MESTIKA BUMI
Maaf la kalau sang lekit cakap teater ni agak bosan & jalan ceritanya agak mendatar & slow yang menyebabkan 2 3 kali juga menguap. Walau ada adengan komedi dalam teater ni tapi tak banyak membantu untuk teater Bangsawan Mestika Bumi nampak menarik. Cuma mata terbeliak juga dengan kehadiran Arja Lee (Hero/Heroin Filem 2 Alam tu..) membuat persembahan nyanyian secara duet dengan salah seorang pelakon dalam teater mestika bumi ni. Boleh tahan la kemachoan Arja Lee tu.. Suara pun sedap.
Macam biasa kalau teater berkisahkan raja & puteri kayangan ni mesti puteri kayangan dengan tongkat sakti nya macam miss comet (cerita bersiri jepun awal 90an kalau tak silap) lepas tu boleh sumpah2 orang. Jatuh cinta dengan makhluk bumi.. berkahwin tapi bersyarat lepas tu makhluk bumi yang di kahwininya langgar janji maka terpaksa la si puteri kayangan balik ke tempat asal dalam tempoh yang lama, kemudian si jejaka yang kehilangan bini ni jadi hilang arah. Membawa diri cari bini merata hutan belantara.
Sebenarnya sang lekit malas nak buat review sebab teater ni agak kurang menarik perhatian sang lekit berbanding teater2 lain yang pernah sang lekit tengok so kalau korang nak tahu sinopsis teater ni sila clik kat SINI. Walaupun tak dapat 5 bintang dari sang lekit.. Tetap korang di hidangkan dengan gambar2 yang cantik semasa pementasan berlangsung. Jom tengok gambar2 yang sempat sang lekit snap.
ramai tak penonton? erm... mcam kurang menarik je cara kau citer nyah? tapi banyak betul gambor... ni gambor ke screenshot video?
ReplyDeletegambar la Nyah Ooi.. macam bl record2 video dlm panggung teater. salah. tak ramai sebab maybe ramai dok tgk acara citrawarna kat dataran merdeka.. Mak sempat tgk acara penutup iatu bakar duit ratus ribu dgn percikan bunga api jer...
ReplyDeletebyk yer gambo... zacky tak pernah tgk teater.. best ke ? huhu
ReplyDeletewahhh best jarang dapat tgk teater kat jb nikh huk..huk
ReplyDeletedah lama tak tgk teater ni..
ReplyDeletecma x tk teater..xtaw bila nk tgk..
ReplyDeletewah banyak sgt picccasssnya!
ReplyDeletesy x pernah tengok teater..
ReplyDeletesorry .... yang lekit tengok tu bukan teater tapi bangsawan .... amat berbeza maknanya, pohon difahami dulu makna teater dan bangsawan ... terima kasih
ReplyDeletebangsawan ngan teater jauh maknanya ... mohon fahami makna sebenar ...
ReplyDeletemaaf.. mestika bumi bukan teater bangsawan yg pertama sy tgk kt DBKL.. pandangan ni di beri secara peribadi bkn profesional sbg penonton.
ReplyDeletesy hanya menonton & memberi pandangan.. So, rasanya tak perlu timbul slh faham kat sini.
ReplyDeletekalau satu2 performance tu bagus, takyah nak fahami, sebagai penonton biasa dah rasa best...
ReplyDeletecontoh : org autralia kat pavillion tiup digiredo, walaupun kita tak paham apa dia buat, tapi sebagai penonton yang tgk perfomance...kita rasa kagum..
kalau kita paham sekalipun pementasan bangsawan tu, kalau tak best, ia tetap tak best...
P/s dari pencinta teater dan pementasan
pic x cantik pun
ReplyDeleteMenarik! :) teruskan ulasan peribadi bebas lekat lekit gurl terutamanya yang berkaitan dengan industri seni di Malaysia! :)
ReplyDeleteApa yang saya pelajari, teater merupakan satu bentuk pementasan (play). Terdapat pelbagai jenis bentuk teater, antaranya; teater muzikal, teater bangsawan, teater monolog, teater opera dan sebagainya. Jadi teater adalah satu tajuk yang besar. Teater bangsawan merupakan teater popular klasik dan berbentuk teater muzikal. Teater bangsawan juga dikenali sebagai teater opera melayu. Harap maklumat ini membantu. :)
ReplyDeletecik/en Anon.. pic tak cantik padan la dgn camera cap ayam.. cara kamu menempiaskan marah sbb tak puji teater ni memang nampak jelas. takpe..
ReplyDeleteAinol.. thanks atas penjelasan tersebut
Ainol : teater bangsawan ialah teater transisi (ada elemen tradisional@klasik dan moden) dan mempunyai bentuknya tertentu,...bukan hanya muzikal akan tetapi lebih kepada totalarian, merangkumi pelbagai aspek teatrikal,...
ReplyDeleteteater pula hanya perlu empat aspek utama iaitu pelaku, penonton, ruang@masa@momen yang sama antara pelaku dan penonton dan mesej yang hendak disampaikan
hehehehe,..sekadar nak share,..kalau salah betulkan,...