Sang Lekit sebenarnya baru berkenalan dengan Pagerank ni. Sebelum ni tak tau apa fungsi pagerank tapi bila ada blogger tulis pasal benda ni teruja jugak nak tahu. Keterujaan pertama adalah nak tau pagerank blog melekit ni kat tangga ke berapa. Lepas dah tahu rasa nak kongsi jugak dengan yang lain. Salah ke idak?? takkan??
Ok.. dah tau. Pagerank sang lekit takde la hebat. Masih di tahap low & Avarage iatu 2/10. Kat mana korang boleh check PageRank blog korang? Kat SINI yer.
Ni pagerank tepian longkang di blog melekit
Dari Hasil pembacaan sang lekit tahu la sikit - sikit apa fungsi Pagerank & bagaimana ia di ukur & dinilai.
pada asasnya PageRank didapati dalam bentuk undian dan undian itu diberi dalam bentuk backlink ke page tersebut. Backlink datang dalam pelbagai kualiti. Backlink dari sumber yang tidak berkualiti tidak akan membantu dalam meningkatkan PageRank. Backlink dari page yang mempunyai PageRank tinggi akan membantu meningkatkan PageRank kerana backlink dari page-page ini mempunyai pemberat yang lebih besar.
Backlink yang banyak tidak menjamin PageRank yang tinggi tetapi backlink yang didapati daripada page yang dipercayai dan mempunyai PageRank tinggi boleh membantu dalam meningkatkan PageRank laman kita.
Di dalam Search Engine Results Page (SERP), nilai PageRank akan diambil kira untuk menentukan kedudukan laman tersebut dalam senarai hasil carian untuk sesuatu kata kunci. Laman yang mempunyai Pagerank tinggi cenderung untuk disenaraikan di muka pertama berbanding laman lain yang mempunyai PageRank rendah. Pada kebiasaanya, laman yang tersenarai di muka pertama SERP akan mendapat trafik
yang kadangkala melimpah ruah.
Beberapa peringkat PageRank yang ada:
- PageRank 0-3 = Low – Average
- PageRank 4-6 = Above average – High
- PageRank 7-10 = Big – The best
Untuk artikel sepenuhnya korang boleh clik kat SINI sebabnya apa yang sang lekit kongsi ni tak sampai suku pun. Cuma ambil sikit - sikit jer sebab hasil kerja orang lain kan?? Jadi kena la berpada pada. Jadi kalau ada sesapa berminat nak belajar pasal pagerank ni sila la jenguk blog.arif.
owhh gitu ye... patutla PR aku tinggi nok... backlink banyak dr ko :)
ReplyDeleteNyah mak tau ko minta belanja aispop kan puji2 mak camtu.. entri ni khas utk ko Nyah.. kita kan ala2 buah cempedak di luar pagar kalau bab2 ni.. kekekeke
ReplyDeleteooo macam tu ya.. saya pun baru tahu pasal ni.. page rank saye 2/10.. ekeke
ReplyDeletehehe...cma punye 2/10 gakz...
ReplyDeleteYeahh saya .. BANGKU KOSONG nyer blog 0/0 ... hmmm ...
ReplyDeletepr takde kena mengena pun dengan undi, yang buat keputusan ialah sftware serp tu lah....katakan ada blog, masuk senarai atas sekali kat carian tapi orang tak cari pun keyword tu, sama gak...takde trafik.....kihkihkih...nak kata tak berkaitan tak jugak, nak kata berkaitan tak jugak.....
ReplyDeletekena pakai nuffnang ni,hahahaha
ReplyDeletesye 2 jugak . hehe
ReplyDeletehemm..x penah amik pot sgt psl benda gini..selalu tulis entri lps tu nak baca komen kawan..dah cukup puas hati..
ReplyDeleteblog gua tak boleh chek, rasanya blog gua cukup tak berguna lah..hehehe
ReplyDeletejemput tgk entry baru
thanx for the tips
ReplyDeletewah hebat jgk, dah pr2.. aku baru pr1 huhuhu
ReplyDeleteaku seorang blogger
1/10 T_T
ReplyDeletehehe..tahniah2..sy dpt pr 1 je.. :D
ReplyDeleteSetuju dengan Sang Lekit. PageRank berdasarkan jumlah backlinks yang BERKUALITI. Yang tak de kualiti, Google tak kira. Silap gaya kena penalti lagi ada (dianggap spamming). Hantarlah artikel TERBAIK korang ke site yang PR tinggi. Dan hati2 dengan Fake PageRank. Kalau nak tahu Fake or Not, taip ni kat Google
ReplyDeleteinfo:yourdomain.com
Kalau yang keluar, blog/site orang lain, maknanya kita hanya passenger je.
wahhh bagus juga ek,kene buat backlink dekat blog page rank tinggilah ni...
ReplyDeleteTeknik Dapat page rank pertama di google