BILA BLOGGER HILANG KATA2.. APA FUNGSI BLOG?

7/27/2011 02:11:00 PM suria lekatlekit 25 Comments

Fenomena Wordless Wednesday semakin rancak di blog sekarang ni. Rata - rata blogger akan buat entri wordless pada hari rabu yang hanya bertemakan Gambar sebagai penganti penceritaan mereka. Blog melekit belum lagi terjebak dalam trend ni. Kenapa yer?


Entahlah.. Rasanya sang lekit belum kelu atau kehilangan kata - kata kot pada hari rabu. Kalau hilang kata - kata biasanya sang lekit takkan update apa - apa entri sebagai penganti kata - kata atau cerita. Tapi benda tu tak berlaku hanya pada hari Rabu je. Yelah... Otak bercuti mana la tau hari apa, kan?? Bila hari kering idea tu.. maka hari tu la takde sebarang kata - kata tertaip di blog melekit.

Dulu.. blog memainkan peranan sebagai medan untuk bercerita tak kira la cerita berkisahkan peribadi, isu semasa atau apa saja cerita yang berkaitan dengan penulisan. Tapi sekarang semakin di modenkan fungsi blog tu tidak tertakluk pada tema bercerita dengan kata - kata saja. Sekarang ni bercerita dengan gambar pula. Tapi relevan ker? Bagi sang lekit kalau nak kongsi gambar je tanpa cerita banyak kan laman sosial yang menyediakan kemudahan tersebut contoh macam FB. Bagi sang lekit seronok blogwalking bila adanya cerita yang nak di baca. Tapi.. kalau sekadar gambar, takde apa la nak baca hanya tengok je la. Komen tetap la komen.. Tak nafikan kadang - kadang ada jugak gambar menarik di entri wordless wednesday ni.

Apapun tak salah mencipta budaya baru di blog selagi ia tidak membawa keburukan atau kemudaratan cuma mungkin fungsi blog akan jadi kucar kacir sikit la. Kalau dulu blog sinonim dengan cerita tapi sekarang dah jadi album gambar. Kalau gambar di selitkan cerita.. itu biasa. Tapi kalau hanya gambar bercerita?? Apakah orang tahu jalan ceritanya??

Ini cuma pandangan & pendapat sang lekit yang telus & tulus ikhlas jer bukan berniat nak menjatuhkan atau mengondem mana - mana blogger. Setiap orang ada cara & citarasa sendiri. Jadi sang lekit hormat apa yang korang suka buat selagi benda tu tidak bercanggah dari nilai2 murni seorang blogger. Harap jangan la benci sang lekit sebab entri ni yer. Hujah & pendapat anda sang lekit terima. Terpulang pada diri masing - masing. Kalau suka buat.. Tak minat, tak payah buat. Ini cuma pendapat bukan nak ajak bersilat tapi tak salah berdebat selagi tak memudarat.

P/s : harap korang berfikiran terbuka yer.. Entri ni bukan entri cari gaduh tapi sekadar entri untuk perbincangan umum & bertukar2 pendapat. Pendapat kita mungkin tak sama, kalau semua sama macam hidup dalam 1 warna je kan?? Berbeza pendapat tak semestinya kita harus bertegang urat.

25 comments:

  1. sometimes i dont have inspiration to write :)

    ReplyDelete
  2. Pendapat setiap orang ni berbeza-beza..hari rabu mungkin hari berfikir je kot,tengok pic & tafsir je..tp banyak jg yg buat entry tp bg tajuk 'wordless wednesday'..sy pun dah nak terjebak ni hahaha...

    ReplyDelete
  3. x salah kan kalau letak gmbr jer sebab kdg2 silent is better dri ckp x de isi :)

    ReplyDelete
  4. Walaupun sy blum terjebak juga dgn wordless wednesday ni tp bila tengok blog org yg buat mcm best pulak..

    ReplyDelete
  5. Walaupun sy blum terjebak juga dgn wordless wednesday ni tp bila tengok blog org yg buat mcm best pulak..

