TUDUNG DATO SITI DI KUTUK KETIKA BUAT PERSEMBAHAN SECARA LIVE DI TV

3/25/2011 09:19:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Tak tau la sang lekit nak kategori ni kes ni kutuk secara berdepan atau kutuk belakang empunya diri kat depan terdengar pulak. Tapi sebagai publick figure macam Dato Siti ni dari hujung kaki hingga hujung rambut memang menjadi perhatian & penilaian masyarakat. Ramai memuji tak kurang mengeji tapi beliau dah memilih bidang macam tu terpaksa terima pahit manisnya, kan?

Alkisahnya.. Sedang Dato Siti membuat persembahan di atas pentas dalam program siaran langsung Adik Adikku di RTM, Selasa lalu tetiba satu suara wanita dari belakang pentas kedengaran mengkritik imej tudungnya. Walaupun riak wajahnya sedikit berubah, Siti tetap meneruskan persembahan seperti biasa. Dato Siti memilih untuk memakai tudung lengkap pada malam itu. Pada malam itu, bukan hanya kakitangan RTM berada di belakang pentas, tetapi ramai termasuk peminat. Tidak tahu siapa yang bercakap.

Sudahlah rancangan tu secara langsung, suara pengkritik misteri tu pula dengar sampai atas pentas. Mungkin penonton juga dapat dengar tapi tabik la Dato Siti yang memang profesional. Seperti biasa Dato Siti dengan sikapnya yang cool tidak melenting atau menghentam balik. Tak macam cikgu miming tu kan.. Op's!

Bak kata pepatah kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai.. Kalau rasa diri tak tahan di kritik, tak bijak untuk membalas kritikan jangan jadi publick figure.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

Rujukan : Sinar Harian

14 comments:

  1. dato siti memang sempoi..cool arh! :)

    ReplyDelete
  2. laaa ye ke dni tengok tapi tak dengar lak kutukan tu. isk.. ape la orang tu

    ReplyDelete
  3. betul..beliau cool...hehe...mungkin mereke tak perasan pada awalnye kerana warna coklat kan...

    hehe..tapi dalam dewan tu ade sorang je ct nampk tak pakai tudung dengan betul..ala kadar je die pakai..sape tu???

    ala..beliau yang ada jambul tu...opssssttt...die tak malu ke??ct nur haliza pun pakai tutup habis...beliau???adeh..sedih la...

    ReplyDelete
  4. haritu ada tengok..tapi tak berapa dengar lak suara sumbang tu. Yang perasan,muka ct ada berubah sikit laa..lagipun mikrofon dia pun macam tak best soundnya..

    Jom baca ni: Merah membara semangat waja..

    ReplyDelete
  5. dear.. taktau pun.. eh, nanti nak link..

    c-tea.. sapakah gerangan..(nyebok nk tau..)

    JOM KE: ALL IN ONE

    ReplyDelete
  6. jelas pulaj tu suara sumbang org yg bcakap tu.haih~

    ReplyDelete
  7. tak perlu nak kutuk cara pemakaian tudung CT...
    tengok kat diri sendiri dulu...
    sama ada tertutup aurat atau terdedah aurat tue...

    ReplyDelete
  8. selamat pagi, rasanya smua orang ada hak untuk bersuara kan ? azza malas nak ribut2, t tak pasal pasal kan kuar tv, kihkihh, nice belog, cuteee , thanx lawat belog azza, now, visit ur belog, ada masa, visit mine too ya :D maaf, pagi nie post HOT dan agak tak bertimbang rasa, namun masih baik hati :

    Apa Kaitan AzzaFirza dengan BETINA dan BITCH ?

    ReplyDelete
  9. sempat lagi sebut psl cikgu miming..minta betul lekit kat dia ye..hehe..gurau..

    ala..x tgk plak rancangan ni..baguslah kalau CT dah pakai tudung lengkap..tudung dia sebleum ni yg nampak rambut depan tu mmg tak berkenan langsung..

    ReplyDelete
  10. tengok gak malam tu.
    tapi cantik la dato siti pakai mcam tu.. lalala~

    ReplyDelete
  11. aku minat siti dari kecik lg.. tak kisah la dia pakai apa pun.. hahaha

    ReplyDelete
  12. sapekah suara sumbang itu??
    cian kat dato ct..

    ReplyDelete
  13. BAGOS2,DUNIA SEKARANG ARTIS DISANJUNG2.DUNIA DAH NAK KIAMAT.BUKAN AHLI ULAMAK YG NAK DIAGUNG2KAN.TAMBAH2KAN LAH DOSA ANDA SEMUA YE..ARTIS BASI TU PUN NAK SANJUNG SGT.BUTA HATI PUNYA MANUSIA.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com