KISAH BAYI TERKENA BADI MAYAT

5/21/2011 12:17:00 AM suria lekatlekit 27 Comments

Terlebih dahulu sang lekit nak bagitahu, kisah ni sang lekit copy & paste dari FB. Kesahihan cerita sang lekit tak dapat pastikan, kewujudan badi juga sang lekit tak dapat nak kupas kupis sebab sang lekit takde info berkenaan perkara tersebut. So, sesapa yang baca ambil la iktibar. Yang baik di jadikan teladan buruk di jadikan sempadan.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.
Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Sebagai panduan
ayat-ayat yang sesuai untuh dibacakan bagi melin­dungi diri atau orang lain teruta­ma dari gangguan sihir.Kaedah ini diamalkan untuk perlindungan keluarga ter­masuk anak isteri dan sesiapa yang memerlukannya terutamanya anak­ anak kecil. la elok dilakukan di waktu pagi dan petang dengan menghadap kiblat sambil menadah kedua-dua belch tangan seperti orang berdoa.
Ayat yang dibaca terdiri daripa­da: Surah Al-Ikhlas Surah Al-Falaq Surah An-Nas. Selepas membaca Bismillah dan surah Al-Fatihah baca surah Al­Ikhlas, kemudian surah AI-Falaq. Akhir sekali barulah surah An-Nas. Setelah ketiga-tiga surah tadi sem­purna dibaca menurut kaedah di atas tiup tangan perlahan-lahan hingga habis nafas. Semasa hampir habis nafas, raup kedua-dua tapak tangan ke seluruh muka, rambut dan semua bahagian kepala, diikuti dengan seluruh bahagian badan kecuali di kedua-dua anggota sulit badan. Amalan ini boleti dilakukan sekali, tiga kali, lima kali atau tujuh kali.(Rujukan :Badi dalam masyarakat Melayu)

Mistik menurut kamus dewan ialah keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia yang mengandungi keanehan dan keajaiban. Manakala tahyul pula ialah kepercayaan yang karut dan bersifat khayalan. Mempercayai kewujudan jin merupakan salah satu aspek kepercayaan kepada alam ghaib yang wajib diimani. Al-Quran turut merakam sejarah perhubungan manusia dengan jin semenjak dari penciptaan Adam AS, perdebatan Nabi Musa dengan ahli sihir firaun, dan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis. Malah Nabi Muhammad SAW juga turut berdakwah kepada kaum jin. Sejarah anutan masyarakat melayu sebelum kedatangan Islam seperti kepercayaan Animisma. Hindu ataupun Budha turut mempengaruhi kepercayaan masyarakat Islam berhubung perkara mistik. Pegangan agama yang dihayati oleh orang Melayu tidak berupaya menyingkirkan sebahagian amalan karut dan bertentangan dengan hukum Islam. Pengetahuan yang kurang mengenai Islam khususnya maklumat berkaitan jin dan syaitan menjadikan segelintir masyarakat Islam terjebak ke dalam lembah kesyirikan tanpa disedari. Begitu juga aqidah umat Islam yang nipis dan longgar menjerumuskan mereka ke dalam lembah kesesatan. mistik dan tahyul yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah mainan syaitan dan sihir yang diajar oleh syaitan kepada manusia.Sebagai orang Islam kita juga hendaklah mempercayai bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui alam ghaib. Kepercayaan bahawa bomoh atau orang-orang tertentu boleh mengetahui alam ghaib dan mengetahui perkara yang akan dating merupakan perkara yang sesat dan harus dijauhi.Sesiapa yang mendatangi tukang tilik kemudian bertanyakan kepadanya sesuatu tidak akan diterima solatnya selama 40 malam.(artikel sepenuhnya clik DISINI )

27 comments:

  1. erm..
    mmg menakutkan..
    kesian kat baby tu..

