CANANG KISAH CINTA

4/16/2011 11:43:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Bila dalam dunia online ni kadang - kadang hampir 80% dunia seseorang tu hanya dalam online. Kiranya lebih banyak berhubungan dengan orang secara maya. Bukan perkara pelik lagi kalau cinta berputik secara online  bertahun lamanya tapi tidak pernah bersua muka di dalam dunia realiti.

Tak kisah lah macam mana nak cari cinta, nak bercinta or nak merealisasi cinta tu.. masing - masing ada hak untuk tentukan pilihan masing - masing. Kalau dah dorang selesa macam tu.. Nak buat macam mana kan?? Tapi yang sang lekit agak pelik ni jenis orang yang suka sangat mencanang kisah cinta, aktiviti cinta atau cerita cinta dorang ni secara besar besaran. Lebih - lebih lagi kat ruangan chatroom. Kalau dah bercinta tu aduhai.. segala luahan cinta nak di perbualkan kat chatroom. Kalau private chat tu tak kisah la kan.. orang tak nampak apa yang kita taip tapi masalahnya kat main chat dimana semua orang yang sertai komuniti atapun ruangan chatroom tu dapat baca bibit bibit cinta dorang.

Lekit pun pernah melalui zaman cintan cintun tapi Sang lekit ni jenis bukan la tak canang langsung tapi aktiviti mencanang tu agak kurang la . Bukan la tak share gambar - gambar langsung kat laman sosial tapi sebelum cinta terakhir ku bersama en hubby ni (tapi cinta kami tidak berputik di online yer).. memang kalau boleh Sang Lekit cuba sedaya upaya untuk tidak terlalu upload gambar - gambar bersama sang arjuna tu. Apatah lagi nak mencanang kat ruangan chatroom atau laman2 sosial.

Tapi apa yang lekit perhatikan bila join laman sembang sejak dua menjak ni memang fenomena tu masih berlaku. Dulu pun masa aktif berchit chat pun memang dah sedia wujud. Bukan cemburu tapi rasa macam alahai.. Perlu ke di ceritakan segalanya. Perlu ke di paparkan kemesraan tu secara terbuka macam tu? Kalau bukan dari mulut sang lekit pun dari mulut - mulut lain yang mula rasa geli akan terkeluar juga ayat.. "alah macam dorang jer yang bercinta."

Dah kita sedia maklum cinta yang di paparkan kemesraannya secara umum tu belum pasti kemana arah tujunya. Bila terputus di tengah jalan.. lain pula ceritanya. Mula la cerita buruk jahat bekas kekasih tu di ruang yang sama dimana dia pernah canangkan kebahagiannya bersama sang kekasih dulu. Paling dahsyat kata2 cinta yang manis lagi indah tu bertukar jadi caci maki hamun bila hati di sakiti. Sebab tu la Sang Lekit tak sangat sokong kisah cinta ni di canang bukan nak sorok status yang dah ber bf/gf ni tapi takut benda - benda macam tu terjadi orang akan mencebik balik pada kita walau bukan secara berdepan pun. Dulu bagai nak rak bercinta.. asal sembang jer cerita pasal couple dia, sekarang dah clash asal masuk jer chatroom tak habis - habis dok meluahkan kecewa.

Apapun perbuatan walau niat kita baik & ikhlas untuk menyatakan betapa kita sayang pasangan kita tu biarlah berpada pada. Jangan satu hari terpalit malu di muka sendiri. Ini cuma pandangan peribadi tidak merujuk pada mana2 individu. Kalau ada yang terasa hati terlebih dulu Sang Lekit minta maaf yer..


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

11 comments:

  1. tu lah...sampai cita buruk..dulu kemain puji lagi..adoi..

    ReplyDelete
  2. hehehhehe betol2.sokong2 sume yg akk ckp.bile bercinta sume nk cite.kat wall tu mcm2.picca lah mcm2.tp bila dh clash pon mcm2 gak.malu lah kan.haih~

    ReplyDelete
  3. ko aktif lagi Mirc ke? nick ape? dalnet ke kampungchat?

    ReplyDelete
  4. setuju..sebab tu saya berprinsip bahawa saya takkan upload gambar dengan bf/tunang kat FB atau blog sehinggalah dah kahwin..

    ReplyDelete
  5. setuju2...mase indah bercouple, kemain lagi...macam citer romantik kuar..bile da clash, macam2 luahan kecewa..

    ReplyDelete
  6. TK sokong apa yg d pkata..
    yg paling geram bila yg gatal miang tu budak2 ngah skola lg.. ayat cinta depa.. fuh! leh buat novel.. romantik yg amat! tp time sakit ati, ckap main tembak rambang je,menghina, memaki sampai x sedar diri..

    ReplyDelete
  7. sokong! org lain pon bercinta gak.. xde nak kepoh2 pon..huhuhu.. lebih2 lg yang status baru ajek in relationship tp gatai buh married! ==' ku nikah kan ajek nnt! hehehe

    ReplyDelete
  8. btul..lagi2 kalau hari2 dok tepek pic ngan pakwe..aduh! 2-3bulan sekali ok kot..kalau dah jd suami, lain lah..

    ReplyDelete
  9. hehe..statement besh!tu la kan..bila suka di puji2 bila dah benci di kutuk2..adeh..jgn la begitu dong!
    x yah la nak cerita kisah cintan cintun ..

    ReplyDelete
  10. x penah ag canang sane sini. gambar kat blog rina tu kire canang ke? bukan kan? gambar je bukan story mory haha =,= dush!

    ReplyDelete
  11. cinta sy dan suami berputik di ruangan chatting..walaupon dah kenal tp x penah bertegur..last² jd rapat sbb chatting di YM..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com