TUAN RUMAH DATANG MELAWAT ANAI - ANAI

3/12/2011 05:14:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Setelah sekian lama aku menanti owner rumah aku sewa ni datang menjenguk penyewa baru yang nak tumpang free sambil memakan hasil rumah ni.. Baru hari ni dorang berkesempatan datang. Inilah kali pertama aku jumpa owner rumah ni setelah 5 tahun aku sewa. Yelah dulu.. adik & sepupu aku yang tinggal kat sini sebelum aku datang. Selepas setahun dorang menginap kat sini baru la aku datang. Lepas tu dorang pindah tinggal la aku keseorangan dalam rumah ni selama setahun dan selepas tu aku kawen & still tinggal kat sini.

Kenapa aku taknak pindah?? sentimental value.. Rumah ni la Mak & arwah ayah selalu datang lepak. Dorang lebih selesa lepak rumah aku kalau datang ke KL dari rumah adik aku. Dua - dua pun sama. Selalunya aku paksa juga dorang check in rumah adik aku 1 malam. Taknak kang adik aku terasa hati. Ayah pun dah hampir genap 1 tahun pergi mengadap Ilahi namun.. Kenangan tu macam baru semalam je terjadi. Apa sahaja dalam rumah ni akan mengingatkan aku pada Ayah. Tu sebab aku taknak pindah. Semalam pun aku mimpikan arwah Ayah lagi. Rindu yang takde akhirnya sampai bila - bila.

Okies.. berbalik kisah penceroboh rumah ni.. Abis toilet & bathroom rumah aku di jadikan penempatan anai - anai. Apa jer yang berkayu kayan termasuk pintu dah hampir musnah. Tu pun selalu aku racun.. Tapi dah tak boleh repair harus di tukar semuanya. Terpaksa aku suruh owner datang tengok & repair. Hari ni 3 beranak tu datang la. Chinese.. tapi nice. Memang owner rumah ni tak cerewet. Lewat bank in rental pun dia takde bising. Dorang dah call orang untuk datang repair semua. Maybe esok kot datang la si tukang tu.

Yang best siap bawak buah tangan. Biasa la orang tua even apa bangsa pun jenis ada adab. Dia bagi aku buah mangga & jambu air. Katanya dia tanam sendiri. Biasa la orang tua yang tinggal kawasan kampung. Kebanyakkan memang la rajin bercucuk tanam. Nampak lazat jer.. dengan mangga yang kekuningan kulitnya.. gemuk2 belaka & jambu air yang merah2. Jangan tanya halal ke tak yer.. Takde sebab nak haram. Lagipun itu buah bukan benda yang di masak dia bagi aku.

Okies.. dah settle satu masalah kat umah ni. Lepas ni anai - anai akan di nyahkan. Penyewa yang tak bayar sewa harus di halau. Dah tumpang tinggal ko makan lagi kayu kayan dalam rumah ni. Nasib baik toilet & bathroom jer... kalau semua bilik ko serang jadi rumah hantu la.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

6 comments:

  1. kalau anai2 tu boleh jual, kaya lekatlekit eh..

    ReplyDelete
  2. haha..kelaka la..baik kan owner rumah tu...

    ala..buah takde sebab pun nak haram kan..bukan puan lekit pegi curi kan..hehe

    ReplyDelete
  3. yahh.. satu project baru untuk pest control company... :D

    Untungnya Air Asia..

    ReplyDelete
  4. bahaye ooo anai2! kene panggil anti pest! hihi^^

    ReplyDelete
  5. haa...jangan pandang rendah anai-anai...=)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com