KISAH KUCAI & DAUN BAWANG

4/09/2011 07:04:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Bertuah sapa dapat suami macam Mat gebu sebab dia pandai masak tapi bukan la malang sangat kalau dapat suami yang totally fail bila ke dapur selain arif menyepahkan saja. kekekekekeke.. Hari ni nak cerita sikit pasal rumahtangga sang lekit. Jarang - jarang nak share pasal kehidupan rumahtangga ku lebih - lebih cerita pasal en hubby.

Sebelum pergi kerja en hubby dengan rajinnya pergi kedai beli barang - barang nak di masak tanpa merujuk langsung pada si wifenya. Sang Isteri pun tak tahu.. Ingat dia terus pergi kerja. Lebih kurang dekat 1 jam bunyi ketukan pintu berserta suaranya sekali. Tergopoh gapah dia suruh ambil barang katanya dah lewat nak pergi kerja. Sang Lekit pun ambil la. Masuk rumah check apa yang di beli. Ada ayam.. Daun sup, kucai, lengkuas, halia, 2 pack sup bunjut, Timun & bawang. Tengok barang - barang tu boleh agak maybe dia nak makan sup kot. Tapi belum la masak. Tunggu malam or petang sikit sebab en hubby balik selalunya malam. Tetiba satu jam lepas tu dia call cakap lupa beli bihun. Tanya dia nak makan bihun sup ker?? Memang itu la yang dia nak suruh masak pun.
Ini adalah daun kucai yer tuan2 & puan2

Pelik pun.. motif lengkuas, timun & kucai di beli kalau nak masak bihun sup. Call balik tanya kenapa beli kucai. Dia kata bukan daun bawang ker?? Kekekekekekekeke.. Dah agak silap beli la tu. Lengkuas dengan timun masih tak tahu kenapa turut serta dalam acara bahan - bahan nak di buat bihun sup tu. Tapi dah nama suami kita.. kita tahu la kekurangan & kelebihan dia. Kitorang jarang nak beli barang - barang masak untuk di simpan. Nak masak baru beli sebab kadang - kadang masak.. Kadang kadang beli yang dah siap masak jer.

Dan ini pula adalah daun bawang yer encik2 & cik2

Takpe la mana2 barang yang ter skip tu Sang Lekit pergi la beli untuk menyiapkan order sang hubby. Tapi kelakar juga pasal kucai tu. Ini bukan kali pertama dia keliru antara kucai & daun bawang. Takpe la boleh di maafkan sebab dia lelaki yang tak tahu masak. Nak kata bini dia pandai sangat tu takde la.. Tapi cuba la masak apa yang en hubby nak makan. Kalau tak tau.. resepi kan banyak. Search jer. Gunakan teknologi yang ada sebaik mungkin.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

7 comments:

  1. haa aku pon penah kena mcm ni masa mak aku suruh beli barang dulu . habes kena marah . mana la orang tau -__-

    ReplyDelete
  2. pernah kena...suruh dia beli daun kunyit, dia pi beli daun sireh jauhnya beza bunyi tu kan ha..ha..
    saya ada buat entry pasal ni kt blog saya...
    http://balqisnazid.blogspot.com/2010/08/saya-nak-daun-kunyit-bukan-sireh.html

    ReplyDelete
  3. haha..tu lelaki takpe kan.. Yana pon penah salah tafsir.. da la mase tu kat kampung.. haha... kene bebel ngan nenek dan mak cik2.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. kikikikiki pas ni akk leh buat kamus tentang sayur2.hehehe

    ReplyDelete
  5. ape pun hubby you seorang yg caring kan... beruntung you all dapat hubby yg berkualiti mcm ni...

    ReplyDelete
  6. kalau tak makan sayur boleh skip la kan untuk ingat jenis2 sayur2 nie.. kn kan.. hehe

    ReplyDelete
  7. kite blh gelak baca entri ni he3..kite lak sampai la ni puas ajar hubby cara nak bezakan daun sup dan daun ketumbar!kan lebih krg sama.tapi nk dijadikan cerita,ada satu hari tu kite nak cepat,pakai ambil je daun sup(konon)kat pasar malam.rupa2nya daun ketumbar!apa lagi teruk kena perli ngan hubby aduhai......

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com