04 August 2011

UV TERTINGGI DALAM SEJARAH BERBLOG SETAKAT INI

Bukan nak riak, tak juga tujuan menunjuk - nunjuk. Bukan la hebat sangat tapi antara rekod terbaik sang lekit dalam arena berblog setakat ni. Memang tak pernah menjangka akan dapat UV (Unique Visitor) sebanyak ni untuk 1 hari.

 1252 UV untuk tarikh 1 Aug 2011. Memang pecah rekod untuk blog melekat lekit setakat ni

Terkejut juga sang lekit bila check Analitik Nuffnang tadi. Rasa macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Ternyata cerita pasal Elia & Apek memang menjadi carian tertinggi sekarang. Pada mulanya takde la niat nak ambil kesempatan dari isu panas tu sekadar nak mengupas isu tu dari sudut pandangan peribadi & memberi teguran atas tindakkan si Elia yang menghebahkan cerita peribadi secara umum di laman sosial akan di jadikan iktibar pada kita semua tapi ternyata isu itu memang panas sangat. Entri yang menjadi view tertinggi bukanlah entri yang menyentuh pasal Kes Elia & apek yang berantakkan tapi entri lama yang pernah sang lekit tulis pasal GA anjuran Elia & adik beradiknya.

Memang kebanyakkan orang mencari cerita pasal Elia & apek ni. Jadi Pada Elia, Apek mahupun dari pihak keluarga mereka moga bijak mengasingkan mana isu yang boleh di canang & tidak. Sebab mereka sekarang sedang menjadi perhatian ramai. Silap kata,mungkin memberi kesan negatif pada korang. Jadi berpada2 dalam mengeluarkan statement di laman sosial. Lepas isu Elia dedahkan sikap kurang ajar apek dengan ibunya, Apek pula keluar dengan kenyataan membela diri & mengumumkan putus tunang di akhbar & yang terbaru kakak Elia pula di katakan memaki hamun apek di laman sosial juga kalau tak silap.

Ini cuma nasihat sang lekit pada semua pihak yang terlibat dalam kes Elia & Apek.. Selesaikan secara tertutup. Jangan keluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan isu ni semakin semakin panas. Takut korang jugak yang terbakar.Nanti yang tertekan korang juga sebab di samping ada yang menyokong.korang tak dapat lari dari pengkritik awam seperti blogger. Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh, diam adalah lebih baik buat sementara waktu jika kenyataan itu tidak perlu di keluarkan.

P/S : Tajuk pasal UV.. sekali keluar komen & teguran pada kes Elia & apek pula, kan?? kekekeke

22 Komen Melekat:

Wahida Samsuddin said...

Tahniah kepada Sang Lekit :D. Saya punya UV paling tinggi setakat ni pun 500 je, tu pun dua kali je pernah terjadi. Lepas tu dah tak de dah. Huhu. Betullah orang cakap usaha tu tangga kejayaan. Semoga Sang Lekit terus maju-jaya :D

AZRI said...

kesian ngan diorang
hidup dah takde privasi lagi

saya_arief said...

xamik port sangat pasal apex tu.
tapi UV tu mantap habis...
:D

tieykah said...

pergh!tinggi tu kak!kite punya nak dpat 100 pon peluh bontot ni

Anonymous said...

tahniah..tinggi tu. tak tercapai saya.. :)

Jom baca ni :Golden Churn Creamy Butter.. ISU TIDAK HALAL?

Muhammad Ariff said...

nice2. nanti ping lagi di busuk.org. :D

Leeza said...

kagumnya...miss paling tinggi pun 100 ++ je. hehe

Ujang9897 said...

tahniah..,=)

cuba kurangkan entri mengenai pendapat pasal isu org., tak elok utk baby nanti..=)

suria lekatlekit said...

isu apapun Ujang yg penting moral of the story.. dari merapu merepek. mungkin kekuatan blog ni pada isu2 semasa.. buat la isu apapun kt blog.. perkara biasa ada yg suka @ tak yg ptg apa yg kita nak sampaikan.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah.. akak ni memang blogger hbat lah.. sudikah akak jadi kan saya ni anak murid akak... hhehe :)

Faiz Tapit said...

ahhh. elia tu gedik sangat

Unknown said...

erm, hebat gak UV tu.. aku dapat lebih kurang mcm tu masa isu bersih 2.0 tu nyah..

Salmiza S. said...

tahniah dapat UV tggi ~ ha'ah pasal elia ngan apek uh dyorang sptutnya slsai isu nie scara ttup ~

Abe Goreng said...

Tahniah2.bile la nak dpt cmtu jugak. :(

Nafsu Remaja vs PArt Time!

Penjejak Mimpi said...

tahniah ye pn lekit.. :)

p/s ntah bile la br buleh jd mcm pn lekit ni..

Ct Arina said...

congrats kak!

MizzTina said...

tahniah kak.. tajuk n entry kdg2 tu mainkan peranan kan..

☾SHiemaCMa786☾ said...

woi...dasat uv..

NFE. said...

hebat hebat cik lekit.tahniah.hee.

betul kan kalau hal peribadi xpayahlah nak gunakan media sgt.bg sy semua tue mcm nak publisti murahan je.hehe

Cik Bambam said...

wahhhh!! kelas u olls~!! ahhaahha

safurara said...

heheheh blog saye pon sampai rini ada org view pasal tu ag.skrg ni dh mcm2 spekulasi kua kak,smpai ex bf elia ni pon dh muncul.

shahazrin said...

SEO pun penting.. nak lagi berkaitan isu semasa.. Lekat lekit nie dah kira blogger power lanie..

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;