26 June 2011

GAMBAR 7 BULAN MEMBOYOT

Diam tak diam dah 7 bulan memboyot. Alhamdulillah semuanya agak baik & takde masalah2 serius selama membawa perut boyot ni selama 7 bulan. Cuma mula rasa ketidakselesaan bila berjalan, tidur & duduk. Perut makin besar.. Mungkin itu masalah2 biasa yang di hadapi ibu - ibu mengandung kot. Apapun baby dalam perut ni memang tak menyusahkan ibu dia. Baik sangat. Thanks yer baby..

Ada yang buat permintaan nak tengok macam la mummy kementot ni mengandung. Dah la katek, agaknya macam mana la dia usung perut boyot dia tu yer.. Dulu sebelum kawen macam - macam andaian & spekulasi orang buat pada sang lekit. Kononnya orang kecik ni susah nak mengandung. Tapi sang lekit percaya Tuhan menjadikan kita bersama kelebihan & kekurangan. Takde dalam Al-Quran mahupun kitab atau hadis yang cakap orang kecik ni tak boleh mengandung. Jadi sang lekit percaya pada kuasa Allah. Sekarang terbukti ibu kenit ni pun boleh mengandung macam ibu - ibu lain dengan izin Tuhan.

Walaupun sang lekit ni sebenarnya malu bila keluar orang pandang - pandang sang lekit yang kecik comot lepas tu mengandung. Rasa macam alien pula. Sedaya mungkin ni cari baju yang boleh sorokkan perut yang boyot tapi makin hari makin dah tak berjaya nak sembunyikan. Tapi bila ada orang - orang yang baik mulut yang bagi semangat cakap tak perlu malu tapi harus bangga. Tak semua orang berkahwin tu di beri peluang mengandung & di kurniakan zuriat. Kata - kata macam tu buat sang lekit sedikit berkeyakinan diri. Bukan malu sebab mengandung sebenarnya.. tapi lebih kepada tak selesa & rimas kalau terlalu jadi perhatian. Mula la nak bertukar kaler hijau. kekekekekeke

Atas permintaan 2 3 orang kawan yang nak tengok rupa mak buyung kementot dengan perutnya yang boyot jadi sang lekit snap la 2 3 keping gambar untuk tatapan si peminta tu. Lepas tengok ni jangan senyum2 sumbing yer.. Senyum2 kambing takpe. Ikhlas walau kambing. kekekekekeke




Sekian album comot terbaru dari sang lekit untuk usia boyot yang ke 7 bulan

17 Komen Melekat:

Unknown said...

kelahiran baru ke?
tahniah yep2...jdi uncle lar xlme lgi..ahaaa~~~

Salina@IbuAqil said...

Alololo!! Comelnya!!!!! So seksi ;)

safurara said...

akak mana ada mcm alien lah.comeiiii je.ish2.hopefully akk sihat smpai melahirkan ye.take care.

denaihati said...

Kena banyak kan baca Al Quran tu

nurAIN said...

alaaa.. tomei perott akkk.. bolatttt macam ade belon.. hhihihi... tak sbr tgk bby lak.... :P

Unknown said...

muka tetap kurus dan slim kan...


wahhh kiut.... hahahahahaha.. tapi kecewe sikit la :(

takde pun gambar ko pakai legging harimau bintanggggg~~~~

belogkiter said...

alah alah tomeynya

belogkiter said...

alah alah tomeynya

Anonymous said...

comelnya awak ni.. cute aje walaupun mengandung.. tahniah.. jaga diri bebaik :)

Jom baca ni :Eksklusif pertemuan pertama Jimmy Shanley dengan anaknya Zahrah Shanley..

Jo Qusary said...

Wow... miracle! Selalu tertanya2 camne rasanya org bawak baby dlm perut nie... geli ke? berat ke? senang ke? ringan ke?

Shazwan Azizan - wanblur said...

waaa... membuyut kak lekit. tapi still maintain.. hehe

lagi 2 bulan lagi..

habsahharun said...

semoga dipermudahkan kelahiran baby..
InsyaAllah..
t8 care :)

Shahada Fauzi said...

COMELNYE PEROT!!!

teruja punye pasal..capslock terus..ehehe..


semoga dipermudahkan semuanya saat kelahiran nnt..^_^

Sofea said...

lor lebey kurang wife alkisah je.. due bulan 8/9, time posa/raya..

tapi alkisah harap sangat baby alkisah kuar bulan ramadhan.. keke

MizzTina said...

boyot pun nmpk comel..hehe

☾SHiemaCMa786☾ said...

alhamdulillah...7 bulan sudah..
bby pun mmbesar ngan sihat..
you look comei skali...
jg dri n bby oke...

anonymous said...

wahh.. suka suka. kenapa lah nisha baru 20 tahun? grr. tak sabar pulak. ngee~ moga sihat selalu yer. =)

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;