30 June 2011

TAK BERAT KE BAWA BABY DALAM PERUT?

Sekarang ni banyak entri - entri peribadi yang sang lekit tulis tentang kehidupan seharian. Tak banyak dah entri kupas, kupis & kopek dengan isu - isu yang memanaskan bontot sesetengah pihak. Bukan apa.. Dalam keadaan sekarang ni bukan badan je cepat letih, otak pun kadang - kadang kurang bekerja sikit. Kekekekeke...

Untuk edisi tengah malam ni sang lekit nak kongsi sesuatu dengan korang tentang apa yang pernah jadi persoalan pada sang lekit semasa bujang, sebelum mengandung. Dulu sang lekit suka sangat tengok ibu - ibu mengandung ni. Tak tau la sang lekit nampak comel.. Tapi bila sang lekit sendiri mengandung apasal tak comel ekk? Mak sang lekit cakap kalau mengandung anak lelaki ibu memang nampak tak comel.. Kalau mengandung anak perempuan ibu akan kelihatan comel. Betul ke tak, tak tau la pulak. Itu cuma kata orang tua - tua jer...


Op's tersasar pula dari topik. Berbalik pada persoalan yang selalu jadi tanda tanya pada sang lekit bila tengok orang mengandung ni.. Pertama mesti la "Macam mana rasa mengandung tu?" Yang kedua "Tak berat ke baby dalam perut tu?" Soalan kedua ni memang sangat - sangat teruja sang lekit nak tahu. Pada andaian sang lekit kalau kita dukung baby lama - lama pun rasa lenguh & penat, macam mana orang mengandung bawak baby dalam perut tu 24 jam 1 hari? Sang lekit terfikir berat baby dalam perut mesti sama macam berat baby baru lahir & bebanan mengusung baby dalam perut & di luar perut pun sama.

Bila dah melaluinya baru la sang lekit tahu akan semua rasa & perasaan mengandung. Memang la bila kandungan mula membesar kita akan rasa sedikit berat, cepat letih & lenguh bila banyak berjalan tapi tidak la rasa seberat baby yang dah keluar dari perut & di dukung 24 jam tanpa henti.

Pada mereka yang pernah tertanya - tanya pasal ni moga dapat jawapan yer.. Ada yang tanya rasa geli tak ada baby dalam perut. Takde la geli.. Bila dia bergerak atau menendang.. rasa macam kena urut jer. Cuma bila perut menegang jer akan bagi kesan sedikit pada pinggang. Apapun menempuh alam mengandung bagi sang lekit penuh keajaiban. Lebih - lebih lagi ianya pengalaman pertama bagi bakal ibu macam sang lekit. Semua yang di lalui adalah sesuatu yang baru.

20 Komen Melekat:

Unknown said...

hehhe, ni yang x sabar nak kawen ngan ade family ni. nanti leh letak telinga kat perut bini kan? peraasan.. :P huhuhu

Amy Amira said...

ye ke mengandung anak lelaki wanita tu x comel?huhuhuhuhu pendapat sy comel apa,huhuhuhu

EARNic said...

ada org cakap best

EARNic said...

ada org cakap best

Ummi Aish said...

hihi...akak tk comel la klu camtu..sbb peken anak lelaki.tp akak siyes ckp.mmg akak lbh minat peknen anak lelaki sbb tak gemuk sgt cam peknen anak pompuan.anak pompuan perut akak akan lonjong dan bumper besar.tp klu lelaki akak puya perut bulat je,,,hihi

Ummi Aish said...

hihi...akak tk comel la klu camtu..sbb peken anak lelaki.tp akak siyes ckp.mmg akak lbh minat peknen anak lelaki sbb tak gemuk sgt cam peknen anak pompuan.anak pompuan perut akak akan lonjong dan bumper besar.tp klu lelaki akak puya perut bulat je,,,hihi

vampire's lovex said...

orang yang pregnant ni hot.... hehee

norinaomar said...

kita sama lah lekit,suka tengok preggies

nohoho =) said...

tahniah!!!selamat menjadi seorang ibu

Nora Shahaira said...

mcm2 teori la...dulu deme kata akak ngandung anak pompuan...pasal nampak jelita je, rajin...perut pun kembang ye lah besar...sekali2-2 lelaki...waa....mesti akak comot masa dpt preggy anak pempuan nanti..haha

comel la lekit preggy...hehe

☾SHiemaCMa786☾ said...

hehe..truja bc n3 ni..maka semua persoalan tlh pun terjawab..
aby nmpk comel...tp pucat ckit...

Fleura said...

patut la saya rasa diri saya dlu time prgnant, sememeh jee..
hahaha..

cute handmade accessories promotion price from RM 5
tiny sprinkles.

emarieys said...

seronok sebenarnya pregnant ni..

lebih2 lagi bila baby dah pandai tendang2 perut...bila kita bersuara..baby bergerak tanda dia dengar

belogkiter said...

sexy mummy

aque said...

hik3c mcm besh jew

Unknown said...

aa kan.. mesti berat ..
tengok jarum kat timbang ..confirm rasa macam..owh.nooooo..

macamana le kalau pregnant nanti..?
adeh

Unknown said...

akak. nt akak bg almt sy nak post barang baby :)

Unknown said...

sy mmg pantang gn baby2 ni. mmg mint sgt hehe ;p memndg kan kite kenl pon dah lame di alm maya ni. so seikhlasnye sy nak bg akak hantr alamt ke iezanidris@yahoo.com.my yeee

suria lekatlekit said...

thanks ezan.. terharu akak.

Ct Arina said...

tak sabar plak tggu kelahiran baby akak ni. hihi^^ bile lah turn saye gaknye ni. tibe2 gatal nk kawen =D semoge akak n baby sehat sampai selamat besalin nnt =)

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;