    ReplyDelete
  2. menyeramkan la pulak , kesian bayi tuh

    ReplyDelete
  3. seramm..
    nmpk kt dashboard entry ni td..
    bkak2..ttup mata tang gambar tu, trus skrol ke bawah..nk bce entry je..huhu

    ReplyDelete
  4. ape2 pun.jemput singgah blog nenek
    http://penglipurlarafasola.blogspot.com/
    kalau nk follow skali pun ape salahnye.hee

    ReplyDelete
  5. aaaaaaaaaaa...cuak2!

    baca sampai muntah! : Perabot Kulit Kitar Semula

    ReplyDelete
  6. akak lekit..nie pengalaman adah tentang badi mayat..terpulang akak nk publish atau x...waktu usia adah dalam 7 tahun..atok adah meninggal..kami sampai lepas isyak..abah adah terus bawak adah jumpa arwah..bukak kelambu..nampk muka suci arwah macam senyum..usia baru 7 tahun.pe la tau sangt pasal mati nie..esokkan nye..lepas semua dah siap..cucu dan anak arwah atok adah cium atok buat kali terakhir..termasukla adah..selesai solat jenazah..arwah diangkat dan dimasukkan ke van jenazah..untuk dikebumikan..tapi adah tak ikut..adah cuma tengok dari pintu je..lepas ke van jenazah hilang dari pandangan adah..kaki adah kebas..adah jatuh..kebas tu terus sampai ke kepala..mcm orang mati..yang boleh bergerak cuma mata adah je..mulut?nak cakap pon xleh..adah dibaringkan..sampai ada makcik tu suruh mak adah mandikan adah dengan air mandi mayat..dan minum air yassin..alhamdulillah adah boleh bergerak sikit demi sikit..orang tua2 cakap tu badi mayat..p waallahualam...

    ReplyDelete
  7. nohoho...betul, ayah saya penah kena sekali dulu..ibu cakap ayah macam org mati..kesian ayah..lama berubat baru baik.

    hmm..takut pulak bila dengar baby pun boleh kena. pasni kena lagi hati2 kalau nak bagi org jumpa baby aishah sebab aishah kecik lagi...

    ReplyDelete
  8. iktibar bersama. TQ sharing!

    ReplyDelete
  9. syaitan yang mengganggu manusia..

    ReplyDelete
  10. saya dapt dari member sy..sama dgn awk kew?xpe..t sy del..sori ye..

    ReplyDelete
  11. kenapa nak del pula. just tanya sebab tajuk pun sama dgn entri saya. apa yg penting.. kalau artikel yg kita ambil dr blog org lain link kan balik ke sumber asal supaya tak timbul salah faham atau tanggapan buruk. tak salah berkongsi infomasi..

    ReplyDelete
  12. meemang ada ni dear..kalau perempuan pregnant pon kena jaga2..sebab dulu makcik akak ada terkena macam ni..baby dia kuar memang macam rupa mayat pucat tu
    emmmm...benda2 halus ni kan memang ada derang pon makhluk DIA jugak kan dear

    ReplyDelete
  13. thanks for sharing sis :) sangt2 membantu dan bg peringtn pada saya

    ReplyDelete
  14. erm... tapi dalam islam tiada badi kata ulama'

    ReplyDelete
  15. menakutkan....apa2 singgah pulak ke blog saya. http://cikitammanis.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. badi mayat??ada jugak yg terkena badi haiwan..
    tp..wallahualam..itu semua allah yg tentukan....

    ReplyDelete
  17. bagus info ni..
    sblm ni pnh dgr jela badi mayat tp tak tau plak mcm mn..good2..

    ReplyDelete
  18. Kenape tak KREDITkan penulis asal cerite ni?...

    ReplyDelete
  19. soalan yg bagus sebabnya tak dapat detect penulis asal sbb cerita ni di sampaikan melalui share kat Facebook. Setelah di search.. cerita ni sebenarnya dah lama sejak 2010 lagi. Byk sgt sumber takkan nak bg kredit kat semua.. Cik Anon pula kenapa jadi Anon?? Hanya berani bersuara di sebalik Anon je ker??

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com