37 MINGGU 10 KG BERJAYA DI KUMPUL

8/19/2011 01:01:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Diam tak diam dah 37 minggu bermakna lagi 21 hari (3 minggu) untuk di hitung sebelum menempuhi saat2 getir yang penuh suspen juga seram - seram sejuk untuk menyambut sesuatu yang mengembirakan.

Semua pun tahu kan.. Si boyot/Mak buyung/Si gemuk/Penguin ni bakal jadi ibu tak lama lagi. Dalam menghitung hari, sempat juga sang lekit dok buat matematik. Dah masuk minggu ke 37 usia kandungan sang lekit, sedar tak sedar dah genap 10 kg berat badan sang lekit bertambah sejak di sahkan hamil sehingga sekarang. 10 kg dalam masa 37 minggu bagi seorang ibu hamil tu biasa kot... kan?? So, tak payah risau sangat perkembangan yang mekar ni. Cuma tertanya - tanya lepas bersalin apakah sudut2 yang kembang & mekar ini akan menguncup & mengembalikan saat - saat indah bentuk badan ku yang dulu??

Nampaknya.. Kalau tak boleh turun dengan sendiri maka kena la usaha sikit. Dengan itu, maka pecahlah tradisi buat pertama kali dalam hidup sang lekit merasai saat2 berdiet. Sebabnya sepanjang hidup sang lekit sebelum ni memang tak pernah rasa berdiet. Dulu sibuk sangat cari supplement sebab taknak terlalu kurus. Bukan setakat vitamin tablet tu.. susu semua sang lekit pernah ambil. Kalau dulu berat sang lekit susah naik & cepat sangat turun. Adakah fenomena ini akan berlaku lagi selepas bersalin nanti?

Semua tu takde jawapan sekarang.. Kena tunggu lepas bersalin nanti. Tapi ikut sejarah keluarga, mak sang lekit pun sampai beranak 7 (walau tinggal 6 jer.. sebab yang sulung meninggal masa lahir) tak gemuk. Cuma bila masuk umur 50an je badan dia sedikit berisi tapi tak juga gemuk. Kalau macam mak, ok la kan. Maintain jer.. Itu kalau ikut mak, tapi kalau tak warisi mak, sendiri mau ingat la kan?? Pun macam tu dalam adik beradik sang lekit akak sulung je berbadan mekar, tu pun bukan dari kecil. dah bangka badan dia mekar. Yang lain2 tu semua slim & slimmer macam sang lekit juga.

18 comments:

  1. hehehe tu normal dear :)
    ada ut belas belas KG..tapi nanti bila dah deliver..hampir 10kg hilang..tolak air..tolak baby :)

    janji amalkan pemakanan sihat hehe

    ReplyDelete
  2. hehe.kalau mak cik lekit tak gemuk gemuk jugak lepas bersalin maybe cik lekit pun sama.

    semoga semuanya dipermudahkan. ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha cpt cari PB sis after bersalin. kehkeh

    ReplyDelete
  4. hahah~kene la pergi london kak pasni klu tak turun2,.hahaha

    moga selamat semuanya,.=)

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah gerenti kurus balik tuh!! ehhehe

    ReplyDelete
  6. hehehe
    biasalah orang mengandung
    berat memang naik
    :-)

    ReplyDelete
  7. maknanya saya yang sekarang berberat 37kg tak payah risaulah pasal berat sebab kalau peknen gerenti berat naik..

    risau pasal kurus sgt tapi kadang ignore je

    ReplyDelete
  8. huihhh 10kg tu oke je kut sis..nt baby da dlm 2-3 kilo..air tetuban da bape kilo, uri da 1-2 kilo..cewahhh pndai2 jeh..haha

    ReplyDelete
  9. wah.... senangnya nak kumpul kan.. nanti nak buang tu letih lah....

    ReplyDelete
  10. huhhhh lapornya.....

    pedih dah perut ni suria ooooiiiii

    ReplyDelete
  11. sy rasa akk nt mesti tak payah nk diet truk2.mst badan maintain je kak =)

    ReplyDelete
  12. 10kg naik tue normal la naik time preggy nie..yang tak normal kalu 20-30kg tue...klu jenis jenetik kurus, lepas bersalin kompen la cepat kurus gak...

    ReplyDelete
  13. untungnya akak bdn susah nak naik....
    tgk gaya akak ni pas bersalin mcm menten je bdn...xgemuk la...;p

    ReplyDelete
  14. haaaaaaaaaaa..sama la kita akak, susah naik tapi cepat turun berat badan..saya pun nak menggemokkan diri ni...errr..

    ReplyDelete
  15. Bertambah berat?Lepas ni biar kekal la berat tuh

    HEHEH

    ReplyDelete
  16. wahhh..selamat melahirkan anak akak :) semoga dapat baby yg comel..hihi :)

    ReplyDelete
  17. muehehe,,,selamat menambahkan berat bdn...dan berdiet semasa berpantang.. time berpanang tu mkn btl3 kena jaga tau mummy..

    ReplyDelete
  18. wahhhhh semoge akak selamat bersalin. amin =)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com