    ReplyDelete
  6. hilang kata2 maybe diaorg dah x ade idea kot,hi3

    ReplyDelete
  7. Jarang gak join WW ni.Seingat sekali jer

    Even tak de kata-kata,mesti ade gak kata-kata

    ReplyDelete
  8. very subjektif and it should'nt be an issue..rmai gk yg mnnti ari rabu ni utk mmpertontonkan gmba2 yg mnarik utk tatapan umum..gmba pn bole mnberitahu mksd tersirat dan tersurat..kalo hnya skadar pnulisan semata org pn akan boring jgak bce...ala 1hari je pn wordless nye ape nk kecoh...^.^

    ReplyDelete
  9. haritu ada cari gak kat google camner blh ada fenomena WW ni,, rupanya dh lama diamalkan kat blogger luar negara...

    mmg dia org dh jd satu trend apabila mbuat n3 hari rabu khas utk gambar sahaja... mybe org y minat fotografi sgt sesuai...

    cuma kat sini... kbykan ambik pluang bila xde ideal...maka tjadilah WW..

    dan ada satu lagi Thursday Spntanu....(xreti nk eja)... atau lbh dekat Khamis y spontan.. dgn mbuat n3 scara spontan .. y ni msih krg diamalkan blogger kat sini.

    ReplyDelete
  10. pagi tadi entry penuh kata2.. ptg2 otak tepu terus jadi wordless! heheheheh..

    ReplyDelete
  11. sokong kak abbyfunny di sini..JT pon baru skali buat wordless yg takde huraian. sangat tak best. mesti nak huraikan jugak. so, kalo nak letak gambar pon, sertakan skali huraiannya. baru entri kita lebih "hidup"..=)

    mksd blogger itu sendiri dalam kamus dewan bahasa adalah "penulis blog"..

    ReplyDelete
  12. leya ni buat buat kecoh tp ni la dinamakan perbincangan bertukar2 pendapat. Kalau pendapat kita semua sama.. macam hidup di alam hitam putih jer.. takde warna warni. Hope faham tujuan apa juga isu dalam blog di di kupas kupis yer.. sebab tu segala pendapat & pandangan di perlukan tak kira la setuju ke tak setuju. Kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya bertegang urat. berdebat secara berhemah..

    ReplyDelete
  13. mcm saye kan kak.sy letak tajuk bg org tahu.saye akan letak piccy yg org boleh berfikir apa kah ia.then next entry baru cite.hehehe

    ReplyDelete
  14. WW dah lama diamalkan oleh blogger luar negara..kat sini br je nk popular..bkn nk amik kesempatan sbb takda idea..tp konsepnya gambar blh ceritakan 1001 cerita..yg ST tu blogger kat sini yg create tp x syok sgt sbb mcm update status fb jer..apa pon benda ni semua utk suka-suka je..kalau hari rabu tak buat WW ke nk buat WW ke takda hal lah..cuma menambahkan keseronokan dlm blogging je

    ReplyDelete
  15. pastikn gambar yg di-upload tu mudah untuk bercerita or sediakn jawapan pada entry selepas tu untuk jawapn bg gambar yg di upload...

    ReplyDelete
  16. saye 2 kali je pernah join..pastu macam malas dah..ari ni nak bace belog yg menulis susah betul sebab semua asyek tempek gmbr..kalau gmbr yg menarik dan buat kite berfikir takpe jugak..ni merepek2 je kebanyakan..tu yg tak syok tu..uhuhu..

    ReplyDelete
  17. opsss sory kak lekit kalo komen leya tdi agak kasar...skit pn xde niat nk brtegang urat ke leher ke tulang ke pn..juz komen sahaja hrp kak lekit pn xslh pham..sory g skali kalo trkasar bahasa yer :)

    ReplyDelete
  18. kte prnah je buat WW ni tp kn lme2 kte dah malas sebab sume dok buat WW tu tkde org la nk msuk blog kte..bosan kut

    ReplyDelete
  19. kebiasaannye, hari malas utk blogging adelah hari rabu & khamis. sebab tu ade wordless wednesday & spontaneous thursday kot. ehe^^

    ReplyDelete
  20. bkn baju je ikut trend, blog pun samo... ramai blogger2 otai yg wat , so blogger2 baru folowwwwwwwwwww

    * salam kenalan dr ku

    ReplyDelete
  21. wordless wednesday, spontaneous thursday.. freaky friday, pantalon pattaday.. deeyyy amma rombek nallareke...

    apa kata takyah buat blog kan masa hari rabu? letak je pict kat picnic ke...ape ke.. :)

    ReplyDelete
  22. saya pun buat jugak wordless nih dua kali kot arituh, biar gambar je tafsirkan, macam-macam makna boleh ditafsirkan macam keindahan air terjun, berdoa, kuih, macam-macamlah. tapi esoknya saya bagi penerangan, gambar tersebut, apa yang nak disampaikan sebenarnya.

    ReplyDelete
  23. saya memang selalu wordless jer kak. mmg tak taw nak update. hehehe

    ReplyDelete
  24. emm.. sampai sekarang still tak understand apa tu wordless wednesday... i have my own blog without words,, of coz lah tumblr ;). i will reblog reblog sampai lenguh tangan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com