DEI TAMBI SUDAH PUKUL 12 LA.. BAI!

9/26/2011 01:16:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Malam 2 hari lepas tak tahu siapa punya birthday party kat kawasan rumah sang lekit yang di buat kat lot parking di blok sang lekit tinggal. Apa yang sang lekit tahu majlis harijadi tu di anjurkan oleh keluarga berbangsa India, selain infomasi dari mak yang siangnya turun kekedai & di kukuhkan lagi bukti oleh en hubby yang terserempak dengan majlis tu sebelum naik kerumah serta lagu yang berkumandang sepanjang majlis tu berlangsung.

 Sekadar hiasan. Carian Google

Majlis itu di serikan dengan alunan lagu2 tamil yang dalam kategori loud speaker sampai dengar dentuman tu hingga ke tingkat 9 (rumah sang lekit) & sedikit menganggu kenyenyakkan tidur cik lala walaupun cik lala ni sebenarnya boleh tidur dalam suasana bising tapi kalau keterlaluan sangat bunyi bunyian tu memang siapa2 pun akan terganggu. Majlis tu start lepas maghrib.. Lagu2 yang berkumandang 100% lagu tamil la sebab majlis tu pun anjuran keluarga berbangsa india yang menurut en hubby meraikan hari jadi seorang ibu tua kot..

Awal - awal tu sang lekit tak kisah la.. tapi sampai pukul 12 tengahmalam pun masih lagi berpesta dengan lagu2 kuat macam tu mula kisah jugak. Bila en hubby pun kisah.. Maka langkah penyelesaian di ambil dia call polis. Bukan suruh angkut semua ke balai, cuma suruh kurangkan volume jer. Dah pukul 12.. agak2 la. Kat sini bukan rumah bujang jer semua, ramai yang berkeluarga, ada anak & ada baby. Kalau nak party macam tu kan elok buat siang2. Ni malam2 pulak. Lepas 1/2 jam laporan di buat, dari atas sang lekit dapat dengar yang bunyi bunyian kuat tu terus senyap & lenyap. Lega.. Mengenangkan cik lala kalau dia tak tidur sebelum pukul 12 memang boleh jadi sampai ke pagi dia tak tidur. Pernah dia meragam dari tengahmalam sampai 7 pagi. Yang teruk.. mummy la..

Bila kita tinggal di kawasan perumahan yang majoriti orang yang dah berkeluarga ni kena la fikir sikit bila nak buat sesuatu. Hormati la keselesaan orang lain. Memang la majlis macam tu bukan hari - hari tapi masalahnya malam hari. Malam adalah masa orang ber'Isteri'rehat. Kalau nak pasang lagu, cukup la sekadar sederhana kuat jangan buat macam dalam disko. Kalau nak buat macam disko adalah lebih baik buat di dalam disko. Takde orang nak komplen, kan??
 

17 comments:

  1. adeyh2..
    kalau saya, saya amik mercun bakar kuat2!
    balas dendam!

    ReplyDelete
  2. Nak berparti boleh tapi kena alert lah dengan keadaan sekeliling.Dah lah lagu tamil,amma appa boleh pening kepala dengar.heheh

    ReplyDelete
  3. setuju dengan lelaki ini. tibai je mercun. huhu.. buat sakit kepala je dengar bising yang melampau macam tu. kalau tingkat 9 pun dengar bising, apatah lagi yang tingkat bawah tu kan. pecah gegendang telinga kot.

    ReplyDelete
  4. kawasan rumah kak aina pun selalu gak...tapi kul 12 malam je dah slow coz awai2 sebelum buat majlis dah kena warning:).

    ReplyDelete
  5. kang ade jugak yg makan bnda lain baru nk diam....

    ReplyDelete
  6. huiii selalunya kalau majlis org india mcm tu la meriahnye,,kang kalau ckp gaduh pulak,,sudahnya kita yang bengang,,

    ReplyDelete
  7. sbb tu pendidikan sivik tu penting...
    setuju tak mummy lekit??? hihihihi

    p/s: neighbourhood association kt umah ai ada written rules & regulation which covers loud speakers, mercun & renovation process. pekata mummy lekit cadangkan utk includes term tu dlm rules kt ctu pulak...berkesan okeh!

    ReplyDelete
  8. kondisi dan privacy jiran2 sekeliling perlu diutamakan. we can't do anything mengikut hawa nafsu kita. :)

    ReplyDelete
  9. sabo jela kak lekit... tindakan sewajarnya report polis kalo kite g terjah kang len lak jd nya...hehe

    ReplyDelete
  10. aku teringat kisah dulu2... sepupu aku kawen..

    kami semua buat joget lambat atas jalan bawah kemah sampai kul 2 pagi...

    bunyi muzik satu kampung dengar

    kami menari dah macam org mabuk...

    sekali kereta polis datang...

    berterabur semua lari masuk rumah..

    hahahahahahahahahahahhaha

    ReplyDelete
  11. Sebab tu org kata kalau hidup berjiran ni kena ada tolak ansur kan dik.. Bukan kena tolak je kejeny?. He3!! Cian cik lala, kalo lagu bollywood tu tahan lg ye dak.. Kih3!!!!

    ReplyDelete
  12. takda sopan betul la org 2 tu...hormat la jiran sket

    ReplyDelete
  13. hmmm mmg mcm tu sis.kalau duk perumahan pon mcm tu.

    ReplyDelete
  14. hehe...perumahan flat..
    situasi kita sama~~~~

    ReplyDelete
  15. aduh kalu lagu tamil yang keluar boleh kasi stress la...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com