JANGAN DI KAIT ORANG YANG TELAH TIADA

5/12/2011 10:27:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

 ** Sebelum korang meneruskan pembacaan sang lekit nak bagitau satu rahsia, entri ni sebenarnya entri yang di peram.. Tapi bila baca balik rasa ada pengisian di sebalik luahan perasaan ni elok juga kongsi kat blog ni untuk sama2 jadi peringatan pada diri sendiri & orang lain**

Bagi yang belum pernah melalui saat kehilangan orang yang tersayang.. Yang lahirnya kita mengenali dia.. membesar kita bersama dia.. dewasa kita melihat dia tua mungkin takkan rasa apa yang sang lekit rasa. Bayangkan berpuluh - puluh tahun kita melihat tangis, tawa, penat, lelah.. Tiba - tiba ia pergi. Menyentap jiwa dan sanubari.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Mari kita sama - sama bayangkan orang yang kita sayang yang telah selesai urusan dunianya kembali kepangkuan Ilahi tiba - tiba namanya di petik untuk di keji bagi menyakiti hati kita kerana dia merasa itulah senjata paling tajam untuk menikam. Tidakkah ia terlalu kejam?? Apa dosa si mati kalaupun perbalahan ini ada kaitan dengan orang yang yang masih hidup dengannya? Kenapa nama si mati harus di permainkan sedang perbalahan ini tercetus dari orang yang masih hidup?

Sang lekit cukup terkilan bila ada manusia yang hatinya sangat jijik memetik nama arwah ayah untuk sakitkan hati sang lekit. Cukup la sekadar anak dalam kandungan di jadikan bahan ejekkan dengan doa2 yang buruk.. Sang Lekit sabar dan terus sabar. Sang lekit pendam jer.. Malas nak buat entri tapi ada bagusnya sang lekit kongsikan kat sini untuk jadi pedoman pada orang lain. Jangan sesekali kita menyentuh orang yang telah tiada semata2 ingin menyakiti orang yang masih hidup. Terang - terangnya orang tu takkan hidup untuk memberi anda kesempatan memohon maaf padanya.

Ya, Ayah sang Lekit bekas seorang bilal masjid di kampung dulu sehingga akhir hayatnya. Malah akhir hayat Arwah ayah sebagai Bilal dia menyudahkan azan terakhir hari itu iatu waktu Isya sebelum balik rumah & kemudian menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital. Jangan mempersendakan Ayah sang lekit yang mengambil tugas sebagai Bilal bila korang rasa tak puas hati dengan penulisan lekit di blog ni. Bukan Ayah sang lekit yang tulis.. Tapi Sang Lekit sendiri yang taip & post. Hina la aku.. keji la aku.. kutuk la aku.. kritik la aku semahu kau tapi jangan sesekali menyentuh ahli keluarga aku, anak dalam kandungan aku sebab mereka tak pernah bersalah pun pada kau.

Pada manusia itu.. Kamu belum merasai kehilangan orang tersayang, kamu belum melalui detik2 untuk bergelar seorang ibu. Saatnya akan tiba..

8 comments:

  1. al fatihah buat arwah. Tapi sapa yang busuk ati sangat tu memperlekehkan anak dalam kandungan.
    Semoga cik lekit bersabar selalu. Kita x bulih paksa orang jadi macam kita dan orang pun tak bulih paksa kita jadi cam dorang......

    ReplyDelete
  2. tak paksa sapa2 pun ikut cara sy. sy tak kisah nak keji maki sy tp smpai arwah ayah & anak dlm perut pun di sebut2.. sy pun manusia.

    ReplyDelete
  3. aku perasan kan dari dulu kalau ada yang tak puas hati dengan seseorang dah habis busuk mesti nak petik mak bapak. bagi aku tu satu tindakan yg tak matang langsung.

    kalau xpuas hati sesuatu tu bangkitkan yg tu sudah la toksah nak kaitkan dgn family bagai.

    lekit..cam mak aku cakap "diam kan aje. nanti dia dah penat dia senyap la. diam xbererti kalah". Kita jangan lawan, kalau di lawan nanti sama bodoh jugak.

    sabar itu xde kerugian.

    ReplyDelete
  4. blogger itu yg mengaitkan ayah kau yang dah mati tu adalah seorang yang takda akal, tak matang, bodoh dan takda adab..... memalukan kalau ada kawan mcm dia.. taktau la kalau ada orang yg boleh kawan dengan org mcm ni....

    ReplyDelete
  5. sabo yang.... manusia nih pelbagai... jgn kawan ngan org tak matured ceggitu

    ReplyDelete
  6. Sabar cik Lekit..hanya Allah yang mampu membalasnya..Senyum dan tabahlah..

    ReplyDelete
  7. ish...akak nora pun tak suka..doakan mereka selalu moga di tempat kan di tempat orang yang beriman..

    ReplyDelete
  8. Ya, betul tu... Kenapa perlu diungkit orang yg dah tiada..?

    Kalau benda ni jadi kat akak, akakpun marah jugak..

    Kita sama2 dah kehilangan abah.. al-fatihah untuk mereka..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com