmat yang tiada nilainya di akhirat kelak iaitu mendapatkan syurga. bukan kah itu impian semua muslim? namun kenapa kita masih melanggar suruhannya yang amat mudah iaitu menutup aurat. sedangkan dengan menutup aurat Allah pasti akan lebihkan kita sebab kita mengikut suruhanNya. sebagaimana seorang anak yang mendengar kata-kata ibubapanya di lebihkan dari yang ingkar.

    di pengakhiran, tutup lah aurat wahai sahabat-sahabat ku. tutup lah aurat sesempurna ikut syariat. saya ingin menjadi jiran anda di syurga kelak.

    ReplyDelete
  22. salamun a'laikum =)

    kalam saidina Ali r.a
    "jangan melihat siapa yang mengatakan, tapi lihat apa yang diperkatakan.."

    kebaikan perlu dikongsi bersma, namun kebaikan juga perlu mula dalam diri.
    bermula dengan memahami erti diri sebagai hamba Allah.

    fi aman Allah.
    L.N

    ReplyDelete
  23. Nak tutup aurat lah konon... apa guna lah tu tutup aurat.. Allah bukannya nak pandang tubuh.. tapi hati.. tak salah sexy.. asal bukan niat nak tunjuk-tunjukkan.. kalau nak tutup aurat sangat.. ha ambil kain banyak2 lepas tu berbungkus sampai tak dilihat..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com